Saturday, 29 December 2012

final exam is on the way!

Assalamualaikum...


Lantak lah grammar kat tajuk post ni betul ke tak. Saya cuma nak bagitau, final exam tu dua tiga langkah je nak terkam kita semua ye kawan-kawan. Makanya, saya nak mintak maap kalau ada salah silap, terkasar bahasa, terkecikkan hati, terasa hati ke termakan gula-gula ke, terminum air ke, dan apa-apa 'ter' sekali pun, saya mintak maaf. 

Sepanjang minggu exam ni, saya stay kolej dengan harapan dapat serap segala ilmu dengan study secara tenang dan aman dalam kolej. Dapatlah saya study diam-diam sambil menghirup udara segar di UiTM Segamat, kampus alam semula jadi ni. Lepas tu tak payah fikir nak masak apa, nak makan apa. Kat kolej ni kalau ada makanan kita makan, kalau tak de makanan kita dok study diam-diam sambil dengar lagu. gitu citer dia. Lagi satu, terhindarlah saya daripada asap kereta yang banyak kat luar sana (bajet dok bandar besar).


I love this pic very much~ <3

Saya harap sangat semester ni saya boleh skor. Bukan saya je, tapi KITA. kawan-kawan yang lain jugak. supaya kita dapat terus ada kat sini, sampai akhir semester 5, grad sama-sama. Kalau ada kecik hati dengan siapa-siapa tu, kira halallah. Maafkan je. Kita kan nak exam. tak payah tunggu raya, tak payah tunggu sakit baru nak mintak maaf. Tak perlu nak simpan dalam hati, balas balik, berdendam. Its not good ye. tak mau macam tu, Allah tak suka. :)

see! merepek dah kan. saya terpaksa taip entri ni dengan selaju kelam kabut bagai sebab dah nak start study tapi tiba-tibe teringat cerita Istanbul Aku Datang. Makanya saya pun taip entri ni dengan pantas sepantas dan selincah Dian dengan harapan last sekali dapat akhiri dengan ...

XOXO, mira.

Kahkahkah! menyampah. pui. line lembab nak mampus. so, happy studying kawan-kawan. Hopefully we will pass with flying colors and have a very good result. Aamiin! maaf sekali lagi, Assalamualaikum.

with love, mira.



Thursday, 20 December 2012

Perbandingan? ~re-post~

Assalamualaikum...

Kita, MANUSIA dijadikan sama tetapi berbeza antara satu dengan yang lain. Apa maksud sama tetapi berbeza? Sama. Kita dikurniakan sepasang mata, sepasang telinga, hidung, mulut, tangan, kaki, dan satu hati. Berbeza. Setiap antara kita ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Si A suara sedap tapi tak pandai menyanyi, si B suara biasa je tapi bila menyanyi semua terpegun. Si C pula suara sedap, nyanyi pun merdu je. Ada pulak, suara entah apa-apa, bila menyanyi kalah katak panggil hujan. Tapi tak pe, berani mencuba tak salah.=P

Ada pulak sesetengah manusia ni, sibuk membandingkan diri sendiri dengan orang lain. 

Kenapa aku tak cantik macam dia?

Kenapa aku tak kaya macam dia?

Dia pakej lengkap, macam artis.

Aku teringin nak jadi macam dia...

Kadang-kadang, bila tengok orang yang cantik-cantik, cun-cun, kacak bergaya, terlintas dalam fikiran, Dia ada mata, aku pun ada mata. Dia ada hidung, hidung aku pun tak cacat. Dia ada mulut? aku pun ada mulut dan cukup semuanya. Tapi, kenapa dia cantik? Kenapa? Kenapa, dan kenapa...
Bila lama-lama aku tenung muka orang tu, akhirnya aku dapat jawapan...

KITA DIJADIKAN OLEH ALLAH BERBEZA ANTARA SATU SAMA LAIN! ITULAH TANDA KEKUASAAN ALLAH...

Sikit atau banyak, pasti ada perbezaan antara manusia. Manusia dijadikan saling melengkapi. Kita rasa terhina dan rasa terperosok bawah dapur kayu api (perumpamaan terlebih) sebab kita bandingkan diri kita dengan orang yang cantik amat dan kaya amat selayak artis. Memang sampai ke tua la kita tak kan rasa puas hati dan bersyukur. Cuba sesekali bandingkan diri kita dengan orang-orang yang kurang bernasib baik. Mesti kita secara automatiknya menarik nafas lega sambil mengusap muka dan bersyukur kita masih bernasib baik. Kalau tak nak pun sekurang-kurangnya bersyukurlah kita masih diberi peluang menyedut oksigen sampai saat ni. 

Semua pakej-pakej tu tak penting. tak kisah lah pakej fizikal mahupun kepandaian atau sebagainya. Yang penting hati. Kalau hati bersih, baik, tak perlu cantik semua tu. Sebab apa? Sebab cantik tu subjektif. Cantik bukan jaminan cium bau Syurga, dan tak cantik bukan bermakna bakal dicampak ke Neraka. Sedangkan manusia dijadikan saling melengkapi, kenapa kita perlu risau tak tentu hala? Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Tetapi ada ke dinyatakan, lelaki yang kacak hanya untuk perempuan yang cantik, dan sebaliknya? 

No.

Jadinya, tiada sebab untuk kita bandingkan diri kita dengan orang lain. Yang kita perlu lakukan ialah berusaha untuk jadi sebaik dia. Bukan asyik duduk puji orang tu cantik, orang ni hensem, orang tu pandai, orang ni bijak. Sebab, tak semua yang kita suka, kita rasa membahagiakan tu baik untuk kita. Kadangkala ia menjadi racun hidup kita.

“Tak semua yang indah tu membahagiakan, kadang-kadang ia hanya indah di anak mata, bila di
tangan sendiri ia berubah warna.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Segala yang buruk datang dari diri saya. segala yang baik daripada Allah S.W.T.

sekian.

Friday, 14 December 2012

Warna warni

Assalamualaikum...

