Tuesday, 8 November 2011

Terlepas 1 episod Masterchef Malaysia!!!

Assalamualaikum...

Hai! Siapa tengok Masterchef Malaysia give me 10! (konon teruja giler!)

Best tau. Siapa tak tengok memang silap besar. Actually, saya kagum dengan peserta-peserta yang berjaya lepas tu. Memang terbaik la kan. Bukan calang-calang chef yang jadi juri. Bilalah saya nak jadi salah sorang peserta. Haha! Berangan tak hingat!

Kalau tanya saya pasal peserta pilihan, mestilah saya pilih yang tu, ala, yang comel tu! Hahaa! Tolong la jangan gedik! Saya malas nak letak pic. Takut korang tergoda. Habis saya nanti macam mana? Haha! Merepek! 

Tapi...saya terlepas satu episod untuk hari ni. Kenapa? Sebab, tadi saya keluar makan dengan kawan. Keluar pukul 8, pung pang,pung pang dah pukul 9. Masterchef dah mula! Tapi kitorang baru order makanan...= =" Bayangkan betapa sayunya hati saya! Haha!

So, saya pun order la. Bukan saya, tapi kawan saya. Dia order...

"Nasi goreng kampung pedas tambah telur mata 1 ye,"

Saya yang sememangnya tengah kebulur tahap burung unta terus cakap, "sama!"

See, nampak beno laparnya tu. Sampai tak dapat berfikir. Masa tu dah bayangkan nasi goreng yang sangat enak, dimakan dengan telur mata yang sedap. Fuh! Mesti tidur lena. Taklah terkilan sangat sebab tak dapat tengok makanan sedap kat Masterchef. Haha!

::Pakcik Google punye!::

Nyum2! Dah lapar la sangat kan. Sat gi, yang sampai...lalalla~ makan punya makan, makaih! letih la nak makan. Daging banyak. Tak pedas! Huhu! Sedih! Geram! Nasib baik lapar. Haha! Licin jugak pinggan tu. So, dengan muka seposen saya buat announcement yang saya DAH KENYANG!(konon marah+kecewa)

Tapi, akhirnya rasa marah tu terubat sebab, kawan saya punya member cakap, tak payah bayar, saya belanje! Yeah! Makan free! Rasa macam nak lompat kat situ gak. Haha! Haruslah mahal makan kat situ. Sebabnya, Kitorang berempat, total bayaran, RM42! Ceh! Cekik darah! Selalu saya makan dengan family 6 orang, siap makan chickenchop, xsmpai limeploh! Sian beliau yang membelanje! Sorry! Hehe! Terima kasih~

Nota kaki : Sekarang rasa perut sangat memulas-mulas, macam ada naga tengah mengamuk! Hee~

That's all! Tata!

6 comments:

Mohamadazhan.com said...

master chef...saya baru tahu rancangan ni lepas tgk di rumah saudara.hehe.ketinggalan tul

roha said...

memang best rancangan ni, slalu gak tgok. juri sume baik2 lembut2 je ckp2 kan. nampak pro la..

Cik Nurul said...

kalaw balik uma semdri mst tgk! huhu now kat uma sewa, xbole nak tgk.. huwaaaa~

Nisa Greennnpanda said...

hye..

sy dh tlg like pic awk tue.. ^_^

purplekyu^_^ said...

sy suke tengok masterchef! :)

Tihara said...

ske gak tengok masterchef.. :)

DAH JOIN GA KAT BLOG AKAK?
KALAU BELOM, JUM TRY YOUR LUCK :)

Blog Peribadi Milik Amirah Marliza@2011