Wednesday, 2 May 2012

sakit

Assalamualaikum...

Sempena malam yang kelam ni, sye nak cerita sikit pasal sakit. sakit? kenapakah? sakit hati kah? sakit kaki kah? haha! sakit la apa-apa pon. cerita pasal sakit, pasti semua orang pernah rasa sakit. tapi saya nak cerita pasal sakit yang tak rasa. ha...best kan sakit tak rasa? (:

masa taon lepas...eh tak! maksud saya masa semester 5.. hikhik. masa tu saya pergi Taiping. Trip PSSGM. Want to know more about this? meh baca SINI.

dah baca? sepanjang kami kat sana, macam-macam yang kami belajar. tapi paling tak boleh lupa, saya telah belajar erti keberanian. semua benda, kalau kita yakin, mindset tuh kukuh, mesti ok punye lah. macam ni...


nampak kaca setimbun tu? nampak kerusi depan tu? ha.. masa kat sana, kami semua kene lompat atas kaca tu, panjat kerusi, then lompat. gedebush!! tapi untuk mereka yang berkeyakinan sahaja. agak-agak sakit tak? luka tak kaki kalau kaca setimbun gitu? jawapannya, MINDSET dan YAKIN. 

kalau korang yakin korang boleh buat, InsyaAllah takde apa yang mustahil. dan Alhamdulillah saya lepas. Alhamdulillah jugak tak luka. sebelum lompat tuh, fikir nak tarik diri je. macam tak nak buat sebab takut. ketaq pale lutut masa beratur. at last berjaya jugak. peace! 

TAPI! tolong jangan fikir sebab silat baru saya boleh buat. NO. silat bukan penyebab. kami tak guna apa-apa ilmu hitam mahupun kuning apatah lagi purple ok. kami cuma perlukan keyakinan dalam diri. Bila kita yakin, everything gonna be fine. percayalah kuasa minda. (: (apa aku merepek?) dan Allah maha mengetahui kemampuan kita. seriously!

ok dah. tu je nak kasi tau. lain entry saya cerita pasal lain-lain sakit pulak eh? hikhik! tak pon saya cerita pasal tip kesihatan ke, kecantikan ke, ke________an ke... sila isi tempat kosong. ;'p

Nota kaki: saya memang berbual lebih. peramah sangat la konon kan..hewhewhew!

No comments:

Blog Peribadi Milik Amirah Marliza@2011