Sunday, 6 May 2012

Roti Puri

Assalamualaikum...

Seperti yang sedia maklum, sejak 2 hari lepas, saya telah menetapkan diri di rumah makcik saya di Teluk Sengat. alkisah, masa nak balik tadi, singgah lah meng-100plus-kan diri kat restoran ntah ape nama. makcik saya ni punye lah dok kalut memilih parking dah pusing 2 3 kali kat dpan restoran mamak tu. lepas tu dah siap parking segala bagai duduk lah kami sedara mara kat dalam tuh (restoran).

makcik pakcik saya dengan tekun menilik senarai hidangan makanan. muka bajet lapar sangatlah. last-last order lah roti puri sepinggan. sepinggan je ok. ade 4 keping. kami ade 9 orang termasuk 5 orang kanak-kanak. order cumalah sepinggan roti puri. kenyang sangat katanya pulak.

Alkisahlah lagi, sesampainya roti puri di depan mata, maka tercuit-cuit, tercengang-cengang lah saya dek kehairanan tengok bentuk roti yang ala-ala belon kat pasar malam tuh. habis semua saya tekan kasi kempis. haha! pestime beb wa tengok roti puri. wa bangga gile wa cakap lu...!


ceh..konon-konon malu nak makan. kenyang sangat ni makan nasi lauk sambal ayam dengan masak lemak pucuk paku hingga menjilat pinggan. lepas dah rasa secubit, terus sambar sekeping. eh macam tak cukup, order lagi sepinggan. lalallala~ eh tak cukup lagi. lagi sepinggan. last-last si mamak sudah keberangan terus bagi 2 pinggan tambah. yeah! dia memahami. bayar ok bukan free. fine!

makanya, dalam kenyang-kenyang, tanpa sedar, kami telah menghabiskan dekat 5 pinggan jugak lah roti puri tersebut. hambik kau. belagak dah kenyang konon. cett! padahal rasa macam donut je pon. tapi sebab macam pestime makan, tu yang jadi sedap tak macam donut dah. haha!

nak resepi? google je. kalau korang pandai buat donut, ha.. resepi dia sama la macam tu. cumanya, ini tepungnya di canai sampai lembut dan nipis macam nak buat karipap. masa goreng kene pandai main dengan api. kalau tak pandai, nanti tepung tak gelembung macam bola. kerempeng je kang. bila dah kembung, baru balikkan. ye, saya hanya tau cakap, kalau buat pastinya ke laot tepung-tepung tersebut.

Nota kaki: reaksi sama macam pestime jumpa roti tisu. hamende yang tinggi sangat ni.? ni roti ke kertas? hewhewhew!

1 comment:

AiSyA LiEzA said...

first time dgr nama roti tu.. sedap x?? hehehe

Blog Peribadi Milik Amirah Marliza@2011