Sunday, 1 December 2013

Art by Budoxe

Assalamualaikum...

Long time ago... (bajet lama sangat. tapi agak lama jugak la..) I had received a doodle art from a blogger which called as Budoxe. Oh. Tu sebab aku dengan muka tak malu mintak beliau buatkan. Ahaa! 


Macam comel je, macam cantik je. *PANG! (tersedar dari lamunan)

Btw, terima kasih En. Budoxe sebab sudi buatkan art ni untuk aku. Jasamu dikenang hingga ke lubang semut. :) Jemput lah kawan-kawan semua bertandang ke blog ohsem beliau di ------> SINI

Sunday, 13 October 2013

Dislike!

Assalamualaikum...

1. Kena tipu. siapa yang suka ditipu? siapa? meh habaq mai. haish. aku memang cukup pantang kalau dapat tau aku kene tipu. memang aku blacklist terus. xkisah la tipu depan-depan ke, tipu kat alam maya ke, tipu identiti ke, tipu daya ke. tipu dp FB ke, twitter ke, err..yahoo ke. haaa... semua la!

2. Lapar. Woah.. yg ni memang pantang. Pantang perut aku kalau lapar. Mula la nk berdondang sayang bagai. Macam kalau boleh makan apa yang ada depan mata memang dah selamat la laptop ni... >.< Lagi satu. Kalau lapar, memang out of mood. haha~ teruk.

3. Sejarah. Sejarah? Sejarah hidup aku, tak pernah dapat A subjek sejarah. Kesimpulannya, aku buta sejarah. Tapi aku tak lupa asal-usul aku. :p

4. Marah. Aku tak suka marah sebab rasa marah tu buat aku rasa nak menangis. Haha! Sebab aku bukan jenis yang suka luahkan rasa marah tu, so bila pendam, hati makin sakit. Tu yang rasa nak nangis. Pastu mula lah tiba2 keluar lagu sayu2 kat dalam kepala otak. hahahah! Serabai.

5. Sakit. Sakit tu kifarah dosa. tapi siapalah yang suka sakitkan? aku xsuka sakit sebab aku xsuka jumpa doktor. Nanti doktor bagi ubat melambak-lambak. Tau tak ubat tu semua ada dadah. aku xnak hidup bergelumang dengan dadah. hahah! Ok mengarut.

kalau nak disenaraikan, memang banyak benda yang aku xsuka...yang aku benci.. haa.. tapi kalau aku taip semua tu, takut minggu depan baru publish entry ni. hehe~  gtg. bye.,


Sunday, 29 September 2013

Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran

Assalamualaikum...

Pernah dengar peribahasa, "Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"? Okay. Benda ni sesuai bila kita dalam situasi tamak. Maksud aku, kita nak kejar benda lain padahal ada benda lain yang kita kena selesaikan. So, bila sibuk kejar yang lain, yang kita tengah hold, otomatik kita terlupa, dan terlepas. Macam tu lebih kurang. Faham?

Macam aku, sebelum puasa, aku dapat tawaran untuk pegi team building dekat Sydney. Free of charge. Aku hanya perlu bawak diri. Then, lepas raya, aku dapat tau paperwork Marketeers untuk program kemanusiaan di Cambodia dah approve. Yes. Aku dah confirmkan dekat lecturer yang aku nak pergi untuk program Cambodia tu. Bayar lebih kurang 1k++. Aku terpaksa pilih salah satu. Antara Sydney dan Cambodia. At last aku terpaksa lepaskan Sydney. Aku tau benda tu memang free. Tapi,  tak mungkin la aku nak pergi sehelai sepinggang kan? Dengan aku tak kenal sesiapa, at least program Cambodia ni aku dah pasti siapa penganjur dan siapa pergi...

Semester ni, aku terpaksa pilih, antara fokus dengan study, atau fokus dengan silat dan study. Aku tau aku jenis orang yang tak boleh buat multitask. So, nak atau tak nak, aku memang kena pilih. Aku pilih untuk stop dari silat buat sementara, sampai study aku dah agak stabil. Ni final sem. Its gonna be hard. Bukan macam dulu aku boleh turun silat every weekend lepas tu balik terbongkang and tunggu 2 3 hari untuk hilang penat. Aku boleh buat dua-dua. Tapi aku tak jamin study aku akan maintain okay. Hati aku kuat untuk naikkan CGPA. Untuk silat, aku letakkan no 2. Even mereka cakap yang penting komitmen, tapi sorry sebab aku tak dapat nak bagi komitmen lebih dari satu perkara

Sama jugak dengan hati. Bila kita nak jaga hati kita, hati orang lain akan sakit. Tapi kalau kita sibuk jaga hati orang, kita pulak yang terpaksa tanggung sakit hati. Bukan mudah nak puaskan hati orang. ok. out of topic. Aku tak minat sangat la nak citer soal hati2 ni. Hati-hati di jalan raya tak pe.

Kembali serius. Banyak sangat benda yang aku terpaksa lepaskan. Bukan sebab aku tak nak atau tak suka. Tapi sebab aku tak mampu atau mungkin bukan rezeki. Rezeki setiap orang berbeza-beza. Mungkin belum rezeki aku nak jejak oversea. dan mungkin belum tiba masa aku untuk fokus dengan silat. Mungkin next time? Siapa tau kan. Ok. Selamat malam.


Thursday, 19 September 2013

Short Term Memory

Assalamualaikum...

tadi, beli powerbank. dah bagi duit, lepas tu pesan, "paan, tunggu jap ye. kejap lagi aku datang balik amik balance dengan powerbank." pergi cari wawa. .....5 minit kemudian. Dalam kereta. ~lupa nak jumpa paan balik..- - Dekat rumah paan mesej, "kat mana?" ~Paan, pas kat Chacha boleh? T_T

hari tu, ain cakap, "esok kitorang ada meeting." Then, aku boleh dengan straight tanya, "ESOK, korang meeting HARI apa?" oh My!

minggu lepas, wawa beli powerbank. Siap dah mention harga seratus. aku pulak tanya, "wawa, beli powerbank ni kat Mersing BERAPA?" padahal x sampai berapa saat je gap Wawa mention harga tu. 

Nampak tak sebenarnya aku ni dalam masa 30 saat boleh lupa satu benda. ok bye~ lapar. #rasa #kecewa #dengan #diri #sendiri -bajet2 hashtag. kahkah! T_T


Saturday, 3 August 2013

Result oh result!

Assalamualaikum...

Pagi ni, ramai sangat student degree UiTM yang online.. Haha masing-masin berdebar sebab tunggu UiTM hantar email result semester lepas. Tak payah orang lain, aku sendiri pun rasa macam nak pitam.. Itu kalau aku counting the time la.. Tapi, nasib baik la aku terlupa yang result keluar hari ni. So, aku melantak tidur lepas subuh tadi sampai macam tak ingat dunia (makruh weyh tidur lama-lama bulan puasa) :p.. Celik-celik mata online FB kat handphone.. Punya la aku melompat sebab terbaca pasal result. tak menyempat nak basuh muka dah...dan dan je terus check email...dan resultnya...


Alhamdulillah!!! I got this! Suka sangat kejutan pagi-pagi ni.:') Rasa macam nak melompat.. Tak caya pon ada. Ingat mimpi. Terus bangun basuh muka. Nasib baik bukan mimpi. Alhamdulillah sekali lagi. Tiba-tiba rasa semangat untuk semester depan. Semangat untuk ber-intersesi, dan yang paling penting, semangat untuk raya!!! For all my friends, congrates for your result. Have a blast! Terima kasih kepada lecturers dan kawan-kawan sepanjang semester. :) 

Saturday, 13 July 2013

Runsing

Assalamualaikum...



bila rasa tak aman, runsing, tak tenteram, amalkan doa ni. InsyaAllah rasa tenang. kalau tak tenang jugak, it must be something wrong somewhere. mungkin amalan kita yang tak betul. mungkin tiada penghayatan dalam berdoa. 

hmm.. sangat sesak bila runsing. sangat tak seronok bila hati tak tenang. kadangkala bersendirian tu memang perlu untuk kita dekatkan diri pada-Nya. :'( 

selamat malam.

