Saturday, 31 December 2011

Pitam ketika melawat~

Assalamualaikum...

Hai! Sebelum saya tulis panjang-panjang, saya nak minta maaf dulu kalau saya ada salah silap kat siapa-siapa terutama kepada readers ye=) Biasa lah. Nama pun kanak-kanak, memang selalu terlepas cakap. Jujur sangat kan... haha! Joking~

ok hah! ni yang saya nak mula membebel ni. Yela, sempena tahun baru ni, saya nak lah jadi warga blog yang prihatin. Makanya, saya pun pergilah berblogwalking dengan manis muka sambil tinggalkan jejak kat shoutbox masing-masing. Taknak lah nanti orang cakap saya sombong sebab tak pernah nak melawat kawan-kawan punya blog. Hakikatnya saya ni malas bukan sombong. *jujur habis ni! T_T

Nak dijadikan cerita, saya pun berblogwalkinglah dengan skrin lappy yang penuh dengan serangga hitam yang comel, say happy new year kat warga belog sorang-sorang. Macam biasalah, bukak tab sebanyak mungkin tapi tak lah banyak sangat sambil loading youtube ceramah Ustaz Azhar *nampak tak ciri-ciri muslimah kat situ. Mula-mula macam harmoni je tab-tab tu semua. Ada lah lagu Alif Satar berkumandang sayup-sayup.

memang, tak ada lelaki, seperti aku, tapi yang lebih baik...banyak.
lalalalala~maka tak perlu sedu sedan itu, jangan sampai kau rendahklan dirimu...lalala~

Ha...macam tu lah lebih kurang lirik dia kan...Best! Saya suka. Tapi, yang jadi tak suka bila tiba-tiba ada lagu lain yang mencelah. Siap dengan tone yang tinggi tak ingat dunia tu, bercampur aduk dengan lagu nasyid, lagu jiwang, dan irama mendayu-dayu. Fuh! Kiralah berapa tab saya bukak. Haha! 6 je masuk Youtube. Ok. 7 sebenarnya termasuk FB. =P Tak kisah lah berapa tab pun kan. Tapi seriously, saya rasa nak pitam bila termasuk belog yang ada pasang lagu merepek meraban. Sama je terkejutnya macam masuk rumah hantu! 

Fine, memang belog awok-awok semua cantik-cantik, menarik, tertarik, tak macam belog saya yang usang setaraf rumah hantu kak Limah. Tapi, bagi saya la kan, belog pun macam orang jugak kot. Cantik luar, dalam tak cantik pun tak guna. Kalau belog cantik, menarik, berlagu hiphop kpop bagai, tapi info zero, isi tak seronok, pun tak best jugak. Ok lah. Memang lah ada yang cakap blogging hanya untuk kepuasan diri, nak luahkan perasaan jiwang karat bagai, tapi mesti ada sikit rasa untuk dikenali, di following, di segala macam di la kan. Tapi kalau baru jejak je dah pitam macam mana nak follow? Hehe! *janganmarahinipendapat.

     Bukan lah nak cakap belog saya tu hebat mantap lagi bergaya, tak. Saya pun merepek jugak kat entry tu semua. So, up to you all la nak follow atau tak sebab saya tau saya nak update pun kena tunggu 5 kali raya haji baru update. Ok lah~ Habis cerita pasal lagu kat belog. Ni nak cerita lain pulak.*banyak pulak cerita pagi-pagi buta tahun baru ni. Nak tau? Next paragraph plezzzz~

Dah lagu satu hal, lepas tu lappy saya buat hal. Traffic jam pulak pagi-pagi. Kemain sopan lagi cursor lappy ni gerak. Lepas tu lagu yang dah bercampur aduk tadi tu tak nak benti. Lepas tu, volume tak boleh mute, lepas tu tak boleh close window, tapi lagu still on!*bnyak pulak 'lepas tu'.. Serius sangat jiwa kacau kalau korang dengar lagu rojak tu. Lama jugak saya bertungkus lumus melayan lappy yang traffic jam ni. Siap dah tekan button off, lagu still on. Last-last nak tau apa saya buat?



























Sekian, terima kasih!

saya terus cabut charger lappy. Plap! Terus senyap kau! Baru ku puas~ Padan muka kau. Nak main-main dengan warga prihatin ni. Terimalah padahnya. Serangga-serangga yang sedap dok menginap kat skrin lappy pon bertempiaran lari. Dah gelap la katakan. Hilang terus tension yang bertandang. Fuh! Lega~ Ni yang baru boleh update belog ni...=)

Nota kaki : Terus hilang sikap prihatin yang baru nak semai tu~ Tunggu lah tahun depan pulak ye... Hee!

That's all! Tata!

1 si cantik/kacak komen:

kaka said...

haha..apesey miera..aptb la kaw -.-"

Template by:

Free Blog Templates