Semalam kami ada dinner. Kami yang dimaksudkan tu, kami la. Kelas JBM2203B. Dinner cuma makan2 je. malas la nak story lebih pasal dinner. nothing special. speSial ade la. OPs~

ok la ok la. after dah mentekedarah (makan sepinggan dua), dengar lagu sedas dua, bergambar sekeping dua atas pentas, dengar ucapan sepatah dua, tengok montaj sekilas dua (montaj untuk semua tp bukan untuk kami), (pendek kata semua dua je lah x lebih!) maka kami pon membawa hati yang lara ke padang depan asrama untuk snap gambar sendiri semampu mungkin. kalau boleh sampai full 1 pendrive 16GB. kau mampu?

ye. snap gambar memang seronok. gila2 semua kejar kamera. haha! kalau artis, kamera kejar artis. sebab bukan artis, maka kami lah yang kejar kamera. biarkan apa orang nak kata asalkan kita happy. ;)

sila jamu mata sebentar.

 kami tertukar tudung
 aku tinggi. ok bye.
 warna warni.
classmates!
 colour block
 doorgift!
simple me.

eh. bnyak gambar aku kn? biar la. blog aku. hikhik~ malas pulak nak menaip panjang-panjang. kawan dah call ajak g bandar jap. ok lain kali aku story panjang lebar k. btw, classmates aku memang awesome! terima kasih kawan-kawan. me love u all. :")

Wednesday, 12 December 2012

Seminar bersama Ustazah Nurhafizah Musa

Assalamualaikum...

Bercerita tentang seminar, memang banyak seminar yang aku pergi sem ni. Bukan sebab terpaksa, tapi sebab aku yang rela hati pergi. Itu pun setelah di beritahu kehadiran ke seminar tu satu kewajipan aku dan akan di beri markah. >.< Eh! Tapi memang betul la aku tetap ikhlaskan hati pergi walaupun ade baur2 terpaksa di situ. hehe~

Tapi, sejak duduk (tambah tolak) 4 jam kat dalam DK dengar ceramah daripada Ustaz (entah siapa nama aku lupa) suami kepada Ustazah Norhafizah Musa yang kat program Halaqah tv9 tu (agak kepochi aku sebenarnye). Haa kan...seronok kan...kan.. Eh~ ayat aku kat atas tadi macam tergantung je. kejap! ha, sejak duduk 4 jam dengar ceramah daripada Ustazah Norhafizah dan suami, buat aku rasa macam nak tambah duduk lagi 4 jam. ^ ^ tambah pulak ceramah yang lebih ke arah motivasi tapi seronok sangat. masa 1st time tengok muka ustazah terkejut jugak la sebab ada iras-iras Oki Setiana Dewi. hei hei! bukan nak kata apa la kan, tp percayalah! gua suka angat kat Oki. Manis dan sedap mata memandang. Tapi lepas tengok ustazah, aku dah tukar minat pada ustazah pulak. bukan minat ape pon, kagum ok. KAGUM.

Lepas bergelak ketawa dengan slot daripada Ustaz, kami semua gigih menahan air mata masa slot ustazah. Tajuk dia pun dah nak buat aku sedia tisu sekotak. ha...dah boleh imagine kan macam mana isi dia pulak. DARI LUBUK HATI IBU. ni lah tajuk slot Ustazah. bayangkan lah aku yang keras hati ni pon kecik besar kecik besar je mata tahan air mata. Betul betul touch my heart. tskk~ Lagi-lagi bila ustazah pun menangis masa bagi talk. Eh! Lagi la aku rasa nak melalak. bukan apa, aku ni pantang sungguh bila tengok orang nangis. tak semena-mena dengan aku-aku rasa nak nangis even awal-awal aku ilek-ilek je pandang kiri kanan, dok fikir balik nak makan apa, nak masak ke makan luar (nampak tak aku ni heartless!).

At last, keluar jugak air mata penyesalan aku. korang kalau yang tak dengar boleh la cakap, "ala kejap je penyesalan tu," hello, yang kejap tu korang, penyesalan aku lama sikit dari korang. >.<. tak tak! aku betul-betul gigih nak berubah ni. Cubalah support! yang tak dengar lagi, anda sangat patut untuk follow ceramah ustazah. seronok tahu. banyak input-input berguna. banyak yang terkesan kat hati. lagi-lagi part solat. Solat tu tiang agama. Kalau tak solat, nak jadi apa? 

Eh! cuba bagitau macam mana aku boleh ter-stuck kat sini menaip entry? asalnya tadi nak buat ayat mandarin untuk public speaking sebenarnya taw tak... ni gara-gara tiba-tiba teringat pesan ustazah la ni.

"...apabila seorang ibu bertanyakan khabar anaknya terlebih dahulu, maka anak itu dilaknat oleh Allah..."
"...kalau anak tak solat, ummi seperti mati!..."
"...seorang anak bergantung sepenuhnya kepada seorang ibu..."

Aku ingat semua yang ustazah cakap, usatazah pesan, ustazah cerita. semua aku ingat. ;')
bila ustazah cakap,    
 "..sesiapa yang dah takde ibu akan faham perasaan kosong masa dapat result or konvo...", 
aku angguk dalam hati. sebab tu la yang aku rasa. tu lah yang aku rasa masa aku 1st time dapat result exam.
bila ustazah tanya,
 "...siapa antara kamu yang pernah tinngikan suara dengan ibu bapa...?"
aku tak angkat tangan sebab aku pon tak pasti. aku pon tak ingat pernah ke tak. setahu aku tak pernah sebab aku sangat sayangkan mereka.<3 
bila ustazah cerita tentang anak kawan ustazah yang malukan ibunya depan ustazah, aku rasa macam sedih pulak. ade ibu kenapa buat macam tu kan. tak suka ke ada ibu?
bila ustazah cakap,
"...perginya seorang ibu, maka hilanglah satu nikmat iaitu nikmat melihat wajah ibu, dan keberkatan doa ibu..."
tanpa sedar, aku dah hilang keduanya. Nikmat melihat wajah ibu dan berkat doa seorang ibu.

Sekian. Amirah Marliza melaporkan dari lubuk hati paling dalam. ..>.<..

Nota kaki: Doakan aku berjaya. :)

Wednesday, 5 December 2012

D-Day.

Assalamualaikum...

D-Day? Pelik kan tajuk? ah! Persetankan tajuk. nak tahu ape itu D-Day? -Sila rujuk gambar di bawah-


ok dah rujuk, sekarang sila bina ayat berdasarkan gambar. tak pandai? ok la aku tolong.

I'm officially a diploma holder from UiTM and already done the 77th convocation session at DATC UiTM Shah Alam! 

Yess! I got it! Excited kan? Haruslah! Korang yang mana belum rasa memang patut rasa betapa seronok dan terbit rasa bangga sikit bila diumumkan perarakan masuk graduan. Sumpah tak tipu. Time tu rasa macam gah terlebih. Tapi nak diingatkan, bangga sila berpada-pada. >.< 

Mungkin ni cuma permulaan bagi aku. Tapi tanpa permulaan ni, aku mungkin putus asa dengan degree yang macam nak putus urat saraf ni. Tapi bila dah konvo ni, tambah pulak tengok depan mata akak-akak dan abang-abang senior dulu ilek2 jalan atas pentas pakai selempang pink sebagai PENERIMA ANUGERAH NAIB CANSELOR IJAZAH KELAS PERTAMA, aku rasa macam....WOW! Mereka boleh, kenapa aku tak boleh? 