Sunday, 23 June 2013

Nisfu Sya'aban, Final Exam, Intersesi

Assalamualaikum...

Alhamdulillah~ Berjaya buat yang sunat. Malam ni kan malam nisfu Sya'aban. Tinggal lagi esok nak puasa sunat. Itu pun kalau tak de aral. Maksudnya yela sekarang kan jerebu makin menebal. So, kalau jerebu tu tak menjejaskan, aku puasa lah esok. Harap-harap ok je. :') Malam nisfu Sya'aban ni tak silap aku malam di mana amalan-amalan kita di angkat. Maksudnya macam tutup buku lama, buka buku baru. Cenggitu la yang aku dengar. Wallahu'alam...

Next is final exam. Yeah! Final exam just around the corner of UiTM. Hamik kau. Corner UiTM tau! Bukan calang-calang corner. Ok. Memandangkan final exam dah semakin hampir ni, aku nak la macam pasang niat belajar rajin-rajin, focus on revision, do a lot of past sem question, also hentikan kata-kata keji sesama manusia. Hentikan lah menyumpah seranah macam cakap bodoh ke, sengal ke, gila ke. Kata-kata tu kan doa. Kau baca-baca, kau sumpah seranah, ting! benda yang kau sumpah seranah tu balik kat kau. Pity on you! So, ELAKKAN! Kalau aku ada buat salah kat korang semua, aku nak minta maaf. sama-sama lah doa kita semua berjaya capai target ye.;') 

Lastly is Intersesi. Aku kena ambik intersesi paper operation management cuti sem ni sebab masa diploma kampus lama dulu tak de ambik paper tu. tsk~;( Aku cadang nak duduk kolej. Senang lah aku bergerak jumpa lecturer dengan pegi kelas semua. Almaklumlah kan aku takde transport. huhu! Tapi takpe. Untuk paper Operation Management tu, aku akan bagi komitmen 110%. Walaupun kadang-kadang semua tu macam dusta. Tapi kan kalau niat elok Allah tolong. Hiks! 

Ok. Now time to study! Semangat! Semangat! Doakan aku ye! Sebagai balasan, aku doakan korang. Hihi!
Sebelum start study, jom baca doa!

Assalamualaikum and goodluck!

Saturday, 22 June 2013

Jerebu di Muar

Assalamualaikum...

Terkejut bila dapat tahu kadar jerebu dekat Muar dah cecah 700! Teruk sangat. Harap orang Muar ambiklah langkah berjaga-jaga ye. Sama lah juga dengan penduduk negeri lain. Aku yang kat Segamat ni pon rasa terancam. Haa... Kat bawah ni statistik jerebu pukul 7 pagi tadi

Sikit je ujian Allah tapi banyak benda yang terjejas. ;'( Bumi dah semakin tua. tak dapat nak tampung pencemaran. Masih ada ke manusia yang tak sedar akan hakikat ini?

************ayat last macam sastera sangat tau!Hiks!*************

Wednesday, 19 June 2013

Marketeers Appreciation Night

Assalamualaikum...

Ahad malam yang lepas, lepas je karnival, kami terus bergegas buat persiapan untuk dinner marketeers. Penat memanglah penat. Dengan test yang nak dihadap esoknya. Tapi benda tu semua jadi seronok bila diuruskan ramai-ramai. Tema dinner kami ialah Black and Red. Wah~ Romantik sangat. Haha!

Diringkaskan, majlis malam tu agak lancar, tapi sedikit hambar. Cewah! Ayat sastera sangat. Hambar sebab mungkin agak bosan, masing-masing kurang bersemangat. Yang paling seronok bila ketua Marketeers kami sangat sporting buat parody Psy atas pentas! Haha! Serius aku terkejut. Comel je joget atas pentas. Tu kalau Psy tengok video mau dia resign sebab dah ade pewaris. :'p Anyway, terima kasih Shahrul sebab sudi buat gimik malam tu.;')

Dua semester organize dinner. Tapi semester lepas dapat la jugak duduk makan sama-sama. Tapi semester ni, malam hari tu, langsung tak berkesempatan nak duduk sama-sama dekat meja bulat tu makan sambil tengok persembahan. Masing-masing sibuk belakang pentas. Aku tolong exco lain untuk bagikan hadiah. So, kenalah duduk belakang tirai tu. Serius jadi organizer x seronok okay. Seronok dari segi menimba pengalaman. Tapi tak seronok bila orang dapat makan, then kita kena tahan lapar. Dengan tak dapat bergambar sweet-sweet dengan classmates. Ouh. Pity on us~

Tapi at last, kami yang kat belakang pentas ni dilayan macam VIP. Mana tak nye, turun-turun je lauk semua dah habis. Air habis. Sedih dah macam kecewa nak terus balik tidur je rasa. Tapi kami cuba je nasib tanya caterer kat belakang. Nasib baik la ada lagi lauk dengan nasi. Siap diorang hidangkan lagi. Bagi air satu jug. Rasa seronok pulak sebab dapat makan banyak. Eh! :'p 

Lepas dah makan-makan, kami pon terus kemas-kemas dewan sebab tak sabar nak balik. Sambil kemas-kemas tu sempat la jugak kami snap-snap gambar sikit. Buat kenang-kenangan. tak sempat nak bergambar sampai penuh kamera macam semester lepas. Tapi seronok jugak sebab kemas ramai-ramai. So, benda tu jadi cepat. Apa-apa pun, Alhamdulillah sebab semua dah lepas. 

Ni doorgift malam tu. How sweet! <3

Look at us. Comel tak Kak Ton?? :'p

 Gambar tak banyak pada aku. SO, gambar comel kat atas ni je la yang dapat aku share. Heehe~ :')

Tuesday, 18 June 2013

atas nama teamwork dan komitment

Assalamualaikum...

Minggu lepas, Jumaat Sabtu Ahad. Ape orang kata? Hectic day? Ok aku tambah jadi hectic days sebab 3 hari. Alhamdulillah, lepas je 3 hari tu, maknanya lepaslah aktiviti kami (marketeers) untuk semester ni... Tapi lepas event je la. Report segala report belum lepas lagi. ~.~

Apa yang aku boleh cakap tentang event-event kitorang tu ialah AWESOME. ASAM. Event ok, cuma mungkin silap tarikh buat event. Dengan ramai yang balik, dengan ramai yang sibuk dengan assignment, dengan ramai yang sibuk dengan hari-hari terakhir sem ni..hmm. Bahananya terkena pada kami yang kena buat semuanya sendiri demi marketeers. Eceh! 

Aku cuma nak tekankan. Kalau kita dah pegang jawatan dalam organisasi, walau sekecil-kecil jawatan sekali pun, ia tetap amanah. So, bila amanah, kenalah jalankan dengan baik. Means, at least tolonglah apa yang patut even bukan kerja kita pun. Tapi asal kita dah meringankan beban orang lain, its a good job anyway. Sedih juga bila sepanjang yang aku nampak, ada ajk ramai. Memang ramai. Tapi yang buat kerja kebanyakannya yang atas-atas. Bukan aku nak kata yang berjawatan atas-atas boleh duduk goyang kaki. No. As we know, makin besar jawatan, makin besar tanggungjawab. Tapi bukan lah bermaksud dia yang buat semua kerja. Ni apa yang aku perasan cuma orang yang sama je ke sana sini uruskan itu ini. Nak nama, tapi tak buat kerja, its not fair enough guys.

