Sunday, 29 April 2012

tips mengikuti kem

Assalamualaikum...

hari ni 2 kali blackout. maka disebabkan blackout yang berkali-kali, saya telah terfikir sesuatu di kala gelap malam. iaitu idea untuk meng-update belog comotcomel ni. hikhik. dok pikir-pikir saya terlintaslah pasal kem. yeah! u think what i think?

kalau korang blur-blur macam tak tau nak buat ape, nak bawak ape untuk pegi kem motivasi ke, kem bina insan ke, kem bina semangat ke, kem ape-ape kem lah. janji kem yang mendera fizikal. hah. meh sini nak kasi tau tips sikit. (:

1. tarikh.

dapat je tarikh, korang kene lincah rabbit pegi tengok kalendar. ade ke tak pakcik makcik sedare mara kawin, ade ke tak temujanji penting mase tu, ade ke tak apa-apa je la yang penting kan. kalau takde pape, setakat couple anniversary, cincai-cincai pegi je la. lain hari boleh celebrate. hee~

2. lokasi dan transport.

yang ini haruslah penting dan perlu di ambil kira. kalau lokasi jauh, tengok pulak transport. kalau ada transport, jaoh ujung dunia pon xde hal. kalau dekat, tolak ansur la keluar duit sendiri sikit. nak pegi kem tak..? haha!

3. barang-barang.

pastikan barang-barang yang di bawa mencukupi dan kuantiti adalah MINIMA. yelah, kan nak pegi kem motivasi, kem bina insan, tak payah la bawak baju untuk tukaq setiap jam. korang tak mampu punya nak tukar setiap jam. lainlah kalau korang pegi kem modelling, kem ratu cantik ke kan..tapi macam takde je kem tu semua. haha! yang paling penting, berus gigi dan tuuutttt!. korang tak mungkin akan share kan? :'p

4. mental dan fizikal.

mental pon kene prepare. jangan ingat nak sukahatisukasuki je. sekali kene bahan kat kem terus dan-dan nak balik. takmau macam tu takmau..set mind. ye. aku pegi kem jpa ni untuk lulus peksa. hahah! demm! nampak sangat pegi kem jpa dulu terpakse je. diam-diam eh.
mental dah, fizikal pon kene prepare. pastikan korang buang sampah dalam perot tuh kat toilet umah korang abis-abis. takut la nanti kat kem tuh takde toilet ke kan... toilet tak de air ke.. pastu elakkan makan pedas-pedas agar perut korang bertahan untuk 3 hari dua malam.standard kem.

5. cerita.

ok. pongpangpongpang, korang pon dah balik dari kem... kem tu punye la haprak! bilik air pon ade katak. tandas tak semenggah. pendek kata, kem tu macam nightmare la kan. makanya, untuk sedapkan hati korang, korang binalah cerita yang enak-enak di dengar, untuk diperdengarkan pada kawan-kawan. ceritalah, aku kene hangkut air 2km semata-mata untuk b****. aku tidur setengah jam je, lepas tu kene bangun masuk utan cari sarapan. padahal hangkut air 2 jengkal je, tidur lebih 8 jam, sarapan kuewtiaw goreng. takpe la hyperbola sikit sampai kawan korang akan cakap, fuuyoooh! hebat lah kau. kalau aku mesti dah balik.tak sanggup aku berlama-lamaan kat situ. ha... kan dah nampak yang korang lebih hebat. so, terubatlah sikit hati yang terguris dek kem yang punya haprak tu..hehe~


rasanya dah cukup lah tu tips yang serba kekurangan. yang baik boleh ambik. yang tak baik, baca je. amalkan jangan. haha! segala yang tercoret adalah hasil imaginasi yang terlampau. semua salah spongebob! xdekaitan.



Nota kaki: jangan amalkan yang hyperbola tuh. tak baik tipu. Tuhan marah..hikhik!