So, sejak 3/12/2012 yang lepas, maknanya lepas konvo la kan, aku dah tanam azam sikit untuk jadi macam mereka. Alangkah masuk dewan pon bangga semacam, kalau diumumkan macam tu, mau tak makan 5 hari 5 malam aku sebab sibuk nak senyum sampai telinga. Oh. Berangan memang indah. 

Dan aku sangat-sangat happy sebab family aku sudi datang hantar aku, iring aku. Siap bagi bunga ade pooh pakai mortar dengan bebear (teddy bear) besar anak gajah kecik sikit lagi. Rasa nak nangis guling-guling sebab terharu. Tsk~ Mana tak nye, ni bebear kedua aku dapat lepas aku cecah umur 8 tahun. Lama tau tak manja-manja dengan bebear. ;'(



ni la bebear dengan bunga pooh tu. :)

Tapi tak banyak la gambar konvo aku. adalah dua tiga kerat. Disebabkan gambar konvo mahal mengalahkan baju raya aku, maka aku dan rakan-rakan telah membuat keputusan untuk bergambar di KLCC lepas amik jubah. Konon photoshoot la tu. Tapi, tak sampai bape keping kamera merajuk dek kepanasan. Nah! Ade la sikit gambar. Jemput cuci mata. ^ ^






bajet happy giler la kan habis smart la ni snap pic campak2 mortar.- -

oh  ni abang aku. dia la yang bagi bebear. sama tak muke? ;)

 ni masa otw ke s.alam. punye semangat muka. woah! excited!

yess! finally!

For arwah mak dan arwah abah, this is for you both. Apa-apa pun, tanpa orang di sekeliling aku, siapalah aku. ;') Terima kasih buat semua. Doakan aku berjaya.

Saturday, 24 November 2012

new chapter with new friends

Assalamualaikum...

Dah lama tak update blog bukan bererti P.E.M.A.L.A.S tau. cuma baru terfikir nk update je, terbukak fb. sat g terfikir lagi nak update tercongok kat twitter pulak. pung pang pung pang, masa untuk buat assignment pon sampai. so, tak sempat dah nak update blog. wee~ >.<

setelah sekian lama menjejakkan kaki dan menyelami kehidupan masyarakat di Segamat (dah macam nak buat dokumentari.- -) aku tergerak hati, buat kesekian kalinya untuk update pasal kawankawanyangohsem. eh tiba-tiba space key xberfungsi. haha

Aku kat Segamat ni daftar kat kelas JBM2203B. bukan nak kata apa la kan, tapi penghuni kelas ni BEST! Ade ibahpanda, aainaa, nad, mimi, mimot, aishah, chacha, ainss, efa, eqa, naw, syera, iman, wawa, husna, serta para lelaki sekalian dan ramai lg aku nak senaraikan pon macam letih. haha! ape yang best dengan diorang ni? ala, nak citer lebih-lebih pon baru satu sem bersama kan. tunggu sampai last sem, aku story kan sorang-sorang. ok?

ok bawah ni ada lah gambar sepapan dua. jemput lah menjamu mata dengan gambar kami yang sweet sour ni. :)


 
                                                                                                                 kesayangan beta.

sekian~yang last tu gambar dolu-dolu. mse pegi desaru. ;')

"Setiap hari adalah kenangan; kemarin, hari ini, esok bahkan lusa. Maka jadikan harimu indah tuk dikenang."
 

Wednesday, 31 October 2012

Harapan

Assalamualaikum...

tak lama lagi aku bakal konvo. Diploma in Business Studies. Sidang 15. No giliran B576. seronok. tp sayang, rasa seronok tu hanya pada aku.

kawan aku sibuk bercerita ayah dia dah tempah baju untuk pergi tengok dia konvo. aku senyum. aku cakap dekat pakcik. konvo 3/12/2012 ni. dia cakap jauh nak pergi sampai Shah Alam. tak biasa katanya. aku senyum. aku bagitau pakteh. konvo 3/12/2012 ni. dia cakap, tanya abang boleh pergi ke tak. kalau boleh, abang je la yang pergi. tapi aku tau, kalau bagitau abang, mesti dia akan cakap, tengoklah kalau cuti.

aku tak pernah mintak sesiapa datang jenguk aku masa duduk asrama. aku tak pernah mintak duit untuk bayar yuran. aku tak pernah mintak duit belanja. aku tak pernah mintak raikan hari lahir aku. aku tak pernah mintak datang sekolah tandatangan kad laporan exam! tak pernah kan. sampai aku rasa aku dah tak pandai nak mintak apa-apa.

cuma kali ni je. kali ni je aku harap ada yang akan tengok aku konvo nanti. aku tak mintak banyak. cuma datang tengok je. cukup. kalau mak dengan abah ade, mesti diorang gembira. yela kan, aku anak diorang yg pertama dan terakhir yang dapat diploma. sayangnya... harapan tinggal harapan.

mak abah, even tak de orang tengok sekali pun, even adik kene pergi sorang2 sekali pun, adik dah tak kisah. diploma ni untuk mak dan abah. bukan untuk mereka. InsyaAllah ijazah bakal menyusul.

Nota kaki: Terlalu berharap hanya buatkan kita lebih berkecil hati. maka simpanlah harapan untuk perkara yang lebih pasti.

Tuesday, 16 October 2012

Suara atau self-esteem?

Assalamualaikum...

Pernah tengok movie Legally Blonde? cerita ni mengisahkan dua orang kembar yang berlainan karakter. Si kakak sangat hebat dalam perbahasan, atau segala perkara berkaitan memberi pendapat atau pengucapan awam tapi bila test paras-paras hidung.;p Berbeza dengan si adik. Si adik pulak sangat la hebat bila result keluar dia lah the highest. Tapi bila kena bagi pendapat atau bercakap depan org ramai, automatik down! serta merta gagap, hilang idea.

NAH! Motif utama aku ceritakan psal karakter movie ni sebab karakter si adik tu sama mcm aku. Walaupun result takdelah gempak tapi still masuk UiTM la kan. haha! masalah aku sebijik macam masalah si adik tu. Walau macam mana aku prepare, walau banyak mana aku baca, walau bersedia macam mana sekali pun, walau aku rasa konfident tahap gunung fuji sekali pun, bila tiba turn bercakap automatik idea semua jadi mcm buih sabun yg terbang bersepah-sepah. Dengan tak semena-mena rasa macam ada batu dalam tekak. Suara bergetar bila cakap nak bagi semua dengar. Eh. sumpah aku tak faham dengan diri aku sendiri. selalu nak sabotaj diri sendiri. Dari dulu sampai sekarang akan jadi macam tu.