Ok. barang yang lepas jangan di kenang. Cuma diharapkan perkara seumpama ni tak berlaku lagi di masa-masa akan datang. Eh lupa nak share. Sepanjang karnival hari tu, kami ada jemput Ustaz Shahrizan Daud untuk bagi ceramah. Alhamdulillah. Semua berjalan lancar. Dan yang lagi best, Ustaz siap bawak his wife, Awin SeindahWajah tu.. ;) Rasa karnival lebih bermakna. Eh. Over tau. :'p

Sebelum Ustaz dan isteri balik, sempatlah kami panggil mintak snap-snap gambar sikit buat kenangan..:) Tengok depan-depan manis je.



Oh ye. Lupa lagi. Asyik lupa je. Mesti ada semut masuk dalam air ni..- - Haa.. masa karnival tu jugak, masa majlis penutup, kami jemput penjaga gol pasukan bola sepak selangor dan kebangsaan untuk jadi VVIP. Rasa teruja juga sebab tak pernah nampak depan mata NorAzlan Razali tu. Tapi sebab lelaki kan tu, so aku macam malu la nak amik-amik gambar. Hee~ Ok la. Tu je nak kongsi. Semoga semester depan banyak lagi event best-best anjuran marketeers. :) I'm waiting for it!

Wednesday, 29 May 2013

Segmen Chomell CUTI SEKOLAH

Assalamualaikum...

1) Ada nama timangan tak? Yang masa kecik-kecik orang bagi? Kalau ya, apa?
---> Dulu masa kecik orang semua panggil adik sebab anak bongsu. Comel kan? hehe~ tapi sekarang kawan-kawan panggil mira. ade jugak yang panggil marliza. kadang-kadang Mar je.- -

2) Warna paling benci?
---> Suka semua warna. Apa la erti hidup tanpa warna kan? So, setiap warna yang wujud, saya hargai seadanya. :)

3) Lagu yang paling digemari? Yang latest. 
--->Harus Terpisah!-Cakra Khan. Sangat best. suara sedap. penyanyi macho. (ok. xmintak komen pasal penyanyi pon.huhu)

4) Kalau ada orang bagi baucer shopping, apa benda first yang terfikir nak beli?
--->SDLR! ok. tu kalau cukup la. kalau tak cukup, saya akan beli baju. oh xpon cadar. haa.. sebab saya sangat suka tidur atas cadar yang baru dan comel.. aww. sweet sangat kan..! erk~ - -"

5) Time bosan buat apa?
---> on laptop, on fb, on twitter, check blog, check segala email, belek youtube..hmm kalau dah bosan sangat, amik pensel dgn pemadam dan start melukis...:') (mood melukis hanya datang bila bosan.)

6) Subjek paling pro?
---> Pastinya BAHASA MELAYU dan MATEMATIK. BM, sebab sebagai orang melayu, haruslah pro subjek BM kan.. BM kot.. haish~ MATH, sebab kira-kira itu seronok ok. tak perlu fikir ayat, hanya perlu tekan kalkulator. 

*************************************************************

Apa yang aku merepek kat atas? Ouh Sori. Ini bukan merepek. Ini namanya menghabiskan masa ketika cuti sekolah. CUTI SEKOLAH ok. Kan lama. nak buat apa kalau tak jawab soalan simple macam kat atas tu?

Nak join? Boleh... Klik je banner kat bawah ni ha..


Ok lah. Selamat menjoinkan diri!

Segmen Grab the Header! by FiQa Nsz

Assalamualaikum...

*KLIK BANNER*
Segmen Grab the Header! by FiQa Nsz

segmen ini dibuat untuk menghargai pengunjung blogger blog fiqa. :)

bagi details header. design:

*tema: (2 warna)
*nama blog, warna tulisan
*tagline blog, warna tulisan

Segmen berlansung selama dua hari bermula dari 27/5 hingga 29/5.
*pemenang dicari seramai 5 orang menggunakan random org. dan details yang paling terperinci. :)

jom join! KLIK SINI!

Tema: BIRU PUTIH
Nama blog: AMIRAH MARLIZA, biru
Tagline: miramarliza.blogspot.com, biru

memandangkan memang warna yang ada dekat blog aku sekarang ni ialah biru, maka segala macam tulisan kalau boleh aku nak biru. background putih or transparent. haha~ tukar selera pulak. mula2 pink, lepas tu oren. now biru pulak. baru lah sejuk mata memandang...ye dok?

Yang lain kalau nak join silakan la ye..:)

Tuesday, 28 May 2013

JDT, Pahang, dan KUCING!

Assalamualaikum...

Semalam kecoh dekat TL baik FB mahupun Twitter. Masing-masing sibuk bertelagah pasal isu perlawanan JDT dan Pahang di batalkan! Antara isu yang dibangkitkan ialah isu...KUCING! Kucing?? Really??


Kucing tu tak bersalah. Dia cuma melepaskan hajat. Manusia yang ada akal patut berfikir panjang. Jangan salahkan kucing yang tak de akal. Bila masing-masing sibuk cari salah masing-masing, kucing yang tak de kaitan tiba-tiba terbabit. Inilah manusia. Sentiasa mencari salah orang lain. Benda kecik dibesar-besarkan. Bergaduh semata-mata sebab BOLA SEPAK. Orang luar tengok gelakkan je. Kalau macam ni lah gayanya,  tak pernah nak bersatu, esok lusa orang luar tu senang-senang je datang jajah Malaysia balik. Bola sepak tu dicipta sebagai permainan. Permainan umumnya ialah medium untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Bukan memecahbelahkan. Agak sedih jugak la bila timbul insiden yang macam ni. ;( Baik tak wujud bola sepak lagi bagus. 

Kalau macam dulu semua main guli je mesti takde yang dok gaduh-gaduh macam sekarang ni. Hahah~ tapi nak buat macam mana kan. Ni lah dunia akhir zaman...sekian~

Wednesday, 1 May 2013

I believe I can fly!

Assalamualaikum...

Selasa lepas, aku dengan Ana pergi bercuti. BERCUTI ok! Sweet sangat...Puii! Nak tau apa yang sweet? Nah baca SINI. Tapi serius! Entry kali ni lebih berganda keseronokan dan ke-sweet-an berbanding dengan entry yang lepas... Haaa... 

Destinasi percutian pertama kami ialah Genting Highland!!! Yeay! Seghonok habaq hang... Murah pon murah, best pon best, puas pon puas... Ape lagi tak cukup??? Kami pergi ke Genting daripada Titiwangsa naik bas. Tambang dalam RM6 je pon. SAVE. tak payah naik teksi. MEMBAZIR! lepas tu lala lala pegi makan minum sebab dah kebuluq tak boleh fikir. Then pegi check in hotel. Hotel sangat u'olls! Lepas tu dah jalan-jalan malam tu, balik bilik terus terbongkang trangtangtang sebab nak bangun pagi-pagi pegi main kat taman! Yes! Taman Tema bukan Taman Permainan yang selalu depan rumah tu. 

Disebabkan Ana pengguna Digi sejati sangat, maka kami dapat diskaun!!! Yeay dapat murah, dapat main 40 permainan, dapat jalan-jalan sampai kaki kebas, dapat macam-macam tapi bukan shopping. Damn! Barang dalam tu mahal nak mam***.

dengan diskaun 30%, dapat main outdoor game sampai terkeluar jantung hoi.! Daebak! Biasa RM54. Tapi dapat masuk dengan RM38. Murah kan? tak murah? haa.. nak murah lagi nanti dah kaya buat la taman tema sendiri. hahahha! TAPI! Ha... Tapi sayang...kehadiran kekasih lamamu... Ops! ternyanyi.. 

tapi, promotion tu dah habis 30 April haritu... tskk~ sori u'olls! I'olls lambat bagitau (geli tengkuk aku taip gedik-gedik). - -'Okay la. Perkara lepas yang sedih jangan dikenang. Meh kenang perkara gembira meh. 

