Sunday, 13 May 2012

Agar-agar Roti

Assalamualaium...

hari tu makan agar-agar roti. makcik saya lah. dia buat agar-agar roti sebab beliau tengok kat tenet macam sedap. makanya beliau ambiklah resepi lalu membuat agar-agar roti tersebut. kebetulan ade 2 3 keping roti lebihan makan cicah kari kelmarin.



sye ni jakun. kalau dah jakun tentulah tak pandai buat. so, sye tolong makan je lah. eh memang sedap ok. sedapnye sedapnyeee sedaaapppnyeeee! over tak? saya tak sempat nak tengok macam mana buat mende alah agar-agar tu. tiba je kat dapur tengok my makcik dah tuang kat dalam loyang. lebih sadis lagi memang last-last punye tuang. pheeww~

sebab sedap, so saya nak la suruh korang buat. nanti boleh post kat saya. hehe! saya suka! nah kat bawah ni resepi hasil belas ehsan uncle google. time kacih!


Bahan-bahan ( loyang saiz 22 cm )

1 peket agar - agar bertali - 20 gram
6 cawan air
200 gm gula pasir
1 tin susu cair
6 keping roti - Mas guna kulit roti sekali
1 biji telur
3 jenis pewarna
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara

Roti dicarik2 dan disatukan dengan susu cair dan telur , apabila roti kembang, blender hingga halus.

Agar - agar direndam sekejap kemudian toskan, satukan agar - agar dengan 6 cawan air dan masak hingga agar - agar hancur dan tapis. Masukkan semula kedalam periuk.

Masukkan gula ikut manis sendiri, apabila gula sebati masukkan bahan - bahan yang diblender tadi. Kacau sekejap dengan api perlahan hingga mendidih sikit dan terus tutup api.

Bahagikan ke-3 bahagian dengan tiap2 bahagian dibahagi sama banyak dan masukkan warna tiap2 bahagian tu dan kacau rata.

Tuang 1 warna ditengah loyang hingga habis ( sekali tuang habis 1 warna ) dan diikuti dengan warna lain juga ditengah loyang, tak payah tunggu keras.

Sejukkan didalam peti sebelum dipotong.

____________________________________________________________________________

ok senang je sebenarnye. tapi senang kalau malas tak jadi jugak. hehe! haruslah! dah penah buat? kaler ape? saya makan ari tu kaler ijau merah ngan cokelat. nyumnyum! 

Nota kaki: lepas makan sekali, peti ais asyik dibuka tutup sampai lah habis agar-agar tersebut. addicted. T_T

1 comment:

AiSyA LiEzA said...

cam buat agar2 biasa je rasanya .. cuma letak lam bekas lain..hehehhe :DD lama jugak x makan agar2 nih :DD