Aku tak tau la punca sebenar kenapa aku mcm tu. Mungkin sebab jarang bercakap depan orang ramai. Mungkin jugak sebab aku punya self esteem xckup tinggi. Mungkin jugak sebab nafas aku tak cukup panjang untuk cakap kuat-kuat. Mungkin sebab aku dah lama sangat tak bercakap depan umum. Tapi, masa diploma relaks2 je aku present BEL satu jam setengah tu? relaks2 je aku present costing yang tiap2 minggu tu? macam mana pulak? oh.. mungkin dalam masa 1 jam setengah tu aku dah boleh adapt diri aku untuk ckp dpan org ramai kot. dan mungkin sebab every week present maka aku jadi lali sampai tak sabar2 nak present sbab x sbar2 nak balik. ok fine.

So, aku rasa one fine day aku kena jugak praktis menjerit atau cakap hujung ke hujung. maksudnya berbual dengan someone smbil masing2 duduk hujung padang untuk test kekuatan suara. lepas tu aku kena lah selalu membebel sorang2 depan cermin, selalu bercakap supaya tekak tak kering. EH! hehe! selalu angkat tgn jawab soalan kat kelas. selalu muhasabah diri. yup! aku tengah muhasabah diri la ni.- -'

Nota kaki : apa-apa pon, silat is the best!

Sunday, 30 September 2012

manusia dan makanan

Assalamualaikum...

Hai kawan-kawan!! :D

hari ni saya sangat relaks, sangat cukup tidur. tapi badan sakit-sakit akibat sedaya upaya buat backflip (konon) yang tak jadi-jadi, maka badan terhempas gedebak gedebuk! sakit ok sakit.- -" tapi nak buat macam mana, saya dah sukakannya, sukakan dunia silat, maka relakan je la badan sakit terhempas. puii~

baca tajuk, manusia dan makanan. serius! manusia dan makanan memang tak dapat dipisahkan. tak kisah la apa cara sekalipun, kalau dah nama manusia, memang tak boleh kalau tak nampak makanan sehari. mau meroyan gamaknye. buktinya, kawan sebilik saya, balik je bilik mesti tanya nak makan apa. weh! kadang-kadang saya rasa macam penat nak fikir nak makan apa. tak boleh ke balik bilik terus study ke, terus online ke, terus tidur ke, terus mengaji ke an.. ni terus tanya nak makan apa! *sigh~

tapi saya sendiri pon apa kurangnya. kalau kat kelas tu, perut tak berbunyi menjerit mintak makanan memang pelik. mesti berbunyi! mesti lapar. mesti terbayang makanan. mesti tak fokus. dan mesti mengantuk. EH! :p minum air bergelen-gelen pon perut tetap mahukan makanan! syukurlah dapat air, syukur!

makcik saya pernah cakap, rakyat Malaysia ni memang tak pernah berhenti makan. siang malam pagi petang makan. habis tu rakyat negara lain? haha! nak je mulut tanya macam tu. tapi takut plak tak terjawab. heheh! cakap je la manusia memang suka makan. saya pun suka makan ok! sangat suka. tapi saya sangat tak suka bila saya kena ikut orang lain punya menu untuk makan. eh saya yang nak makan, suka hati la nak makan apa pun kan. ;)

ok lah. penat la nak taip. menyampah dengan wifi. tadi line berdesap desup. tibe part saya taip entry je line terus slowdown ape citer? jeles la tuh! huh~

nah amik gambar makanan 'berkhasiat!' lagi menyelerakan serta melaparkan perut! kruk kruk~ *bunyi perot konon!



Nota kaki: abaikan penggunaan kata ganti diri tu. memang kadang-kadang guna aku, kadang-kadang guna saya. ikut sempat ikut mood ikut suka hati. haha! selamat menjamu selera. EH! selamat beramal.:p

Thursday, 27 September 2012

Rezeki. hargai seadanya.

Assalamualaikum...

bercerita tentang rezeki. Setiap individu ada rezeki masing-masing yang Allah dah simpan untuk kita. bezanya  cuma macam mana cara kita nak hargai rezeki yang Allah dah bagi tu. Contoh paling mudah, kita sebagai pelajar. sangat ramai yang apply untuk kemasukan ke universiti, sama ada IPTA IPTS atau oversea. yup sangat ramai. tapi, cuma insan-insan terpilih je yang dipilih dan ditawarkan tempat untuk sambung belajar. kenapa? sebab rezeki kita dah tertulis dekat situ. maksudnye kat sini, aku nak bagitau yang rezeki aku dah tertulis dekat UiTM Segamat sebagai Pelajar Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pemasaran. kepujian tu macam penting je. fine fine!

yela kan. dah tentu tentu kita kita semua ni insan terpilih. maka haruslah kita hargai. macam mana nak hargai? macam ni...

 belajar rajin-rajin. rajin buat assignment. kalau lecturer bagi keje sekolah; bak kata orang tua-tua dulu, buat! bukan tangguh-tangguh. kalau ada presentation, present betul-betul. jangan tersipu-sipu. kalau lecturer tanya soalan, jawab. bukan diam membisu. kalau lecturer tanya paham ke tak, cakap tak paham! jangan jadi hipokrit. assignment tu jangan main larung asal boleh. buat assignment tu betul-betul. paling penting,,,,SAY NO TO PLAGIARISM! hoi penting tu hoii~

nasihat di atas  KHAS, KHUSUS, ISTIMEWA buat diri aku sendiri. ye diri aku sendiri. sebab aku lah yang malas. aku lah yang kemain nervous nak terkeluar jantung bila kne present. aku lah yang tunduk-tunduk bila lecturer nak tnye soalan. aku lah yang suka copypaste bila buat assignment. ops! tu dulu ok. sekarang belum buat lagi kerja terkutuk tu. T_T

maka aku macam tibe tibe terfikir. alangkah bahagianya kalau aku orang yg 1st present tanpa gugup. alangkah indahnya kalau aku jadi orang paling banyak tanya soalan, paling laju jawab soalan, paling pantas berfikir. alangkah seronoknya kalau aku boleh buat public speaking dengan selamba badak tanpa segan silu bukak mulut terus spontan cerita fairytale keluar. alangkah alangkah dan alangkah tenang nya hidup sebagai pelajar degree kalau aku dilahirkan genius! DUSH~

ok. nasihat Amirah Marliza sebagai insan terpilih untuk belajar di Segamat, silalah belajar dengan tekun. sila jangan contohi perangai entah apa apa dia. cuma contohi sifat lemah lembut (kadang-kadang) dia. jangan malu-malu nak bertegur sapa dengan dia. dia tak sombong. betol!