Friday, 27 April 2012

alasan

Assalamualaikum...

setiap orang ada alasan kenapa dia buat begitu, kenapa dia buat begini. kenapa dia gagal, kenapa dia lulus. setiap apa yang kita lakukan pasti ada sebab dan alasan tersendiri kenapa kita lakukan sedemikian. fuh! panjang ayat nih. hikhik!

saya pulak, saya ada alasan saya sendiri kenapa saya tak perform well. haha! alasan kau lebih! mesti kene lebih. :'p dulu-dulu, saya pelajar cemerlang. setiap kali exam, no mesti tak 1, 2. tak 2, 3. tak 3, 1. haih. pendek kata pusing-pusing sampai pening pon memng tu je la no nye. hewhewhew! hebak!

tapi zaman kegemilangan saya merudum sejak pergi nya kedua orang tua saya. yeah! i think tak de maknenye dah semua tuh. nak tunjuk kat sape kan... tapi sebab ade nenek saya yang setia membebel kan saya suh belajar elok-elok sampai jadi cikgu, so, saya pun teruskan lah belajar dan terus belajar walaupun no dah berganda jadi 4 atau 5, atau 6. tak kisah lah tu. janji nenek saya tak bisingkan saya. ;)

lepas tu nenek saya pulak pergi tinggalkan saya terhuyung hayang tapi bukan mabuk. hehe~ masa tu saya tengah panjat menara nak dapatkan diploma. baru semester 2. saya usaha-usaha untuk DL masa semester 2 tuh sebab nenek saya cakap pergi JB belajar elok-elok. yes! im DL that semester n my granny pon pass away. dan saya tiada alasan lagi untuk terus belajar. haha! malas aku nyah.

tapi yela kan. orang cakap belajar kerana Allah. memang betul tu. tapi result setiap sem tu saya tak tau nak tunjuk dan kongsi dengan siapa. abang saya? pheww! haremm... tapi tak pe lah. dah alang-alang belajar. biarlah sampai habis kan. walaupun saya tau takde siapa untuk saya kongsi result dan takde siapa yang akan teman saya pegi konvo nanti. at least saya dah habiskan apa yang saya mulakan. :')

kepada kedua arwah orang tua saya dan arwah nenek saya, damailah kalian di sana. tak teman naik pentas pon tak pe. ;') dah lahirkan pon sangat bersyukur. mungkin Allah pisahkan kita kat sini, tapi InsyaAllah kita jumpa di 'sana'. #rindu!


Nota kaki: cukuplah sekali naik banner. saya sangat bersyukur. Alhamdulillah... (:

Wednesday, 25 April 2012

Gift Voucher

Assalamualaikum...

Al kisahlah. td petang sedang sye duduk online sambil dengar guruh berdentum, pakcik tetiba bersuara.

ok semua mandi siap-siap secepat mungkin. nak jalan g kota ni.


dengar je pegi kota, masing-masing sibuk tanya. pegi kota buat ape, nak pegi mana je sampai kat kota. kalau yang budak-budak toksah ceghite la. soalan wajib diorang, esok sekolah ke tak. hamboi kau. gi kota petang nih. sekolah esok pagi tak de kaitan. haktuih!

dengan tak semena-mena, sye terus melulu ke bilik air mandi. nak jalan kan. haha. siap-siap, pompang-pompang, tetiba, makcik pakcik dari kemaman balik...ops! ah! biarkan. dah iron baju jgn kata nak cancel pulak eh.

so, kitorang pon gerak. jam tepat pukul 1800 masa tuh. fuh. hebat bukan keluar laju-laju ke kota semata-mata untuk....


belanja sakan guna gift voucher econsave. RM200.


sampai2 je kat kota dah maghrib. pompang-pompang lagi (buat ape yg patot dulu) lepas tu baru melangkah masuk econsave. masalahnye, tak tau pulok baucer tu boleh gune untuk semua barang ke tak. pegi lah tanye kat kaunter servis. dia boleh layan tak layan je kat aku yang comel nih. haih! berangin pulak kite ni. haha! tapi takpe. budak lepas spm la tu. abaikan je la. pegi la tanya pulak kat kaunter bayaran. hah. dia cakap semua boleh. kitorang pon sepantas kilat pegi amik barang2 sumbat dalam troli. susu 4 kampit besar, milo 3 kampit, beras 3, kentang satu beg, bawang 1 beg, mempelam berbiji-biji. dah layak buat kenduri doa selamat.

dan hasilnya....



termasuk telur sepapan dan satu plastik besar kat tangan daku, tolak budak baju pink tuh, rm450.15. hamekau!

tapi takpe. berbaloi-baloi. selalu belanja rm300++ kali ni kuar dua ratus setengah je. kira dah jimat seratus. mana dapat baucer? ntah la jemah. abang sye yang bagi. dia memang tak pandai berbelanja sehebak sye! huhay!

