Wednesday, 25 April 2012

Gift Voucher

Assalamualaikum...

Al kisahlah. td petang sedang sye duduk online sambil dengar guruh berdentum, pakcik tetiba bersuara.

ok semua mandi siap-siap secepat mungkin. nak jalan g kota ni.


dengar je pegi kota, masing-masing sibuk tanya. pegi kota buat ape, nak pegi mana je sampai kat kota. kalau yang budak-budak toksah ceghite la. soalan wajib diorang, esok sekolah ke tak. hamboi kau. gi kota petang nih. sekolah esok pagi tak de kaitan. haktuih!

dengan tak semena-mena, sye terus melulu ke bilik air mandi. nak jalan kan. haha. siap-siap, pompang-pompang, tetiba, makcik pakcik dari kemaman balik...ops! ah! biarkan. dah iron baju jgn kata nak cancel pulak eh.

so, kitorang pon gerak. jam tepat pukul 1800 masa tuh. fuh. hebat bukan keluar laju-laju ke kota semata-mata untuk....


belanja sakan guna gift voucher econsave. RM200.


sampai2 je kat kota dah maghrib. pompang-pompang lagi (buat ape yg patot dulu) lepas tu baru melangkah masuk econsave. masalahnye, tak tau pulok baucer tu boleh gune untuk semua barang ke tak. pegi lah tanye kat kaunter servis. dia boleh layan tak layan je kat aku yang comel nih. haih! berangin pulak kite ni. haha! tapi takpe. budak lepas spm la tu. abaikan je la. pegi la tanya pulak kat kaunter bayaran. hah. dia cakap semua boleh. kitorang pon sepantas kilat pegi amik barang2 sumbat dalam troli. susu 4 kampit besar, milo 3 kampit, beras 3, kentang satu beg, bawang 1 beg, mempelam berbiji-biji. dah layak buat kenduri doa selamat.

dan hasilnya....



termasuk telur sepapan dan satu plastik besar kat tangan daku, tolak budak baju pink tuh, rm450.15. hamekau!

tapi takpe. berbaloi-baloi. selalu belanja rm300++ kali ni kuar dua ratus setengah je. kira dah jimat seratus. mana dapat baucer? ntah la jemah. abang sye yang bagi. dia memang tak pandai berbelanja sehebak sye! huhay!

tapi keseronokan berbelanja tenggelam dek nasi goreng ayam sambal yang masin hingga hampir terkena darah tinggi. -,-


dan sye makan tak habis. siap tanya makcik, ayam ni manis ke masin. dia cakap masin. ok fine. sye pon terus stop takot high blood pressure. haha! sori akak pregnant (bos kedai makan). kami sampai rumah pukul 2222. rumah berkunci. pakcik makcik dari kemaman pegi dating berdua-duaan di bwah cahaya bulan.huhu. 

lepas tu bagi makan rabbit. dia sangat gelojoh sebab setengah hari tak makan kot. haha! padan muka kau.

makan dengan gelojoh dan pelahap sambil tunjuk muka bajet comel. akhirnya terdampar kekenyangan dek perot yang membuyut. dasar gemok!

Nota kaki: pakcik makcik saya sangat sporting haha! okbai. nak tido sambil mimpi sampai ke bintang. (:

No comments:

Blog Peribadi Milik Amirah Marliza@2011