Nota kaki: sekadar perkongsian dan peringatan buat diri sendiri. sila jangan terguris hati atau terkoyak perasaan. ;')

Saturday, 22 September 2012

sesal dahulu pendapatan...

Assalamualaikum...

sesal dahulu pendapatan. betul la tu. dulu elok-elok kerja, bising dok habaq nak belajar bagai. sat ni, bila dah dapat belajar, dah start belajar, mula la merungut macam nak satu khatulistiwa tau yang kita ni sangat tension belajar. kalau dari awal decide nak keje je terus kan dah dapat gaji ke 3. pendapatan la tu kan? haha! haih! anak sapa la tu!

sebenarnya, kita manusia ni memang tak tau tak reti tak paham ape tu bersyukur. yang kita tau hidup nak seronokkkk je macam dalam syurga. cehh! dosa mnenambun ade hati nak seronok seronok. bawak-bwak mengucap.

aku salah seorang daripada yang di atas. seperti sedia maklum, aku dapat sambung degree kat segamat yang indah lagi permai umpama belajar di oversea! tak dapat dinafikan lagi fakta yang satu ni. satu bende yang tak dapat aku nak elak sekarang ialah bandingkan antara segamat dengan larkin.! woah! seriously i can't stop it immediately! jalan sikit mesti akan cakap, "kalau larkin, blablabla.." masuk library, "kalau larkin, blablabla.." tnggu bas, "kalau kat larkin...blablabla~"

see? everything, everytime, everywhere, akan keluar perbandingan. eh ingat aku suka ke nak banding2 kan? aku tak suka tapi nak buat acane reaksi spontan kan.. huhu~macam mana aku cuba elak, aku tetap manusia biasa yang ada mulut dan mulut aku ni bukan mulut botol yang boleh tutup then air tak keluar.(bukan bermaksud air liur aku sentiasa meleleh eh.) T_T ha! sukahati aku la nak bg contoh ape pon kan. >.< 

entah kenapa aku rase topik macam dah lari jaoh giler! mula2 mcm peribahasa, lama2 dah jadi mcm takde bahasa. sebelum jadi lebih parah baik aku stop menaip. terima kasih sudi melayan 2 saat baca barisan paling atas. :p

Nota kaki: sekarang macam dah ramai batuk-batuk. mungkin cuaca panas. kawan aku pon ade yang batuk sampai muntah. so, nasihat aku, minum air banyak-banyak. jaga diri. kuatkan antibody. EH! :))

Wednesday, 5 September 2012

Segamat. kawan-kawan, doakan aku.

Assalamualaikum...

1hb September 2012. bermulalah sebuah lagi cerita sebagai pelajar UiTM. bezanya dulu Larkin sekarang Segamat. Segamat sangat berbeza dengan Larkin. sangat berbeza. kalau dulu di larkin kami hanya akan bersiap untuk ke kelas pada jam 7.45 pagi. tapi di Segamat seawal jam 7.20 pagi kami dah tercongok menunggu bas! percayalah, larkin sangat indah pada pandangan mata hati saya. hahhaaha~!

di segamat aku pasti terkontang kanting tanpa arah tujuan kalau terpaksa ke kelas sorang diri. nasib baik ada kawan-kawan. ;') tapi tu lah. sampai bila aku nak bergantung dengan kawan-kawan. mungkin segamat sangat besar. tapi lama-lama aku pasti akan terbiasa dengan keluasan UiTM segamat tu.:)

rumah sewa? hmm. not bad sebenarnya. cuma tu lah. panas. mungkin tak sepanas neraka. tapi agak panas bagi aku yang belum cukup amalan dengan iman setipis kulit bawang ni. eceh! hihi~ apa-apa pon aku kene belajar bersyukur sebenarnya. yelah. nak di bandingkan dengan kawan-kawan yang masih tercari-cari rumah sewa, aku jauh lebih beruntung sebab dah dapat rumah sewa.

tentang belajar. aku tak dapat nak cerita apa-apa lagi sebab kelas pon belum mula. tapi aku harap sangat aku dapat fokus. dapat belajar dengan tekun. dapat faham dengan pantas, dapat ingat dengan mudah. dan aku sangat berharap aku dapat lulus dengan cemerlang. doakan aku ye.;') aku jugak harap sangat supaya aku terpelihara daripada anasir-anasir yang buat aku jadi malas nak belajar. tolong jauhkan.

kawan-kawan. tak ramai lagi kawan baru yang aku kenal. masih baru mungkin. doakan juga aku cepat dapat kawan yang baik-baik. doakan aku cepat pandai. doakan aku dapat belajar dengan baik. doakan apa-apa yang baik untuk aku yeee! :) terima kasih.

Nota kaki: doakan jugak aku istiqamah dengan diri aku yang sekarang.

Monday, 13 August 2012

hijrah wanita.

Assalamualaikum...

dulu free hair, sekarang berselendang.
dulu berbaju lengan pendek, sekarang berbaju lengan panjang.
dulu beli baju saiz xs, sekarang dah naik M.
dulu seluar skinny, sekarang dah straight cut.
dulu tak tau alif ba ta, sekarang dah hafal ayat qursi.

dulu berselendang, sekarang bertudung elok.
dulu sekadar memakai T-shirt, sekarang baju kurung sentiasa di hati.
dulu kejap solat kejap tak, sekarang solat sentiasa penuh walaupun lambat.

dulu bertudung biasa, sekarang bertudung/berselendang labuh.
dulu berbaju kurung, sekarang berjubah.
dulu sentiasa melengahkan solat, sekarang solat di awal waktu.

begitulah penghijrahan seorang wanita. tak salah berfesyen, tak salah nak ikut peredaran zaman. tapi biarlah manis di sisi Allah. berhijrah biar ke arah positif. jangan berhijrah ke jalan sesat.

biarlah orang nak kata kita tak pandai berfesyen ke, kita berlagak ustazah ke, kita bajet bagus ke, hakikatnya, kita yang tentukan nasib kita di hadapan Allah kelak. bukan mereka yang hanya tahu memandang sinis, mengeluh panas, mengadu rimas. percayalah tiada apa yang lebih panas melainkan azab api neraka.

tak perlu bangga berambut cantik, tak perlu bangga ber-body model, tak perlu bangga berwajah cantik kerana kecantikan yang dibanggakan itu telah pudar dilihat orang.

Nota kaki: peringatan buat diri sendiri. yang baik ambil buat teladan, yang tak baik/salah mohon diperbetulkan. selamat beramal~

Tuesday, 31 July 2012

masalah.