tapi keseronokan berbelanja tenggelam dek nasi goreng ayam sambal yang masin hingga hampir terkena darah tinggi. -,-


dan sye makan tak habis. siap tanya makcik, ayam ni manis ke masin. dia cakap masin. ok fine. sye pon terus stop takot high blood pressure. haha! sori akak pregnant (bos kedai makan). kami sampai rumah pukul 2222. rumah berkunci. pakcik makcik dari kemaman pegi dating berdua-duaan di bwah cahaya bulan.huhu. 

lepas tu bagi makan rabbit. dia sangat gelojoh sebab setengah hari tak makan kot. haha! padan muka kau.

makan dengan gelojoh dan pelahap sambil tunjuk muka bajet comel. akhirnya terdampar kekenyangan dek perot yang membuyut. dasar gemok!

Nota kaki: pakcik makcik saya sangat sporting haha! okbai. nak tido sambil mimpi sampai ke bintang. (:

Tuesday, 24 April 2012

Fatin Liyana dan Yuyu Zulaikha (:

Assalamualaikum...

Eh eh entry ape ni? Kenapa tajuk macam ni. Kenapa mesti FL? kenapa mesti YZ?

Sebab tak ABC la... Haha! (sukahati aku je pnggil Yuyu YZ.) ;p

Ok.ok. Kali ni serius. Act, tak de pape pon. Ni kan belog sye, suka hati la nak letak title apa pon. huahuahua! apekah? main-main lagi. T__T

ceritanye begini. tadi, sedang khusyuk mengonlinekan diri sambil membelek gambar untuk di tepek kat wall FB, ternampaklah akan daku gambar seorang gadis. beliau ialah Fatin Liyana. ye. Fatin Liyana. memang sye ade simpan gambar FL. so what? Sori ye FL. hee! sumpah sye tak mandrem! Alkisahlah, tiba-tiba mood melukis yang dah sekian lama lenyap datang kembali. tiba-tiba lg, rse macam nak lukis mke FL ni. ha! sape suro cantik. haha! sye pon dengan penuh ketidaksabaran dek kerana mood melukis yang melonjak-lonjak terus mencapai kertas A4 dengan pensel hikmat SPM, dan mula melukis dengan khusyuk jugak. see! sye memang seorang yg tekun. c(:

nak tengok hasil nye? tengok la. kalau lawa, cakap lawa. kalau tak lawa pon cakap jugak lawa. kalau tak, tak mau kawan. ;p

Tadaaa!!!





eh. ade lagi sorang! kenal tak? YUYU ZULAIKHA! (bisik) Lepas lukis FL tadi, tiba-tiba rse nak lukis Yuyu yang comel pulak. Yuyu comel kan? Siapa setuju? :) mereka dua orang ni ohsem la! suka sangat tengok muka diorang. belog diorang pon best je baca. (: siapa setuju lagi? hahaa! dah macam undi nak lantik ketua kelas pulak. -,-

ok lah. makin lama, makin merepek. awak dua orang, silalah comel selalu ye. (:

Nota kaki: pecah kaca, pecah cermin, dah baca, harap komen. haha! pantun failed!

Thursday, 19 April 2012

Saya panggil air, batu, burung!

Assalamualaikum...

Hai korang! Petang-petang ni biasa kita keluar main teng-teng kan? Tapi tu masa kecik-kecik dulu la. Sekarang kan dah moden...(moden katanye!) So, kita cerita-cerita je la sikit-sikit kat belog. Boleh kan?

Masa korang kecik-kecik, mesti pernah main permainan yang guna tangan tu kan? Sye pon tak tau nama betul permainan ni. Ada yang panggil 1 to jus la...ada juga yang panggil lat tali lat tali tamplom. Hahaha! Panggil la apa-apa yang korang suka.

Kalau saya, ada apa-apa je yang perlu kan keputusan, sye akan guna permainan ni. Siapa kalah dia la yang akan buat benda tu. Haha! Berguna jugak permainan ni sebenarnya. =p

Sye buat entry ni sebab sye  tengah belek-belek gambar kat wall la, kat FB orang la. Ok sye memang stalker! Hehe! Tiba-tiba TERtengok balik gambar masa kat Pantai Baluk. Buat apa pergi sana? Nak tau rajin-rajin la baca ENTRY ni. Ok. Sedang belek-belek gambar, ops! TERtengok pulak gambar si Nazhatul dengan Maryani tengah khusyuk main permainan yang sye sedang cerita ni...

