Wednesday, 9 May 2012

Mood terpendam: lukisan

Assalamualaikum...

mood saya adakalanya baik, adakalanya buruk. kalau mood tak berapa elok, saya akan diam sediam-diam nya. silalah jangan ditegur. tapi kalau mood saya okay, saya akan buat apa yang saya suka. macam berbelog, bercakap, berketawa, bersukaria, berlukis-lukisan. satu je benda yang saya boleh buat tanpa mood yang baik; facebooking. ye, fb tidak memerlukan mood yang baik. haha!

sekarang ni saya nak berbelog tentang lukisan yang saya dah hasilkan. tak la secantik pelukis terkenal. jaoh sekali pelukis handalan. tapi, sekadar untuk kepuasan diri saya sendiri. saya melukis sekadar suka-suka. kepada sesiapa yang ada pengetahuan tentang lukisan, meh lah kongsi pendapat seketul dua. hikhik! jom tengok galeri. sila komen ye,,,(:




kat atas ni kawan-kawan saya. yang lelaki tuh blogger dan juga bakal jadi artis youtube. hikhik! korang kenalkan? Taufiq Nazli.

Kat bawah ni pulak mustahil korang tak kenal. Yuyu Zulaikha yang comel dengan Fatin Liyana yang tiptop! saya tau saya lukis tak cantik, sebab tu korang tak kenal kan? tsk tsk! sebak tiba-tiba datang bertandang.



antara lukisan-lukisan kat atas ni, paling mencabar ialah lukisan Aidah Asyikin. Fuh! letih den mengejas bagi suuuwwweeet gitu. hikhik! paling senang hati melukis ialah ketika melukis lukisan Taufiq Nazli. sebab lelaki. mata tak complicated. tapi saya tak pandai lukis mulut lelaki. serius macam nyah kalau saya lukis mulut lelaki. rambut tuh bolehlah konsider sikit.

paling saya suka ialah lukisan Saidatul Aqmar. Macam cun jep. haha. macam je la kan. takut ada yang cakapsaya riak lagi takabbur pulok kang. sebenarnya lepas lukis, saya akan tilik, dekat jaoh, dekat jaoh, besar kecik, besar kecik je mata nak pastikan ok ke tak

then saya akan snap pic tuh, lepas tuh edit kat photoshop sikit kasi ilang noise-noise kertas tuh kan. maklumlah, snap pun guna henpon cabuk. dah edit gne photoshop, saya edit plak guna photoscape. kasi uummmph sikit. kasi terang je ok. bukan hape pon. 

Nota kaki: kalau dah tak pandai lukis, edit camane pon tetap tak lawa. hukhuk! sebak lagi. sila komen. tQ!

2 comments:

budoxe lee said...

wah terernya lukis potret..
budoxe ksrtun bole lah, potret xpandai

Amirah Marliza said...

lukis biase2 boleh la.. terer sgt tu xla.. hehe