Assalamualaikum...

saya bakal menjalani fasa baru dalam pembelajaran saya iaitu degree. oh saya sangat bahagia dan tenang aman serta sentosa. _______________________________________________________T_T"

PENIPU! tenang ape kalau asyik fikir pasal benda ni. selagi tak daftar, selagi tu kena fikir. kalau dah daftar, maksudnya masalah dah settle la kan? burr!! mana nak fikir pasal yuran pengajian, belanja yang bukan se-sen dua, print borang tu borang ni. pinjaman sana sini. medical check up. sepuloh kali masuk U, sepuloh kali medical check up.- -" yang paling menyesakkan ialah masalah tempat tinggal.
since kampus tu dah bagitau terang terang jelas dan nyata bahawa...

TEMPAT TINGGAL TIDAK DI SEDIAKAN. SILA URUSKAN SENDIRI. bagi pelajar penerapan.

makanya, saya memang harus dan wajib mencari rumah sewa agar tidak merempat di tepi kaki lima tidur atas kotak. damn! siapa kata cari rumah sewa senang?

dengan hati dan perasaan hamba Allah lain yang perlu di ambil kira. keselesaan mereka. dan ke-satukepala-an mereka yang juga perlu di ambil kira. tak cukup dengan tu, faktor rumah juga kene amik kira. sewa berapa, lokasi kat mana, nak pegi kelas macam mana. woah! sumpah serabut.

tapi bila fikir balik, kita pergi sana nak belajar kan.. buat apalah nak fikir benda-benda yang tak semenggah tu. pasal hati perasaan semua tu campak ke laut. nak fikir tak sekepala, memang tak berkembang la jawabnya. kadang-kadang persekitaran kene ubah jugak kawan-kawan... barulah boleh jadi flexible. ye adik-adik sekalian...

alangkah indahnya kalau semua fikir macam yg saya fikir kat atas ni. mesti awal-awal hal rumah sewa dah settle. hmmm. malangnya hati orang tak boleh di paksa kan. fikirlah apa yang terbaik ye kawan-kawan. kalau semua setuju, saya hanya menurut. ;')

InsyaAllah semua berjalan lancar. *entry ni random dan xde tuju kat sesiapa, maka tolong jangan terasa. saya sayang kawan-kawan saya. percayalah!

Nota kaki: Doakan kami ye.;)

Thursday, 26 July 2012

Bahasa jiwa karat

Assalamualaikum...

Dewasa ini, semakin ramai remaja yang gagal bahasa Malaysia. eh salah. lupa ni blog. ingat kan karangan SPM. wee~

sekarang kalau kita tengok kat laman sesawang atau laman muka buku, atau laman henfon touch screen, atau laman henfon nokia tigetigeseposen, makin ramai remaja (lebih sesuai di panggil budak-budak meningkat remaja) yang menaip bahasa alien. contohnya:

boy: awa, awa cyunx saia ta? saia cyunx awa sangad! 
gurl: saia pom cyunx awa jugax. 

-lepas taip ni xsemene-mene rasa nak terkeluar muntah purple.- -"

rasanya, kalau bagi arnab saya baca pun, mau dia bantai gelak guling-guling masuk sangkar keluar sangkar. perlu ke taip macam tu? pelatkah? atau typo? oh.. maybe typo. maklumlah, sekarang kan masing-masing dah pakai touch screen. mana pandang henfon se'canggih' nokia 3310 tu. walaupun hakikatnya henfon 'canggih' tu la yang paling berkualiti. setuju?

kesian cikgu, mak ayah, abang kakak ajar penat-penat. eja saya ialah S.A.Y.A. eja sayang ialah S.A.Y.A.N.G. bukannya S.A.I.A ataupun C.Y.U.N.X. apakah? oh typo!

malas nak cerita panjang. masing-masing dah besar kan. tahu fikir sendiri. umur 10 tahun pon kadang-kadang ada yang dah guna henfon. makin bertambah generasi celik IT, semakin berkurang generasi pencinta bahasa. mungkin inilah yang di namakan dunia tanpa sempadan. EH? bukan dunia akhir zaman ke? Entahlah!

Nota kaki: bahasa melayu dah tersedia indah. kenapa perlu mengubah?

Tuesday, 24 July 2012

PUASA--->raya

Assalamualaikum...

PUASA. day 5th already. bagi yang puasa penuh sepanjang 5 hari ni, tahniah! Alhamdulillah, 21-6. dah 15 kali Ramadan saya berpuasa. dan tahun ni, tahun ke-14 saya berpuasa without mak abah. semoga tenang ye kat sana. ;') ok.

cerita pasal puasa, masing-masing mesti rasa happy kan. sebab bila puasa, tu tandanya raya dah nak tiba. walaupun hakikatnya, kita pon tak pasti sama ada kita sempat atau tak jumpa Syawal tu. tapi kita tetap macam bahagia giler main mercun, meriam, bunga api bagai. apekah? tahukah korang, bulan Ramadan ni la bulan untuk korang hentam Syaitan habis-habisan. yelah, Syaitan kan dah kene ikat. ok. bajet ustazah pilihan. >.<

bagi saya, bila tiba bulan puasa saya rse macam suka. sebab ape? sebab bulan puasa je la nak atau tak saya akan bangun sahur. bila saya bangun sahur, saya akan tunggu azan subuh. dan saya akan solat subuh. honestly, hari biasa selalu terlajak tidur. demm!

normally, bila citer pasal puasa, mesti nak kaitkan dengan raya. baju raya dah tempah belum, kaler ape? kuih raye dah buat belum. kuih ape? oh ye. bagi saya, baju, kuih tu semua tak penting kot... dapat kumpul satu family tu la satu rahmat sebenarnya. giler kau tak suka? saya pun dah tak ingat since tahun bila saya mula endah tak endah pasal baju raya. rasa nak beli, beli. kalau rasa tak nak beli, buat-buat ade je la sepasang. raya sakan pon nak buat ape kan. sedangkan ada lagi orang yang langsung tak dapat nikmati hari raya tu. maka, sebaiknya kita bersederhana.:')

betul la orang cakap, makin banyak bercakap, makin merepek. makin banyak menaip, makin banyak typo. pen-off.

Nota kaki: ada yang bertanya,"sah atau tak puasa kami tanpa sahur dan berbuka?" ;') bersyukurlah kita masih di beri rezeki untuk menikmati makanan sahur dan juadah berbuka puasa. Alhamdulillah.

Friday, 22 June 2012

pelanduk dua serupa.