Dan terhasillah animated GIF kat bawah ni....

TAADAAAA!!!

Photobucket

Haha! Ok. Bagi yang tak tau permainan ni, sekarang dah tau kan? Alahai...comel je Nazhatul dengan Maryani ni main mende alah ni tengah-tengah malam dengan muka beriye. Ye. Anda patut contohi kesungguhan mereka ni. (kepada yang di puji sila jangan ambil serius)lalala~

Awak 2 orang, sorry ye. Jangan marah-marah. Jangan nangis-nangis. Ni kenangan kita-kita je...;-p

Nota kaki: Sye panggil permainan ni game 'air batu burung'. Haha! Korang pulak?

Wednesday, 18 April 2012

Bila TYPO...

Assalamualaikum...

Hai! Pagi-pagi buta nih, jom kita citer-citer sikit pasal typo. Korang pernah typo tak time taip-taip mesej ke, taip komen ke... Mesti pernah la kan? Haha! Sye pon pernah kot... Banyak kali sampai dah tak tau macam mana nak malu..=p

Tapi biasanya situasi mesti sama je. Macam Wooden tiger dengan Kucing kacak kat bawah ni...=)



Mula-mula online FB...


...balas-balas komen...update status...

Bape minit lepas tu, muka blur...


"...ape dia merepek nih...?"

...fahamkan ayat...

"tadi minum air kopi pelat kat warong wak leman sesungut..."

"....kopi pelat?..."

Cepat-cepat halakan mata kat keyboard......dah faham...


peLat = peKat...

Buat-buat tanya sambil tahan gelak...


............................."typo lah!"

Gelak besar sambil memperli habis-habisan...


PELAT pon bolehhhhh!!!!!!

Reaksi orang sekeliling...


"kau dah kenapa?"

Senyum-senyum sambil baca semula komen...


Nota kaki: Salah orang nampak je. Kalau salah sendiri bagi seribu satu alasan. Tu lah kebanyakan sikap manusia...Sila jauhkan sikap sebegini ye kawan-kawan...=)

Tuesday, 17 April 2012

Sepuluh Ringgit je...

Assalamualaikum...

Hai! Hari ni merupakan hari yang sangat 'OHSEM!' untuk sye. Want to know why? Jom baca diam-diam...

Tadi saya pergi bandar... Tujuan utama nak keluarkan duit, nak renew lesen, nak bank in duit, nak buat kad ATM. Sye nak keluarkan duit untuk beli lantai bilik sye yang tengah dalam pembinaan tu. Haha! Ayat lengkap ok. Sye nak bank in duit sebab sye ade beli tudung online... Nak beli tudung bawal 2 tone & 3 tone murah? Meh jengah SINI. Huhui! Sempat promote..=p Haruslah!

Tapi, sebelum buat semua tu, sye pegi renew lesen dulu. Yela kan, sye tunggang tenggiling tu tanpa lesen. Gila kau! Buatnye polis syak x memasal blacklist.. Huhu~ Penat je buat mke innocent..=p Masuk-masuk je pejabat JPJ tu, sye dah tak tau nak buat ape... Kene amik no ke tak... Kene tunggu ke tak... Ke terus tanya je.. Huhu! Sebijik macam rusa masuk kampung. Sekali akak tu tegur. Amik no kat sana dik.. Aku pon dengan yakin, pegi kat satu peti hape ntah...

"DIK! Amik no atas meja tu...!"

Erk! Ops! Salah la ni.. Hehe~ Suka hati aku je tekan button entah pape kat peti tu..Nasebbbbb! sape suro letak kat situ.=p

Lepas belek-belek lesen sye, akak tu cakap, "lamanye dik baru nak renew?"

"Hehe~ Baru habis belajar...," sye jawab.

Akak tu cakap,"sape-sape pon boleh renewkan dik..."

Owh...Fine~ Sukahati sye lah nak renew bila-bila pon...Haish! Bebel pulak akak kaunter JPJ nih! -,-

Lepas tu sye pegi bank in duit. Jumlah RM72. Mesin tu pulak  kemain belagak tak nak terima duit singgit. Last-last sye bank in RM80. Orang cakap, biar lebih, jangan kurang. Huhu~

Then, last sekali baru sye pegi keluarkan duit dan buat kad ATM. Sye keluarkan sejumlah yang agak besar. Abang bank tu cakap,"Ic awak dah rosak ni. Kene tukar.."