Sepanjang kami kat dalam theme park tu, dapat la main puas-puas. naik kereta masuk rumah hantu (pirates train). tapi langsung takde apa-apa. cuma gelap segelap gelapnye, then keluar. aku pon terfikir, apa yang aku dah lakukan selama lebih kurang 3 minit tu. Rasa macam buang masa. Patutnya 3 minit tu aku naik roller coaster! Blergh! Paling kurang pun amik-amik gambar ha... Lepas tu kitorng pegi main cyclone, roller coaster (corkscrew), flying coaster, buai pusing-pusing (spinner),bumper boat, sungai rejang flume ride, fun kart, dinasourland, dan bermacam-macam lagi permainan yang menarik...(rasa macam iklan kanak-kanak) *sigh~

Paling seronok double triple seronok ialah tak lain dan tak bukan...(bunyi gendang) THE WAVE!!! dan.... (bunyi gitar) SPACE SHOT!!! Serius seronok tak terkata. The wave tu nampak macam simple bodoh-bodoh je. Tapi dah naik, konfem nak naik lagi, lagi, dan lagi. Kitorang naik 3x kot. Sampai akak yang jaga tu pon tak larat nak tengok muka kitorang. Haha! Lagipun The wave tu bawah bumbung. So, bila hujan, memang kuat la market dia kan.. Seronok sebab laju sangat sampai kitorang terbang dalam tu., Haha! Ini perkara benar! Space Shot pulak betul-betul lari daripada expectation aku. aku expect benda tu tak de la menakutkan mana pun sebab takde dengar suara orang jerit beriye pon masa kat atas tu. Lepas aku sendiri rasa pengalaman tu, baru aku tau perasaan orang yang naik dan baru aku tau kenapa diorang macam cool giler kat atas tu. Nak tau kenapa? Try ride it then U know the reason. Cewah!!! Speaking pulak. 

Last sekali bagi mengubat hati yang lara sebab xpuas main lagi dah hujan, kami pon pergi melantak dekat MB lepas tu pegi jalan-jalan makan angin naik antique car. Rasa seronok jugak la sebab dah rasa semua mainan yang best-best. Kalau boleh nak je naik semua 40 mainan tu. Tapi memandangkan yang lain semua macam (bukan macam, sebenarnya sangat!) kebudak-budakan, maka itu je la yang dapat kami main. selebihnye dapat amik gambar je ha.. 

Nah sikit gambar buat cuci-cuci mata.

Pass masuk

Jalan-jalan. Rasa aku lebih glowing sampai tower tu pon kalah. Haha!

Snow world! Sebab kene bayar, makanya kami snap gambar kat luar je. Better than nothing.;)

Menunggu Mr. Right masuk meminang. *padahal siap awal pagi sebab semangat nak tunggu depan gate!

Takde orang right? Ye. Theme park ni kami yang punya! *kata Ana.

Dinasourland. Bukan nak kata apa la kan. Tapi agak BOSAN. T_T

Bergambar. Again and again. Rasa macam dekat obersea.

Basikal tua. Taman bunga. :)

Woah! Call her Geno. Ana is her twin I think.

Bas sekolah!! :'D

Rasai keseronokan menjadi Superman!!

Dah penat main baru ingat makan. Mb. Not bad. Nomnomnom~

Okay la dulu. Assignment melambak macam tak sedar diri boleh dok seronok online bagai. Ha kang ade yang lebam mata tak tidoq. Mungkin ada next entry pasal holiday. Itu pon kalau rajin.. Haha! Eh. kalau ada masa sebenarnya (cover sikit malas tu). 

Nota kaki: Tajuk tak relevant? Up to me la. Kan entry aku, suka hati la nak letak tajuk apa pun. Haha! Ok bye! Assalamualaikum!

Saturday, 27 April 2013

separuh nilai keseronokan

Assalamualaikum...

ikutkan hati memang macam nak mulakan entry dengan cacian makian. tapi dulu belajar BM kalau buat karangan, bahasa kena jaga. so, aku akan berusaha keras untuk jaga bahasa. Well...bahasa jiwa bangsa. ahaks!

Pada seminggu yang lalu (skema sangat ayat!), aku dan ana telah merancang satu percutian ke Genting Highland dan Port Dickson secara mengejut. bila rancang mengejut, maka otomatik la result nye pon mengejutkan. ha dengan aku, dengan ana, dengan segala harta benda aku semua terkejut. aku terkejut sebab over budget melampau. air mengalir bagaikan duit (x boleh beza dah air dengan duit). ana terkejut sebab tambang perjalanan melebihi sewa penginapan. harta benda aku pulak terkejut sebab dapat kawan baru iaitu spec dengan beg mak jemah. kau bayangkan la, over budget melampau tapi bawak balik spec dengan beg yang berjumlah RM25 je.oh my...T_T biasa orang kalau over budget harus la pegi bawak 1 beg, balik bawak 2 3 4 beg. 

Antara sebab kami over budget ialah..:

MAKANAN
aku bukan nak berkira sangat pasal makanan. janji perut aku kenyang tu kira ok la kan. apa kata nanti bila-bila kat Genting tu buat la food court macam IFC UiTM. kan murah. tak payah aku makan kat McD ke, MB ke, Pizza ke.. woah. dah sah2 aku kena cari husband pangkat Datuk (untuk sara makan minum). 


muka pelahap gila satu hari suntuk tak makan. dapat makan, mahal pulak, harus la menikmati dengan jayanya.

Habis la cerita makan-makan kat Genting. Ni ceghite hok kat PD pulok. Sebak rasa bila nak cerita kisah kat PD. tskk~ lepas makan tengah hari dekat Genting, kami bergegas pergi PD. Sampai PD dah malam. bila dah malam, tak tau pulak selok belok PD, makanya, sampai2 bilik, kami pon membuta dengan perut berirama kilauan emas. Esoknya dengan semangat baru kami pergi cari sarapan. Not bad la. boleh tahan, tak mahal sangat. Then jalan-jalan la dekat pantai... tiba-tiba rasa haus. nampak macam kedai makan, dengan terpinga-pinga kami pon duduk order fresh orange dengan apple juice. order air nak yang stok2 minum sambil bersantai mengadap pantai pakai spec hitam. puii. tapi angan-angan musnah bila tengok bil. 


dua gelas air yang berharga RM20++ *pengsan

kalau daku tau, daku rela minum air laut yang masin tu. ;( rasa tak berbaloi sebab haus tak berapa nak hilang. tu mesti letak buah sampai 3 biji! sebab tu mahal! (sedapkan hati). aku minum sampai ke titisan terakhir. kalau boleh kunyah kaca, gelas tu pon aku nak kunyah.- -

TAMBANG
oleh kerana keseronokan bermain melampaui batas, maka kami selalu terlepas bas. haa  lalalala sangat. macam la bas tu dok tunggu budak nama mira dan ana naik baru nak jalan. hahaha! bila dah terlepas bas, maka pilihan yang kami ada ialah...TEKSI. ha.. bila naik teksi, hang paham-paham sendiri je la tambang depa macam mana kan.. mahal dah satu hal. nak tawar harga sangat pun macam kesian. sempat lagi nak kesiankan orang padahal duit sendiri mengalir tanpa belas kasihan. huhu~

BENDA LAGHA
okay. ini perkara biasa. tipu kalau pergi berjalan tapi tak beli benda-benda lagha. hahaa! nafsu tu jahat sangat tahu. kami beli spec mata gelap konon nak jalan tengah panas terik. kami beli seluar semata nak mandi pantai. kami terpedaya dengan uncle2 psyko, maka kami sewa khemah yang kalau tak sewa pon xpe. kami itu, kami ini. sedar-sedar poket makin kurus. Lagha sangat!

dah habis! itulah nilai yang perlu kami bayar. padahal keseronokan cuma separuh daripada tu. huhu~ rasa macam nk patah balik masa, lepas tu pergi tempat lain. pergi langkawi ke, pergi tioman ke, pergi mana-mana lah yang lagi best. paling tak pon stay lama kat genting. tak nak pegi PD lagi taknak!!! *hentak kaki

tengok pantai dapat pahala kan? nah tengok puas-puas. :)

wait for the next entry yah!

