Saturday, 5 March 2011

Cinta kepada-Nya...

CINTA YANG SEMPURNA - SIXTHSENSE
Terbawa aku dalam rasa
Yang selama ini terlupa
Ooohhh Ooooh
Mungkinkah ini cinta…
Hatiku cuba
Tuk mencari
Kemana aku telah pergi
Ooohh  Oooh
Mungkin ini semua mimpi
*
Hanya ilusi
Cinta yang menipu
Keindahan yang semu
Semua hanya palsu
Keindahan semu
Semua hanya palsu
**
Bawa aku….
Kepada MU
Keindahan yang tak semu
Peluk aku
Jangan pernah
Kau biarkan
Ku terlupa pada Mu
Kasih tempat mengadu
Takkan ada cinta yang bisa sempurna
Selain kepadaMu
Kepada MU
*   Repeat 1
** Repeat 2
Lagu baru Cinta Yang Sempurna adalah kolaborasi suara antara dua vokalis dari band popular dua buah negara, Adi (6ixth Sense) dari Malaysia dengan menampilkan vokalis Noe (Letto). Khabarnya, lagu ini khas untuk menyambut bulan Ramadan di mana kalau kita perhatikan lirik ini adalah melahirkan rasa kecintaan pada Tuhan.
Sebelum itu, kepada korang tak faham maksud perkataan SEMU dalam lirik ini ianya membawa maksud samar-samar (orang putih kata, blur). Bait intro lagu ini mengisahkan tentang sikap manusia yang sentiasa leka dan tenggelam lupa dalam arus duniawi sehingga mereka lupa untuk merasakan kecintaan mereka kepada Tuhan.
Cinta pada duniawi, cinta pada manusia dan cinta pada kebendaan biasanya membawa kepada satu ilusi yang memerangkap jiwa manusia itu sendiri. Cinta yang berlebihan pada objek yang tidak kekal dalam dunia ini sebenarnya banyak menipu dan memesongkan manusia ke jalan yang tidak betul.
Lagu ini menggambarkan satu pengharapan untuk bertemu dengan satu rasa cinta yang abadi yang sempurna. Hanya Tuhan yang menjadi tempat mengadu, tempat menyandarkan satu pengharapan… tiada yang lain yang akan memberi ketenangan yang sejati...

No comments:

Blog Peribadi Milik Amirah Marliza@2011