"..owh.ok."

"Tukar IC Sepuluh Ringgit je."

"erk..? Owh..ok..urm..kalau nak buat kad ATM balik camane?"

"Tukar IC dulu."

"..???..ok.." T________________T

IC sye memang dah buruk selayaknye di humban dalam api. Cett! Siap mention SEPULUH RINGGIT. Perli la tu~

Balik tu sye rempit laju-laju. Senget! Semua orang nak membebel hari ni.. Kredit kering. takde mood nak gi beli topup, sebab dalam poket tnggal bape hinggit je gara-gara mesin ATM belagak tak nak duit singgit!


Nota kaki: Apa-apa pun, tukarlah IC anda, RM10 SAHAJA! -Abang Bank cakap.

Monday, 16 April 2012

KAWAN

Assalamualaikum...

Bercerita tentang kawan...

1. Kawan tu bukan macam main FUTSAL.
Mula-mula kejar... Dah dapat sepak... :(

2. Kawan tu bukan macam main SKATE.

Mula-mula gosok…Lepas tu pijak... :(

3. Kawan tu bukan mcm main RAGBI.
Mula-mula peluk...Dah puas tendang… :(

4. Kawan tu bukan macam PAMPERS.
Dah pakai pastu buang… :(

5. Kawan tu bukannya macam BARANG KEMAS.
Waktu baru beli pakai…Dah sengkek gadai… :(

6. Kawan tu bukan macam PELANGI.
Hari cerah hilang…Hujan gerimis baru muncul... :(

7. Kawan tu bukan macam KERETA.
 Rosak sikit jual …Beli baru… :(

8. Kawan tu bukan macam CHIPSMORE .
Kejap ade kejap takde… :(

9. Kawan tu bukan macam BANK.
 Bila dah takde duit baru nak cari… :(

10. Lagi...Kawan tu macam ape ye ??? Hmmmm...



Haa…Kawan tu macam KORANG la…! =)



Walau apa pun tanggapan orang tentang kawan, bagi saya kawan tu amat-amat penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka, dan sebagainya…Kawan yang sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara.

Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menjaga hati kawan-kawannya dan akan sentiasa tolong menolong satu sama lain setiap masa bukan hanya semasa senang tapi di mana-mana saja… :)

Nota kaki: Hakikatnya, kawan ketawa senang di cari, kawan berduka? apepontakboleh!

DULU & SEKARANG

Assalamualaikum...

Hai! Nak cerita sikit pasal budak dulu dan budak sekarang...

# Budak dulu, kalau pergi sekolah, duit belanja dapat 50 sen dah macam heaven giler lah!
Budak sekarang, baru darjah 2, duit belanja dah 2 hinggit sehari.

#Budak dulu, umur 10 tahun pun guna komputer terkial-kial ni kan pulak laptop.
Budak sekarang, umur 5 tahun dah pandai main game Angry bird kat iphone.

#Budak dulu, kalau peksa dapat no 1 or straight A, asalkan dapat hadiah dah cukup happy.
Budak sekarang, dah lah nak hadiah, siap mention plak nak hadiah ape...

Pendek kata, kalau nak bandingkan, sampai esok pon tak siap entry ni.. Tapi, ada yang lagi ketara. Cara budak dulu dengan budak-budak zaman IT ni mengenal ABC.



#Budak dulu...

A-Apple

 B-Ball
 C-Cat
 D-Dog
 E-Elephant
 F-Ferry
 G-Giraffe




Budak-budak sekarang...


A-APPLE

 B-Bluetooth
 C-Chat
 D-Download
 E-Email
F-Facebook 
G-Google

Habis semua benda berteknologi dia hingat. Zaman IT la katakan...

Nota kaki: Kesian budak-budak sekarang tak dapat rasa betapa seronoknye main permainan kampung. Asyik sangat dengan game online..T__T

Sunday, 15 April 2012

Di suatu malam...

Assalamualaikum...

...sedang sye duduk menghadap laptop, melayan bukumuka, mendengar lagu dan melayan belog sambil menghalau dan membunuh serangga yang terbang menghiasi skrin laptop, tiba-tiba hadir satu bau wangi... seakan-akan bau bedak baby. Seriusly... Tetapi tidak sye hiraukan sebab orang tua-tua cakap, kalau bau wangi waktu malam-malam jangan tegur.

