Wednesday, 25 May 2011

Kalau tak suka tak perlu kata apa-apa;)

Assalamualaikum...

     Hai!!! Ok, malam ni...~malam ke?~ Pagi la. Ok, pagi ni, sye nak cakap-cakap sikit pasal hater-hater sekalian. Hee! Knape pulak la tetibe nak citer pasal diorang kan? Sebab, tadi sye layan youtube. Then, masa layan youtube video someone ni, (taknak sebut siapa) tergerak pulak hati nak baca komen. Hah! Kan betul! Mesti ada orang yang tak puas hati.

     Ade komen yang cakap, buat ape pakai tudung kalau still nampak leher masa buat tutorial. Ade yang cakap, tak payah la nak gedik sangat. Ade jugak yang cakap, dia ni bajet bagus la. Macam-macam komen tak puas hati. Sye klasifikasikan komen-komen tu semua sebagai komen dari orang yang jeles tak tentu hala. Boleh tak macam tu?

     Bagi sye la, buat ape nak benci kat orang sedangkan kita tak kenal pon  orang tu sebenarnye macam mana. So, tak elok lah kalau tiba-tiba nak kutuk dia macam dia susahkan hidup orang je. Pi biaq la dia nak buat video apa pon, kalau tak suka, close tab, shutdown je laptop tu. Tak payah tengok. Hati tak sakit, dosa pon tak tambah.

     Lagipon, kenapa mesti nak maki-maki. Cubalah tegur elok-elok. Then, kenapa isu aurat segala bagai tu ditimbulkan bila orang tu dah femes. Sebelum tu takde pon. Kenapa bila ada artis yang dedah sana sini pakai baju tak cukup kain, tak de pulak orang nak banned artis tu.

     Kalau pun dia tergedik-gedik kat dalam video tu, ada susahkan orang ke? Ada luak ke duit pengutuk-pengutuk sekalian? Kalau tak de, diam. Kalau tak suka kenapa mesti komen? Kalau betul tak suka, jangan buka video tu. Ni tak, tak suka, tapi sempat lagi komen pasal video tu, dari last sampai habis. Haha! Agak-agak la der...

     Sye bukan nak tuding jari kat sesape, sye cuma luahkan pendapat tentang perangai orang yang sentiasa tak puas hati tengok orang lain senang. Kalau jeles, nak buat video jugak, just go on. Tak payah la nak dok jaga tepi video orang. Buat dosa kering je taw. Haha!

~semua yang di atas tiada kene mengena dengan haiwan atau manusia yang masih hidup atau pon yang dah...*_*!~


:: Pencuci mata :PP::

Nota kaki : Diharapkan kawan-kawan semua baik-baik belaka la ye. Kalau tak suka tak perlu kata apa-apa, just leave that page ok?^_^

Macam biasa, tolong sesama blogger. Like my design:) Untuk keterangan lanjut, tekan SINI.

That's all! Tata!

4 si cantik/kacak komen:

BagiBagiBlog said...

SALAM PERSAHABATAN Mbak TATA!!!
Heemm,,,,BIARKAN ORANG LAIN BERKATA & BERBUAT APAPUN...KARENA ITU ADALAH HAK ASASInya...SELAMA MASIH DALAM BATAS KEWAJARAN.
YG PENTING KITA BISA BERTINDAK DENGAN BIJAK TANPA MELANGGAR HAK ORANG LAIN.
Hwehehe...
NICE ARTICLE Mbak TATA!!!
^_^

Maria Elena (Zarul) said...

heheee.. betul what you said. "Kenapa bila ada artis yang dedah sana sini pakai baju tak cukup kain, tak de pulak orang nak banned artis tu."

aneh kan.
tapi itu lumrah manusia.
some people just dont have any manners or pemikiran yang matang, mungkin sebab tu dia nak membenci.
maybe itu cara diorang nak lepaskan stress. tak tau la kan. we can only assume why haters exist.

tapi pape pun, alhamdulillah kita tak tergolong dalam that society.
alhamdulillah we know how to close a tab bila tak suka. hehehe!!

thank you for sharing this post! me like! =D

holaulala said...

@BagiBagiBloghee~ im mira la. bukan mbak tata=_=" haha! apa-apa pun thanx ye:))

holaulala said...

@Maria Elena (Zarul)betul la tu, we just think +ve. biasa la kan, rambut sama hitam, hati lain2.. As long as kte tak tergolong pon dah kira ok kan. I just sharing my opinion:) thanx for the like^_^ <3

Template by:

Free Blog Templates