Wednesday, 20 July 2011

Kenangan bersama Anak-anak Gayong di Taiping

Assalamualaikum...

     Hai! Niat hati nak tidur, tapi rasa macam tak sempurna pulak tidur sebelum luahkan perasaan yang terpendam. Haha! Perasaan ape? Perasaan cinta ke? Atau rindu? Haha! Dua-dua bukan... Perasaan yang sye dok citer-citer ni ialah perasaan gembira sampai rasa nak melompat ala-ala rabbit comel! Haha! Awak semua sila jangan jeles!

Kenapa sye happy sangat? Nak taw? Ok la. Kalau nak taw, sye baru balik dari Taiping hari Rabu subuh. Pergi Taiping tu bukan sekadar bercuti ala-ala cuti-cuti Malaysia, tapi kitorang pergi menuntut ilmu taw. Ilmu ape? Ilmu Gayong la.... Kalau nak taw lebih lanjut sila sertai PSSGM. Haha! Ok! Sye bukan nak promote Gayong. Suka hati korang la kan... Haha! ;p

     Pengalaman selama 4 hari 3 malam di Taiping sangat memberi kenangan pada sye. Kenangan yang sangat best lagi mantap! Like post ni tanda setuju ok? Haha! Kitorang mula bertolak seawal jam 10 setengah pagi, dekat pukul 11. Awal ke tu? Awal la jugak...=_=" Then kitorang sampai Taiping lebih kurang jam 10 lebih malam. Sangat letih! Tapi macam teruja. Haha! Al-maklumlah, dah lama tak jejak Perak... Hee~

     Sepanjang kat sana bnyak jugak la aktiviti kitorang. Kitorang yang sye maksudkan, kami anak-anak gayong la kan... Kitorang berlatih sama-sama kat sana. Dapat ilmu berguna, dapat pegi tempat bersejarah, rasa duduk dalam gua, paling sedap dapat makan liewlien. Ha?? Liewlien? Ape kah itu? Haha! Durian la. Versi chinese. Maap! Gurau je. lalala~ Lepas tu kitorang lepas gian main bola kat padang dengan seluar jeans, and pakaian ala-ala nak pegi pusat beli belah...Haha! Berpeluh tak hingat! Tapi semua tu pasti jadi kenangan yang sangat melekat kat kepala otak ni. ;)

Then, kitorang dapat kenal each other. Larkin dengan Segamat pon boleh masuk. Boleh lepak sama-sama, bergurau senda, bertukar cerita, mandi-manda sama-sama kat air terjun, makan sama-sama, and kitorang makin rapat antara satu sama lain. Maybe dah ade yang simpan perasaan kot. Ehem! No komen! Next!

     Ramai jugak la yang dapat gelaran baru sepanjang kat Taiping. Antaranya, Aisyah a.k.a liewlien. Kenapa? Sebab dia dah melantak durian sepuas hati tengah-tengah malam. Haha! Ade-ade je la budak kecik ni. Lepas tu Aiman a.k.a Abujen! Haha! Kenapa? Kene tanya kat Cikgu Syazali sendiri. Wah! Kemain bangga dapat gelaran daripada waris amanah..Huhu! Cikgu Halim pon tak terkecuali. Tak memasal dapat gelaran baru.. Lain-lain si kecik untuk Faiz Izzuddin and Pok Cu untuk Faiz. Haha! Siapa suruh nama sama. lalala~

Anak-anak Gayong Larkin part 1 pon kemain happy bila dapat uniform baru. Haha! Amek gambar tak berenti. Ehem! Yang lama apa kurangnye;p Harapnya anak-anak gayong yang baru akan terus kekal dan semangatnye akan terus bertambah dari hari ke hari;) Boleh dikatakan semua best la sepanjang kat Taiping. Cuma maybe ade masalah kekurangan bekalan air kot. Haha! Mungkin sebab cuaca panas. Its ok la tu sebab kita pon tak dapat jangka benda-benda macam tu. Ok! Merepek!

     Last sekali, sye nak ucap terima kasih yang tak terhingga pada anak-anak Gayong semua, ca, sya, kecik, ana, pok cu, dibah, izan, cikgu-cikgu, and semua yang terlibat. U all sangat la best dan sporting serta supporting. Hahaa! Apa-apa je la...

Nota kaki : Sekali melangkah terus melangkah, sekali berundur belum tentu menyerah! Jangan tak taw, kitorang siap dapat assignment lagi. :ceritakan pengalaman anda sepanjang di Taiping: ~ erk! Ni boleh dikira as assignmenta tak ustaz? Hahaha! Panjang lebar cerita ni;)




See u later! That's all! Tata!

2 si cantik/kacak komen:

abieb said...

saye tinggalkan tapak kaki saye yang comel ni kat sini...hahhaa.... kembali pulang ke negeri kelahiran ek?? -08-

holaulala said...

@abieb begitu lah kiranya. haha!

Template by:

Free Blog Templates