Thursday, 20 December 2012

Perbandingan? ~re-post~

Assalamualaikum...

Kita, MANUSIA dijadikan sama tetapi berbeza antara satu dengan yang lain. Apa maksud sama tetapi berbeza? Sama. Kita dikurniakan sepasang mata, sepasang telinga, hidung, mulut, tangan, kaki, dan satu hati. Berbeza. Setiap antara kita ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Si A suara sedap tapi tak pandai menyanyi, si B suara biasa je tapi bila menyanyi semua terpegun. Si C pula suara sedap, nyanyi pun merdu je. Ada pulak, suara entah apa-apa, bila menyanyi kalah katak panggil hujan. Tapi tak pe, berani mencuba tak salah.=P

Ada pulak sesetengah manusia ni, sibuk membandingkan diri sendiri dengan orang lain. 

Kenapa aku tak cantik macam dia?

Kenapa aku tak kaya macam dia?

Dia pakej lengkap, macam artis.

Aku teringin nak jadi macam dia...

Kadang-kadang, bila tengok orang yang cantik-cantik, cun-cun, kacak bergaya, terlintas dalam fikiran, Dia ada mata, aku pun ada mata. Dia ada hidung, hidung aku pun tak cacat. Dia ada mulut? aku pun ada mulut dan cukup semuanya. Tapi, kenapa dia cantik? Kenapa? Kenapa, dan kenapa...
Bila lama-lama aku tenung muka orang tu, akhirnya aku dapat jawapan...

KITA DIJADIKAN OLEH ALLAH BERBEZA ANTARA SATU SAMA LAIN! ITULAH TANDA KEKUASAAN ALLAH...

Sikit atau banyak, pasti ada perbezaan antara manusia. Manusia dijadikan saling melengkapi. Kita rasa terhina dan rasa terperosok bawah dapur kayu api (perumpamaan terlebih) sebab kita bandingkan diri kita dengan orang yang cantik amat dan kaya amat selayak artis. Memang sampai ke tua la kita tak kan rasa puas hati dan bersyukur. Cuba sesekali bandingkan diri kita dengan orang-orang yang kurang bernasib baik. Mesti kita secara automatiknya menarik nafas lega sambil mengusap muka dan bersyukur kita masih bernasib baik. Kalau tak nak pun sekurang-kurangnya bersyukurlah kita masih diberi peluang menyedut oksigen sampai saat ni. 

Semua pakej-pakej tu tak penting. tak kisah lah pakej fizikal mahupun kepandaian atau sebagainya. Yang penting hati. Kalau hati bersih, baik, tak perlu cantik semua tu. Sebab apa? Sebab cantik tu subjektif. Cantik bukan jaminan cium bau Syurga, dan tak cantik bukan bermakna bakal dicampak ke Neraka. Sedangkan manusia dijadikan saling melengkapi, kenapa kita perlu risau tak tentu hala? Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Tetapi ada ke dinyatakan, lelaki yang kacak hanya untuk perempuan yang cantik, dan sebaliknya? 

No.

Jadinya, tiada sebab untuk kita bandingkan diri kita dengan orang lain. Yang kita perlu lakukan ialah berusaha untuk jadi sebaik dia. Bukan asyik duduk puji orang tu cantik, orang ni hensem, orang tu pandai, orang ni bijak. Sebab, tak semua yang kita suka, kita rasa membahagiakan tu baik untuk kita. Kadangkala ia menjadi racun hidup kita.

“Tak semua yang indah tu membahagiakan, kadang-kadang ia hanya indah di anak mata, bila di
tangan sendiri ia berubah warna.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Segala yang buruk datang dari diri saya. segala yang baik daripada Allah S.W.T.

sekian.

1 si cantik/kacak komen:

nilfaizal said...

Terbaik Amirah :D

Template by:

Free Blog Templates