Thursday, 11 April 2013

random.classmates.

Assalamualaikum...

Semester ni selalu sangat keluar habiskan masa dengan classmates. walaupun kuiz tiap-tiap minggu, tetap tak ada hati nak duduk rumah belajar diam-diam. tapi aku tau kawan-kawan aku tu mesti belajar. aku je yang malas. haa. jangan sila jangan serap rasa malas ni. okay. keluar-keluar tu nampak macam buang masa. tapi sebenarnya tak de la buang masa sangat pun. cuma gunakan lebihan masa yang ada dengan bersosial je. haha~ - -

cerita pasal classmates, memang banyak sangat ceritanya sampai aku pun tak tau nak start daripada mana, nak mula dari siapa. ok. semenjak dua menjak ni, kelas aku dilanda fenomena BEBAL. aku pun tak tau entah peristiwa apa yang buat perkataan tu tiba-tiba jadi macam trademark. haha~ salah sikit, bebal..- - fuh. tu kalau cukup 40 kali kena bebal mau nye bebal betul-betul. langkah terbaik, jagalah percakapan sebelum anda di'bebal'kan. haha!

semester ni jugak aku pindah rumah baru. much much better kalau nak banding dengan rumah sewa yang lama. seriously. rumah sekarang, housemates sekarang, sangat seronok, sangat menyenangkan, dan buat aku rasa selesa duduk rumah ni. tak macam dulu, nak keluar bilik pun rasa macam nak kena hukuman sebat 21 kali. tengok tv pon rasa macam tengah tengok lecturer mengajar. senyap. maklumlah, duduk dengan senior. so, sebagai junior yang berdedikasi, aku dengan roomate aku pon bagilah peluang mereka memekak walaupun pada dasarnya kitorang selalu bergosip dalam bilik mengata diorang. ops!. ;D

classmates dah, housemates dah, soulmates pulak? soulmates tu macam partner ke? ada orang kata soulmates tu orang yang kita tak boleh hidup tanpa dia. maybe boyfriend, maybe bestfriend, maybe someone special. haha! ape-ape je la. benda tu tak penting sangat. actually, single doesn't mean that we are alone. apa gunanya kawan? apa gunanya family? dan apa gunanya Pencipta kalau kita still rasa alone? Manusia diciptakan berpasangan. memang. kita perlu usaha, tapi tak perlu terlalu obvious. tak perlu terlalu obses sampai memakan diri. sampai rasa tak tentu arah. sampai terganggu pelajaran.

memang umur-umur macam ni perasaan nak berpasangan dan rasa untuk disayangi tu ada (meremang aku taip yang ni) - -. nasihat aku, dahulukan yang penting. jangan kejarkan benda yang tak pasti. jangan harapkan benda yang mustahil. tak salah untuk suka. tak salah untuk admire. tapi biarlah berpada-pada. tak berdosa kalau tak couple. ustazah aku dulu cakap, kalau suka kat orang, jangan sampai orang yang kita suka tu tau. memadai la kita sorang je yang tau. sebab, bila orang tu dah tau, rasa suka kita akan berkurang. ha, masa tu kalau couple, konfem la cuma atas sebab rasa untuk memiliki je. bukan sebab betul-betul suka (mungkin tak semua orang).

berbalik kepada classmates, aku mengaku, awal-awal masuk degree memang susah sangat untuk aku biasakan diri dengan classmates macam sekarang ni. sebab aku bukan yang jenis banyak cakap. bukan yang jenis kepala gila-gila pakai cakap lepas. tapi satu je sebab aku boleh masuk kepala dengan diorang. sebab aku bukan yang jenis cepat terasa hati. bagi aku, apa orang nak cakap, tu hak diorang. apa diorang nak buat, tu hak diorang dan untuk terasa hati dengan aku pon, tu hak diorng jugak. maaf tapi aku bukan jenis yang nak pujuk2 orang sangat.

apa-apa pun, semua classmates aku memang awesome. seronok kawan dengan korang. buat aku rasa tak menyesal dapat UiTM Segamat. terima kasih; wawa, ibah, nad, aina, efa, eeqa, ain, mimi, mimot, naw, shiera, put, acap, aiman, haziq, iman, caca, ain, aishah, husna, ika dan the rest yang tertinggal, tak di taip harap maaf. mana yang terlintas je aku taip. muahahah~ aku bukan baik sangat pun nak taip semua. assalamualaikum!





maaf kalau ada yang terasa hati! :) XOXO.

Monday, 25 March 2013

Realize..

Assalamualaikum...

This is beautiful----->

To realize the value of a sister/brother: Ask someone who doesn't have one.
To realize the value of ten years: Ask a newly divorced couple.
To realize the value of four years: Ask a graduate.
To realize the value of one year: Ask a student who has failed a final exam.
To realize the value of nine month: Ask a mother who gave birth to a stillborn.
To realize the value of one month: Ask a mother who has given birth to a premature baby.
To realize the value of one week: Ask an editor of a weekly newspaper.
To realize the value of one hour: Ask the couple who turned back and slept without a word.
To realize the value of one minute: Ask a person who has missed the train, bus or plane.
To realize the value of one second: Ask a person who has survived an accident.

Time waits for no one treasure every moment you have. You will treasure it even more when you can share it with someone special.

To realize the value of a friend: Loose one and see..

Is friend is a necessity in life?
Imagine yourself without a friend. 
How did you feel at your workplace. 
What will you do with your cellphone?
What about event especially your birthday?
Who is gonna share sorrows?
How will you laugh with a high five? 
Who will tease you pairing with others?
Who will care, miss, and irritate you?

For all my friend, I love u all even more. :) thank you for being nice to me, spend time together, and give me a curve of smile...<3 :')


Tuesday, 5 March 2013

Lahad Datu

Assalamualaikum...

aku tak tau sangat sebenarnya pasal insiden kat Lahad Datu. Tapi apa yang aku dengar, ade penceroboh dari Filipina yang nak ambik Lahad Datu. Kononnya Lahad Datu tu milik Filipina la. ntah la. aku macam tak amik tau perkembangan semasa. umpama katak bawah tong drum. tskk~ ;(

lepas tu aku dengar cerita lagi, ramai anggota PDRM kita yang terkorban. lepas tu lagi, aku baru tau semalam, antara yang terkorban tu ialah ayah kepada coursemate aku. ouh. keciknya dunia.

apa2 pun, takziah aku ucapkan pada ahli keluarga mangsa yang terkorban. ade hikmah semua tu. tak boleh taip panjang. curi masa kat library. aku dah start kelas semester baru! doakan aku ye. hehe~ ok assalamualaikum!

Sunday, 24 February 2013

Dosa sesama manusia.

