Thursday, 3 May 2012

sardin banjir

Assalamualaikum...

Hidangan berbuka puasa saya hari ini ialah sardin banjir hasil air tangan saya sendiri. yeay! kalau saya yang masak agak-agak macam mana rupa masakan nye tu ye? erk! mesti kosong lagi sepi. macam ni.


kosong kan? hanya kelihatan daging sardin yang tenggelam timbul tanpa hiasan mahupun bawang. nah! inilah namanye sardin banjir. ye. nama pemberian empunya tuan yang memasak. agak-agak rasa sedap tak? huhu. Ah! rupa tak penting. yang penting rasa tuh. betul tak? siapa angguk, nah lolipop! 

saya tak beranilah nak cakap sedap atau tak. takut nanti cakap saya riak walaupun hakikatnya saya sangat la merendah diri. hewhew! tapi, tiga orang budak dalam rumah ni makan dengan penuh selera hingga menambah 2x. tidak cukup dengan itu siap menjilat pinggan dan jari hingga tidak terkata apa-apa. hebat bukan hasil penangan sardin banjir cap botan?

hehe! gurauan semata-mata. mereka cuma tambah 2x tanpa menjilat pinggan sebenar nye.. :'p takpe. itu sudah memadai buat saya yang julung kali berada di dapur ini. ada ke patut budak sorang ni (nadhirah namanye) cakap,

"akak boleh ke masak sardin? orang tak percaya lah akak masak. rasa ape ntah nanti. akak kan tak pernah masak".

Cis! lebih la kau budak. sungguh kurang sopan kata-kata tu. terasa hina sungguh diri ini. kau dok ngate aku tak gheti masak, nah kau! makan sardin aku tak berbunyi siap tambah 2x. baru kau tau siapa aku. (senyum puas)

walaupun saya jarang ke dapur bukan bermakna tak pandai memasak ye. kalau dah namanya perempuan, tak gheti masak macam mana pun, kalau masak dengan ikhlas, InsyaAllah sedap. saya mewarisi bakat memasak arwah mak dan nenek saya kot. hikhik! 

Nota kaki: kau berbual lebih padahal masak sardin je kot. haha!

0 si cantik/kacak komen:

Template by:

Free Blog Templates