So, sye pon meneruskan sesi beramah mesra bersama kawan-kawan...tiba-tiba hadir pula satu bau seakan-akan gam...tetap tidak sye hiraukan. Sye tenyeh-tenyeh, picit-picit hidung untuk menghilangkan bau memandangkan takut nak menegur. Semakin ditenyeh, semakin kuat bau gam. Sye semakin bingung!

Beberapa saat kemudian sye tergerak untuk menghidu tgn sendiri...




....Huh! Can anyone tell me, adakah serangga terbang-terbang yang suka kat lampu tu, berbau bedak bayi dan gam? Seriously, sebelum sye bau-bau semua tu, sye dah tenyeh hancur lumat lbih 2 ekor serangga yang menyelinap masuk dalam baju. Geli der! Lpas tu sye tenyeh plak hidung. Cett! Bau dia sangat hebak! Wangi tapi macam hampas!

Nota kaki: serangga ni buat sye fikir yang bukan-bukan..-,-

Friday, 13 April 2012

Mersing Laguna

Assalamualaikum...

Hai! Update sikit la pasal Mersing Laguna. Hari n i dengan esok, ada festival Mersing. Ha.. sebab nak rasmikan pembinaan Laguna lah. Mersing dipilih sebab ia terletak di kawasan laut Marin dan Endau Rompin National Park. Di sana akan di bina 22 buah hotel bertaraf antarabangsa, 4000 villa, pangkalan kapal layar, pembangunan komersial, dan sebagainya.


Ni plan Mersing Laguna yang dijangka akan siap tahun 2021. Ok. Masa tu kita semua dah tua. Haha!

Nota kaki : Agak-agak ade tak masjid besar-besar akan dibina nanti? Jangan leka dengan Laguna sampai terlupa nak bersyukur dah la. Gempa bumi kat Mersing pon dah bagi signal tu. Hee~

Wednesday, 11 April 2012

Permintaan hati~

Assalamualaikum...

Hai! Hati sye meronta-ronta mahukan ini.


#Seriously~

Nota kaki: Ada ke yang nak bagi sye bunga ni..? hurmm~

Mereka hebak!

Assalamualaikum...

Hai! Siapa hebat? Saya! Haha! Haruslah sye, takkan korang plak? Hehe! Ok Gurau jep. Sye nak cerita sikit pasal mereka yang hebak-hebak belaka ni. Nak tau sapa? Kawan-kawan sye la... Nak tau kenapa mereka hebak? Jom layan video ni...



Mereka hebak sebab mereka selalu sama-sama ke mana-mana pun. Mereka hebak sebab mereka selalu happy. Mereka hebak sebab mereka sporting. Mereka hebak sebab mereka bijak pandai. Mereka hebak sebab mereka my classmates! Haha! Yang tu kenyataan yang tak dapat di sangkal. =p

Nota kaki: Bila tengok balik video ni rasa sedih~ Miss u all a lot kawan-kawan...;) Semoga semua berjaya. Hopefully..

with love:

Hadapi dengan senyuman =)

Assalamualaikum...

Hai.! Setiap orang pasti ada masalah kan? Setiap kali ada masalah, apa yang korang akan buat? Makan? Tidur? Marah? Mengamuk? Ha...tak bagus tau marah-marah. I think, the best things to do ialah korang tulis atas kertas, or korang luahkan kat someone. HA, kalau tak boleh jugak, korang boleh dengar lagu yang best-best.

So, untuk kurangkan tekanan korang, sye nak suggest 1 lagu. Lagu ni pon sye baru jumpa. Baru perasan kewujudannya. Haha! NAk tau lagu ape? Jom layannn...=)


Lagu ni simple, tapi best. Sangat bermakna. =)

Nota kaki: Apa-apa pun yang berlaku, senyumlah. Semua kan baik-baik saja..=)

Sunday, 8 April 2012

Si comel yang penakut

Assalamualaikum...

Hai! siapa yang sye maksudkan? Nak tau? Let me show you....

::Cakk!!!::

Dia ni lah yang sye maksudkan. Nak turun tempat rendah segitu pon takut. Haha! Comel kan? Dia ni kawan baru sye. =) 

Nota kaki: Akan banyak lah sye naik status kat FB pasal budak penakut ni.;)

Saturday, 7 April 2012

Speechless~

Assalamualaikum...


#rindu!!!

Template by:

Free Blog Templates