Assalamualaikum...

kita ni, hidup tak tau sampai bila, entah-entah kejap lagi tercekik ais ke, kita tak tau kan. mati tu pasti. memang la amalan kita dah buat kita rasa macam dah banyak je. kita rasa kita dah buat solat taubat, Allah dah ampunkan dosa-dosa kita. Ye. memang la Allah dah ampunkan.

tapi sebenarnya kita mungkin terlupa sesuatu. Dosa sesama manusia. manalah tau kita ada terambil barang kawan kita, kita tersakitkan hati orang lain, kita mengumpat, kita sebarkan perkara tak betul dan kita ada hutang dengan orang. semua tu termasuk dalam dosa sesama manusia. nak tak nak, kita kena mintak maaf dan mintak redha orang tersebut supaya urusan kita dipermudahkan. mungkin ada yang kita tak sedar, tapi yang mana kita sedar, atau sengaja, janganlah teruskan.

minta maaf. maafkan. mungkin tu jalan terbaik. kita harap orang maafkan kita, tapi kita tak maafkan orang. adil ke? maafkan kerana dengan memaafkan, boleh sejukkan hati yang sedang marah. InsyaAllah, dengan syarat, IKHLAS.

Dari Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda: "Siapa yang merasa pernah berbuat aniaya kepada saudaranya, sama ada berupa kehormatan badan atau harta atau lain-lainnya, hendaknya segera meminta halal (maaf) darinya, sebelum datang suatu hari yang tiada harta dan dinar atau dirham, jika dia punya amal saleh, maka akan diambil menurut penganiayaannya, dan jika tidak mempunyai hasanah (kebaikan), maka diambilkan dari kejahatan orang yang dianiaya itu untuk ditanggungkan kepadanya." (H.R. Bukhari-Muslim)

Nota kaki: aku pon nak mintak maaf kalau ada yang kecil hati dengan aku, kalau aku ada hutang apa-apa, sila bagitau. 

Saturday, 23 February 2013

Kencing tikus!

Assalamualaikum...


siapa kata tikus kecil tak bahaya. hei. kecik-kecik cili padi. kecik-kecik macam tu, kene air kencing dia pon kita dah boleh kritikal. Itulah namanya kekuasaan Allah. Ha, kalau korang nak tau, virus kencing tikus ni dikenali jugak sebagai LEPTOSPIROSIS. sukahati korang la nak sebut macam mana. bukan apa, aku kalau sebut macam aneh. haha~

LEPTOSPIROSIS merupakan penyakit yang jarang berlaku yang disebabkan oleh Bakteria LEPTOSPIRA.---> Kencing Tikus!!

Kalau dilihat melalui mikroskop bentuk virus ini adalah berbentuk spiral dan boleh hidup didalam air tawar selama satu bulan atau lebih. Ia tidak boleh hidup didalam air laut.

CARA PENYEBARAN KEPADA MANUSIA
Air, Tanah atau Tanaman yang telah dikotori oleh air kencing haiwan yang mengidapi leptospirosis. Ia akan memasuki ke badan manusia dengan pelbagai cara antaranya melalui mata,hidung, kulit yang melecet atau makanan yang dicemari oleh najis terutama air kencing haiwan yang telah dijangkiti Bakteria LEPTOSPIRA.

Faktor risiko termasuklah:

• Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja system pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
• Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
terdedah di tmpt yang banjir dimana air kencing tikus tercemar di dalamnya,apabila terkena kulit yang luka,masuk dalam mata,hidung atau mulut(terminum) virus akan menjangkiti.

GEJALA/SIMPTOM TERKENA JANGKITAN

1. Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
2. Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala. Gejala ini melibatkan lebih kurang 75% hingga 100% pesakit.
3. Batuk tidak berkahak (25%-35% kes)
4. Loya, muntah dan cirit-birit ( 50 kes) Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut adalah gejala yang kurang berlaku.
5. Radang selaput mata.
6. Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak,kekerasan otot, perubahan bunyi pada paru-paru atau ruam.

KOMPLIKASI

• Tindakbalas Jarisch-Herxheimer bila diberi penicillin.
• Jangkitan kuman di otak (Meningitis).
• Perdarahan yang teruk.
• Respiratory (distress).
• Kegagalan fungsi hati.
• Kegagalan fungsi buah pinggang

*boleh membawa maut sekiranya kritikal!!

RAWATAN

Ubatan Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis. Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.

PENCEGAHAN

Elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung/ air tenang, terutama di kawasan iklim khatulistiwa. Jika anda terdedah kepada kawasan yang berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit.

sumber: http://www.tasik-puteri.com/forum/index.php?topic=975.0

Tuesday, 19 February 2013

sindrom.

Assalamualaikum...

bukan nak cerita pasal sindrom down ke ape. tapi nak cakap pasal sindrom gatal-gatal yang melanda daku. entah mana dapat aku pon tak tau. memang la masa di Balok hari tu ramai yang kena gatal-gatal kat kaki macam kulat air tu. tapi aku tak kena la masa kat sana. aku kena sehari lepas balik daripada Balok dan... hah sampai hari ni kegatalan memang tak terbendung. siap bengkak bagai. rasa tension sebab tidur terganggu.- -

dengar cerita, hujan-hujan ni biasa lah air tercemar. ha. siapa suruh lari-lari lalu kat air longkang tu. kan dah kena. tambah pulak antibodi tak kuat (antibodi?). apa-apa la kan. harap-harap kulat air biasa je. aku dah lumur ubat gatal-gatal. esok-esok okayy la tu.

gatal tu dah satu hal. sejak dua menjak ni kepala sakit sampai kena ikat guna kain. ala-ala nobita semangat nak buat homework tu. makcik aku kata tak cukup tidur agaknya. tapi aku rasa macam dah terlebih pulak. eh aku tak tau la pulak apa masalah aku ni. nak kata fikir pasal assignment, tengah holiday lagi. hmm. mungkin fikir masalah meteor yang jatuh ke bumi agaknya.


dan lagi satu masalah aku ni. bila start nak tido je tak semena-mena kesejukan melampau datang. memang la aku bukak kipas. habis tu kalau tak bukak nyamuk pulak datang menggangggu. nyamuk kat rumah ni dah gagah perkasa. setakat ubat nyamuk ke, sheltox ke, dia boleh lari-lari joging-joging kot kat dinding. siap nyanyi kat telinga dodoikan tidur. aku sampai buntu. dalam dilema. tak tau nak bukak kipas ke, nak tepuk nyamuk. tapi sebab tak nak jadi pembunuh, maka aku bukak kipas. tapi tu lah. sejuk dia sampai tulang.

makanya, dengan sindrom-sindrom (sindrom ke?) di atas, aku menganggap bahawa aku mungkin bakal di serang demam. makanya (makanya x sudah2) aku pon telan la panadol setiap kali nak masuk tidur. setakat ni okay lagi. yela kan, dadah ada lagi dalam badan. haha!

saja je nak cerita sebab rasa nak menaip. hari ni mungkin dapat menaip. esok lusa kita tak tau kan? hewhew! Assalamualaikum!

The Ultimate Header Giveaway by Nabeel Fikree



Assalamualaikum...

[BANNER-HEADER-GA%255B1%255D.png]
Klik banner untuk join

PENYERTAAN DI BUKA SEHINGGA 17 Mac 2013.

biasanya kalau dah tak tau nak update pasal ape, aku akan join segmen atau giveaway atau contest. biarlah tak pernah menang pon. janji belog ni tak dibiarkan bersawang. kang ada bertikus berlipas. cukuplah rumah aku je ada tikus. hewhew~ 

tapi aku macam harap dapat la sekeping header. saja nak simpan-simpan buat koleksi. aku sayang header aku sekarang ni sebab macam comel kan? haha! 

ok la. kalau korang nak join giveaway ni, pegilah klik kat banner tu. gigih taw aku sertakan link supaya korang mudah. ^ ^ gudluck taw!

Sunday, 17 February 2013

vokal bukan sekadar rupa.