Assalamualaikum...

diam tak diam, dah nak masuk 3 minggu aku keje. Alhamdulillah. semuanya lancar. ewah! ayat tak nak skema lagi kan...hahaa!

terus kepada gosip. aku ni sebenarnya ade masalah nk mengingat mke org. so. sepanjang aku keje, adalah seketul dua muka yang aku ingat. tu pun setelah mereka masuk ke koperasi lapanplohribu kali. kalau tak kau jangan harap aku nak ingat muka kau. lagi satu, aku akan ingat mke org tu kalau ada familiar ngan orang yang aku kenal. demm!

adalah beberapa orang adik ni yang aku aimed sebab muka sama dengan member UiTM. yang sorang ni, 1st aku terpandang dia, terus aku otomatik otak aku flashback muka budak segamat nih. sedara seGayong aku jugak la. Epi. fine. gaya dia macam Epi. memang serupa. ~_~" nama dia Nazirul Hakimi tak silap aku. agak nye la. otak aku ni bukan boleh caya sangat. adakala tak selari dengan memori. :p

yang lagi sorang ni pulak muka sejibik sejibak macam naim. ye naim. yang konon pendiam pemalu bagai tapi hakikatnya macam nak sepak terajang. muahahaha! yang ni 1st time aku tgk mke aku dah terdetik. sama mcm naim. eh! nama amin. memang la aku dengan selamba badak aku panggil dia naim. haha! sampaikan dia malu dah tak nak masuk koperasi lagi. :bb sori akak bos!

tu je dua org yang aku tgk ade potensi jadi budak UiTM. haha! tak memasal je kan. masa mula-mula nampak diorang dengan tak semena-mene aku rasa nak pegi tanya,"eh adik ade abg kat UiTM eh?" hhahaha! tapi aku tak senekad itu. well~ aku kan pemalu. ahakz! malas je nak riak. :pp ok tak.

phew~ aku dah boleh tarik nafas lega sebab aku rasa aku dah dapat sesuaikan diri dengan kerja. apa orang nak kata, apa orang nak umpat, let them do it. aku tak de hak nak judge, atau sangka buruk kat diorang. as we know, orang mengumpat pasal kita, pahala menghala ke kita kan. so, apa la sangat setakat umpat-umpat kosong. tak luak pon hidung mancung aku kan. haha! ok bai!

Nota kaki: lakukan dengan ikhlas, pasti segalanya dipermudahkan oleh-Nya. :')

Tuesday, 12 June 2012

kerja.

Assalamualaikum...

semalam dah start keje. keje biase-biase je. eh. mungkin tersangat biasa. kata untie, "ala setakat jaga koperasi pon nak cari yang diploma...mcm lah susah sgt nak jaga. gaji bukan tinggi mana pon.."

memang betul la tu untie. gaji memang tak tinggi sebab keje senang. tapi jadi susah sebab tuan koperasi tu dah bagi kepercayaan kat kita untuk jaga koperasi dia tu. lagi pun, apalah harga diploma sekarang ni. setakat diploma? silap-silap pakcik Jaga pon sekarang dah ada diploma.

baru dua hari saya berkerja memecut motor bagai nak rak sebab nak sampai tepat pukul 8. ye, saya lah yang awal datang. dan saya jugalah yang awal balik! yuhuu! ok semua tarik nafas dalam-dalam dan hayati cerita sedih saya ni ok. izinkan saya menggunakan 'aku'.

***************

hari pertama, aku rasa terlebih excited dek kerana ni 1st time aku kerja. makanya aku telah sampai awal. makanya akak bos belum sampai lagi. makanya aku pon berborak dengan makcik dobi sebelah. makanya aku telah menunggu hampir setengah jam! dengg! masuk je koperasi aku dah di arah itu ini, menyapu, mengemas, membersih habuk, menyusun atur. sampai aku konfius. adakah aku bekerja sebagai maid?

ah tak kisah lah tu. biasalah baru naik cuti, habuk sana sini. siap pakej ade mengkarung comel kecik mati lagi kat stor. bau dia malas aku nak ceghiter! dah siap keje maid aku, aku jagalah kaunter... humangaih!!! macam lipas tak cukup kaki aku nak melayan budak-budak kaya bijak kat situ membeli belah. lupa nak kasi tau. aku keje kat koperasi MRSM. mentang-mentang baru naik cuti, masing-masing beli gula-gula seposen dua biji guna duit kaler ijau lumut. he'eh! menggagau aku cari duit balik. dengan aku yang tak biasa asyik terkial-kial menanya harga kat akak bos sambil otak mencongak jumlah. bajet terer malas nak tekan kalkulator. haha!

at last, berjaya jugak aku habiskan hari 1st dengan senyum kambing..

hari kedua pon berjaya jugak. masuk tepat kol 8. keluar tepat kol 5. tu je lah yang aku berjaya. hari kedua aku agak berduka. pagi-pagi terasa bosan. bila masuk waktu rehat, start pulak menggelabah jadi cashier. budak-budak MRSM ni berbelanja waktu rehat macam nak beli stok makanan sebulan kat UiTM. air kat dua bijik peti ais tu kejap je clean and clear. tak cukup dengan tu, roti baru hantar pagi dengan sekelip mata tinggal 4 5 bungkus. oh aku tak tau spesis apakah mereka ni semua. one more thing, mereka boleh bawak handphone ok! siap memborong topup. fine fine!

sesi berduka aku bermula petang. lepas break sejam. aku rasa aku macam banyak salah kira. bukan salah kira jumlah. aku salah letak harga jajan-jajan tu semua. ikut suka hati aku je letak harga sendiri. eh mana aku tau! kejap cakap 2 hinggit. kejap 2 setengah. mau biol aku lama-lama. kalau akak bos nak bankrupt dah lama dah. agak-agak bankrupt tak kalau lolipop harga namplohsen aku bagi tigeplohsen je? serius lolipop harga namplohsen? mahalkan? budak sekolah je kot! murah la sikit! aku ni dah lah berhati tisu. tengok muka innocent diorang je terus aku tak ingat harga mahal lolipop tu. tapi air tin dia jual murah pulok. aku yang rasa murah dengan sesedap rasa naikkan doplohsen. aku tak tau. betol! mati-mati aku ingat harga air ti9n tu singgit setengah. ghupenye singgit tigeplohsen je. maaf maaf! adik-adik sekalian tu pon satu. kau dah biasa ngan harga barang-barang tu, yang gi dok ngikut cakap aku nape? pakai bayar je dengan muka pasrah sebab harga mahal. EH! wwaaaaah!!!! aku rasa bersalah! tsktsk!;'((

lepas tu bnyak jugak la barang yang aku salah letak harga. kesian adik-adik tu. harapnya yang kene harga mahal tu biarlah anak orang berada-berada. hukhuk! memang rasa bersalah menghempap bahu aku kiri kanan. kalau ada bahu depan belakang memang semua rasa terhempap. maaf akak bos! tolonglah jangan ada short! ;'(

harapnya esok takdelah kejadian ni semua berulang. kesian adik-adik comel bijak pandai tu semua. esok aku nak tilik habis tampal kat kepala hotak aku nih harga barang-barang tu semua. doakan aku!

tamat pengalaman kerja 2 hari!