Assalamualaikum...

sejak dua menjak ni, aku suka bukak youtube lepas tu dengar cover-cover lagu. sebelum ni, aku kalau bukak youtube, mesti merepek tak ketahuan hala. kejap bukak video clip ni la. kejap tengok cerita. tapi sekarang ni aku mula jumpa satu benda yang lebih menarik perhatian aku kat youtube tu. 

orang cover lagu guna gitar.

memang la aku ni bukan paham pon amende chord chord gitar tu semua. tapi kan kita boleh dengar orang tu main sedap ke tak. tapi (again) aku peduli ape dia main gitar sedap ke tak. kalau dia nyanyi sedap, aku anggap dia hebat la. mudah kan? ha.. macam aku, mula-mula aku suka dengar si cumi cover lagu. suara dia mantap woo. ni bukan citer bohong. bagi aku la mantap. bagi Shila Amzah aku tak tau la pulak.

Sebab aku dah terbukak cover Cumi, aku terus anaktirikan Matluthfi. padahal sebelum ni aku suka gila kot kat dia. Memang tak pernah miss setiap video baru dia. Tapi semenjak jumpa cover lagu best, aku mula curang. tskk!~ Nak disangkut pautkan dengan tajuk entry, si Cumi ni, kalau buat cover, tak pernah tunjuk muka. Dia tunjuk tangan hak dok main gitar tu. hamende istimewanya tangan dia, aku pon tak tau. tapi aku tau la dia sebenarnya tunjuk tang chord gitar tu. sebab aku tak paham, aku tengok tangan je la.- -

Bila bukak youtube, konfem la tangan ni gatal nak scroll tengok komen kan.. baca punya baca punya baca, jumpa lah satu komen ni yang habaq suara Cumi macam suara Encik Mimpi. hah sudah! aku mula lah nak berpaling tadah. bukak la video Encik Mimpi pulok... Jeng jeng! Ni baru betul vokal bukan sekadar rupa. Macam Cumi kan aku kata dia tak pernah tunjuk muka kalau buat cover, tapi kat FB dia ade tunjuk muka. Kalau si Encik Mimpi ni, jangan kan kat youtube, kat FB pon penuh dengan muka dia. tapi muka dia punya katun je la.- - jangan harap nak nampak muka dia. suara dia...memang jatuh cinta habaq hang.. pastu kelakar pulak tu. aku kalau bukak video dia rasa macam kurang waras pulak sebab asyik nak tergelak sensorang tanpa hala tuju. tskk! terharu rasa sebab encik mimpi punya cover dah buat hari aku ceria (over). kalau Cumi serius kemain..

korang yang tak penah buka cover diorang, meh sini dengar sekarang. mana lah tau boleh dodoikan tidur..



ok. aku suka encikmimpi punya suara. aku suka dengar dia sebut 'RRR' hahaha! cepat bukak dengar. semoga mimpi indah., Assalamualaikum!

Thursday, 14 February 2013

Mimpi yang menipu.

Assalamualaikum...

aku ni ada masalah percaya dengan mimpi. bila mimpi yang tak best je, mula la aku rasa macam down je. contoh la aku mimpi aku gemuk. ha. sepanjang hari tu aku rasa aku gemuk memanjang. tapi tu contoh je. macam pagi ni, aku mimpi result exam aku. peh! dalm mimpi tu, punya lah berdebar macam nak terkeluaq jantung aku masa nak bukak email. pastu bila bukak tengok-tengok ada fail! bukan satu, tapi DUA! kepala hotak dia. aku dah down gila sampai malas dah nak bangun tidur. hahaha! syaiton betul la.

TAPI... tu la yang dinamakan mainan tidur. :) bila tersedar dari mimpi, aku cuba jadi positif. Ala tu mimpi je pun.. Cuba bukak betul-betul tengok... Bila bukak je email, baru aku sedar, nak percaya kat mimpi sangat pon tak boleh jugak sebenarnya. hahaha! U know what?? Yes! I got it! Dean List? Of course not. But its better than what I'd think. Alhamdulillah. Permulaan yang baik untuk orang yang hampir gave up. :)

Lagi satu kenyataan yang aku nak sampaikan, silat tu bukan penghalang, bukan aral untuk kita lulus. Kalau kita nak lulus, tak kisah la apa pun aktiviti yang kita lakukan masa exam, asalkan pandai bahagikan masa nak belajar dan yakin dengan diri, InsyaAllah, gagal tak mungkin wujud. Itu yang aku lalui sepanjang exam. :) Mungkin tak cemerlang, tapi inilah usaha aku. Usaha aku dan kawan-kawan belajar sama-sama.

Tahniah buat semua yang berjaya mendapat tempat dalam Dean List atau sipi lagi nak dapat, tahniah jugak yang berjaya lulus semua subjek. Tahniah jugak buat yang berjaya melepasi semester 3 yang agak shock buat semua ni. :) Buat yang tak bernasib baik kalau ada, eh tak nak lah. Aku harap tak de la. Tapi kalau ada, aku harap korang tak mengalah. Kita usaha sama-sama ye. Aku kena hadap intersesi untuk subjek Operation Management. Harap semua lancar nanti. Aamiin!

Satu lagi tips, bila buat something, yakin dengan diri. jangan fikir negatif. bila kita yakin yang kita akan lulus benda tu, InsyaAllah Allah tolong. Kita tak boleh nak pastikan betul-betul yang kita dapat apa yang kita nak, tapi at least kita tak berhenti harap pada Allah untuk tolong kita, untuk bagi yang terbaik untuk kita. Aku bukan perfect, aku pon selalu tak yakin, tapi mungkin dengan kongsi peringatan ni, aku pun akan sama-sama beringat. :) Apa-apa pun, selamat tinggal semester 3, selamat datang semester 4! 




Wednesday, 13 February 2013

Sedetik di Balok

Assalamualaikum...

Semalam, baru sampai rumah lepas 4 hari 3 malam kat Balok. Fuh. penat tak hingat. sampai rumah, terus humban beg baju tepi mesin basuh pastu tidur sebab topup untuk dekat dua hari tak tidur. tak payah sampai rumah la kan, dalam bas je memang tidur tak sedar diri. celik-celik mata je dah nak sampai Mersing.

Ni kali ke-3 aku pergi kem Gayong kat Balok. Dan ni jugak kali ke-3 pergi Balok je hujan, pegi balok je hujan, pegi balok je hujan (kene 3 kali ulang sebab ni kali ke-3 kan). tapi kali ni hujan sekali dengan angin yang kuat sampai aku tiba-tiba main layang-layang guna khemah. hujan pon sangat lebat. Memang seronok main hujan. Tapi lagi 'seronok' bila tiba masa nak tahan selesema dengan sejuk menggigil tu.

kami bersilat bawah hujan, makan bawah hujan, minum air hujan (over). sayangnya tak dapat tidur bawah khemah masa hujan-hujan tu sebab khemah dah masuk air. terpaksalah tidur beramai-ramai dalam surau. memang best sebab tak payah bersejuk-sejuk dalam khemah. yang jadi tak best bila surau perempuan tak de karpet tapi surau lelaki ada. jadi tak best lagi bila dengar dengkuran mereka sebab nyenyak sangat tidur atas karpet. haish! ini tidak adil, ini tidal adil...(nyanyi).