Nota kaki: aku dah pandai potostate. selalu aku memang buta mesin potostate. memang macam haremm kalau suruh aku. ada budak MRSM tu ingat aku baru lepas SPM. dah 21 lah dek! eh! tak pecaye pulak. kang aku cakap baru 16 kata aku menipu. puih!~_~"

Thursday, 24 May 2012

DUIT

Assalamualaikum...

ni sesi borak tengah malam. tak ada apa yang best pon. cuma perkongsian je. seperti yang kita sedia maklum, wang ringgit adalah satu benda yang sangat sangat SANGAT diperlukan abad ini. heh, kalau duit tak penting, takde lah pengemis. kalau duit tak penting, takde lah PTPTN. kalau duit tak penting, takde lah bank!

maka, aku terfikir untuk buat sesuatu. buat sesuatu supaya aku tak payah nak mintak duit orang. supaya aku tak payah nak mintak belas ihsan orang. supaya aku boleh berdikari. berdikari=berdiri atas kaki sendiri=belanja guna duit sendiri.

sejak dulu, aku memang tak pandai nak mintak mintak. minta duit, tu bukan cara aku. kalau orang bagi, aku terima, kalau tak bagi, aku diam. dulu-dulu masa sekolah, kalau dapat duit belanja, aku terima dengan senyum lebar. kalau tak dapat aku diam. kalau sekolah mintak derma maulud, aku tunjuk je surat or bagitau je kat orang tua. kalau dapat, derma lah. kalau takde, tak derma lah.

sampailah aku masuk teknik. tujuan aku masuk teknik tu, sebab nak tukar angin. lepas tu aku rasa kalau duduk asrama aku boleh jimat. tak payah atok aku bagi belanja setiap hari. balik pon sebulan 2x. tu pon kalau atok aku tanya ada duit tak, mesti aku cakap, "adalah jugak...". nak mintak, aku memang malu. kalau orang mintak kat aku, aku bagi kalau ada. kalau orang nak pinjam pon, aku bagi kalau ada. tapi nak mintak hutang, aku bukan orangnya. nasib baiklah kawan-kawan aku baik-baik belaka. kalau tak mesti aku dah papa kedana kene tibai. tsktsk!

satu-satunya manusia untuk aku bergantung harap sekarang ialah abang aku. dengan abang aku je aku tak berapa malu nak mintak. tapi selalunya aku tak mintak pon dia bagi. terima kasih ye. :') sejak masuk teknik, sampailah ke UiTM, aku tak mintak pon duit pakcik makcik aku, even diorang yang jaga aku. memang nampak aku macam takde lah susah mana, tapi percayalah, aku tak susah atas jasa PTPTN yang bagi aku pinjam duit buat bayar yuran, dan belas ihsan abang aku yang bagi belanja buat berjimba-jimba ikut sukahati aku.

aku beli barang itu ini, makan itu ini, duduk rumah sewa bagai. percayalah, tu semua bukan duit aku. tu semua duit kerajaan aku guna. haha! duit abang aku yang aku pow. duit peninggalan arwah orang tua aku. takde lah banyak. tapi cukuplah untuk anak mereka yang dua orang ni. aku sedar, duit tu tak mungkin akan bertambah dan pastinya akan terus berkurang.

maka lagi sekali aku terfikir untuk buat sesuatu. buat sesuatu supaya aku boleh bayar duit kerajaan yang aku pinjam lepas tu pegi luar negara pusing-pusing jumpa Greyson Chance ke, pegi haji ke ape kan (kalau hutang tak bayar tak lepas der nak keluar). supaya aku boleh belanja abang aku sebab dia banyak tanggung aku belajar, supaya aku tak payah lagi bebankan pakcik makcik aku. kalau boleh aku taknak susahkan orang. biar aku susah tapi jangan orang susah sebab aku. dan jangan ada orang yang menyusahkan aku. haha! kalau kat dunia ni takde perompak, penjenayah bagai, pasti aku akan duduk rumah sorang-sorang. tapi dengan dunia akhir zaman ni, aku takut.

oleh itu, aku dah buat keputusan. buat keputusan untuk ubah hidup aku. <---ada gaya baru kuar penjara pudu tak? hikhik. tak kisah la apa-apa pun. bukak akaun ASB ke, cari keje gaji ribu riban ke, buat direct selling ke. apa-apa saja aku nak buat asalkan aku dapat target aku dekat perenggan atas ni. malangnya, aku pemalu. maka, direct selling aku dah lontar jauh. pilihan yang aku ada ialah bukak akaun ASB dan cari kerja. Kerja dah dapat! Yeay! tinggal bukak akaun ASB. doakan aku murah rezeki ye. ops! lupa pulak. duit poket aku mungkin aku boleh dapat tru blogging. hehe~ tak sedar diri pemalas nak update belog, ada hati nak cari duit poket.

Nota kaki: semua yang di atas ialah hasrat saya sebelum saya tua! eh lagi satu. saya nak jadi manusia beriman jugak dan kalau boleh jutawan beriman. Pray for me plisss! :)

Thursday, 17 May 2012

SEGMEN BLOGWALKING DAN FOLLOWER DIARI FARISHA BULAN JUN

Assalamualaikum...


Eh saya join segmen lagi. hehe~ dah kene invite by the owner rse tak sedap pulak kalau tak join. senang je syarat segmen Cik Farisha ni. kalau nak join just klik je kat gambar atas nih. comel tak comel tak?

Saya dah godeh godeh blog comel tuh. macam-macam ada mak jemah ooiii!~ too bad, saya tak dapat nak follow. hal ini disebabkan tabiat masa lalu saya yang sangat suka follow blog-blog comel. hasilnya, following saya sudah mencecah limit dan tidak dibenarkan memfollow lagi. how sad! hukhuk!

makanya saya ingin memohon maaf kat owner punye segmen ni sebab saya join beriye tapi tak penuhi syarat. 

Nota kaki: terima kasih sudi invite. ;')

Wednesday, 16 May 2012

Segmen Doodle Part 1

Assalamualaikum...


Nama: Amirah Marliza
Warna baju: Turqoise
Warna seluar: Hitam

Tag:

Nota kaki: Lama dah tak join contest ngn segmen. hikhik!

Template by:

Free Blog Templates