Banyak benda yang berlaku sepanjang di balok kali ni walaupun masa agak singkat (refer kepada tajuk entry). Asalnya memang macam berat sangat nak pergi sebab terkena selesema. tapi mengenangkan cuti yang masih berbaki, aku gagahkan juga pergi 'berbalok' (ayat poyo). berbeza dengan kem yang lepas-lepas, kali ni kami pergi dengan dua bas daripada larkin dan segamat. kami tak perlu masak sendiri untuk makan tengah hari dan malam sebab dah ambik catering. kami tak de mandi laut sampai gigil, dan bersilat dalam laut macam yang lepas-lepas sebab faktor cuaca. Ada pertandingan antara dua kumpulan. Kami juga dikejutkan dengan grading mengejut. dalam masa sehari lebih kena ingat semua gerakan, kombat dan buah kunci. wow! tapi akhirnya semua berjalan lancar walaupun mungkin akan diuji kali ke dua. Sangat happening sebenarnya. :)

Untuk event yang sangat happening ni, aku nak ucapkan terima kasih kepada ketua projek kami iaitu 'akak part 6' a.k.a Ani sebab berjaya mendapatkan peruntukan untuk program ni. terima kasih juga kepada peserta daripada Larkin (aku dah jadi budak segamat sekarang sebab nama under segamat) sebab sudi turut serta dalam program anjuran PSSGM segamat. Terima kasih kepada ustaz dan cikgu-cikgu yang sudi luangkan masa untuk kami. Terima kasih kepada Ude sebab datang walaupun awal-awal rasa macam nak flying kick je sebab cancel nak datang di saat akhir. Terima kasih kepada kak ika sebab berjaya jadi 'ibu' mithali sepanjang program. Tahniah kepada Epi dan Nasir sebab berjaya cipta rekod peribadi. Terima kasih kepada Aini sebab jadi partner grading. Terima kasih kepada Amal sebab tumpangkan dorm. Terima kasih pada kinah sebab datang jugak walaupun macam tak nak datang sebenarnya. Terima kasih kepada Jebat sebab jadi ketua yang baik.

Kat sana kami diberi group untuk latihan. Maka aku nak ucap terima kasih pada Bu (ketua) sebab ajarkan macam-macam pada kami. Ajarkan kombat 2 buat kali ke 150 juta, ajarkan buah kunci mati, ajarkan kombat. Sori sebab banyak tanya macam-macam sebab asyik lupa je, lambat serap. terima kasih juga pada wan, hafizudin, liyana, seha, dengan ani. Banyak lagi ucapan terima kasih nak ucap. tapi tak larat nak list satu-satu. haha~

Bila ada manis, mesti ada pahit. itu baru namanya pengalaman. pahit bagi aku sebab sepanjang balok kali ni aku dilanda sakit pinggang dan sakit bahu. so rasa macam terkongkong sikit untuk tidur dan buat gerakan yang pusing sana sini. selesema dan sakit tekak yang buat hilang selera makan. peserta lain pulak ramai yang mengadu kaki gatal-gatal. haih. macam-macam. Akhir sekali, aku nak mohon maaf kalau ada yang tersakit hati dengan aku, terasa hati, tersentap, tersakitkan fizikal dan mental, maaf untuk muka-muka ketat atau muka mintak penampar yang aku paparkan dan macam-macam lagi. aku memang tak pandai nak jaga-jaga hati orang. hak bergurau hak aku! Eh salah. Hak bergurau, hak semua. hak bersilat pon hak semua (tibetibe). 

"dimana dia, anak kambing saya..anak kambing saya memakai bengkong hijau.. di mana dia, cinta hati saya, cinta hati saya berbengkung hitam mulus" -ni lagu group B. so, apa yang aku faham daripada lagu ni ialah kalau tak nak jadi anak kambing, pilih sama ada nak stay dengan awan putih atau cepat-cepat naik pelangi merah. >.<

Ada pepatah mengatakan, 'Lakarlah kenangan sebanyak mungkin kerana akan tiba waktu dimana kita hanya mampu mengenang'. :) so, jangan lepaskan setiap peluang yang ada untuk simpan kenangan-kenangan yang mungkin berharga untuk kita akan datang.

Nota kaki: Dear all my friends, thanx for everything. thanx for the joy. thanx for the happiness. i appriciated it. My hearts beat, our memories goes with. eceh! bye! *maaf untuk entry tanpa gambar. masing-masing tak sempat nak upload gambar. next entry gambar menyusul. InsyaAllah.


Wednesday, 6 February 2013

Jom JOIN Bloglist JS 2013...

Assalamualaikum...

klik untuk join


::SYARAT::

i. followers blog JS....
ii. buat entry pasal segmen ni
iii. link entry di kotak komen ...
iv. nyatakan anda dari negeri mana?..

Tarikh tutup: 28/2/2013

JOHOR DARUL TA'ZIM

Tbe-tbe rasa macam entah ape-ape je tak kenal kan diri. haha. me, Amirah Marliza. Call me Mira. :) peace yaw!

Tuesday, 5 February 2013

bestfriend of mine.

Assalamualaikum...

Seperti yang di janjikan, entry ni untuk bercerita tentang someone yang rapat dengan aku since sekolah rendah. dia ni aku kenal masa darjah 3 la kalau tak silap. Wah! dulu memang sangat banyak la dugaan (ayat kene power) kitorng sampai la satu tahap yang kitorang boleh jadi rapat macam sekarang. ada yang nak melagakan kitorang la, ada yang jadi batu api la. tak kurang jugak yang cuba nak jadi batu nisan. haih! macam-macam kan manusia ni. Dah jadi orang, nk pulak jadi batu nisan.

tapi, tu lah zaman budak-budak. kawan olok-olok dengan orang ni la. Pura-pura kawan dengan orang tu la. Tarik kawan dia ni, dia tarik kawan kita pulak. Biasa kan macam tu masa budak-budak? Itu baru rock! Muahaha! nak rock sangat pon tak boleh sebenarnye kan. ok la.

dulu dia ni sangat lah ganas! erk. ganas? boleh la... maksud aku..er..macam tu la. korang tafsir sendiri la macam mana ye :p.. sampai masuk sekolah menengah, kami sekelas. time raya, kami beraya sama-sama. time sekolah, kami sekolah sama-sama (haruslah). nak dijadikan cerita, kami dah habis SPM. Aku dapat UITM terchenta, dia dapat Marsah yang disayangi. maka kami pun berpaling tadah. bukan. kami beralih arah. yela. dia ke Marsah, aku ke UITM. haish!

Sekali jumpa, MasyaAllah budak nih. dah macam ustazah dah aku tengok. Dengan jubah, tudung labuh ustazah sekolah agama dulu pakai. Huiyooo! Kagum 2 minit. tiba-tiba kat kepala otak aku terimbas dia yang dulu.. ops! haha! Lepas tu aku diberi kejutan lagi. Dia dah nak bertunang. Gulp! Gua bukan nak kata apa la. Kenapa dia bertunang dulu sebelum gua?? hehhe! Over tak? tak kisah la kalau dia nak kawin dulu pon sebenarnya. aku cuma doakan yang terbaik je. :)

And now dia dah pun kerja sementara aku masih menetap di UITM dihatiku terchenta. Dia dah nak kawin. Dia sibuk kumpul duit nak kawin sampai aku nak ajak pegi melompat-lompat kat legoland pon dah payah. tskk! ;(

Ni la orangnya. nama dia Zellawati. Dia ni tengah tunggu mak mertua sarung cincin. eh tak. ni masa jalan-jalan raya (nama folder gambar) :p

ok. tu je la setakat ni. hujan la nak taip panjang-panjang sangat...(kaitan?)

Thursday, 31 January 2013

kawan zaman kanak-kanak.

Assalamualaikum...

kawan baik. xsemua orang dapat jumpa kawan yang betul-betul baik. mungkin satu dalam seribu kawan. bukan aku nak kata kawan-kawan semua xbaik. tapi dalam banyak-banyak kawan tu, tak banyak, sekali pon, mesti akan pernah cakap belakang tentang kita. itu ke namanye kawan yang baik? macam aku, ade sorang kawan ni, daripada belum sekolah, sampai dah masuk sekolah, kami still lagi berkawan. bukanlah aku nak kata kami ni berkawan betul-betul baik bak kata orang tu setia hujung nyawa, tak. kalau setia hujung nyawa, nanti aku mati dia tak cari kawan lain dah. haha.

dia ni dulu masa kecik-kecik kami selalu tido sama-sama, makan sama-sama, tengok tv sama-sama, mandi sama-sama, pegi sekolah sama-sama, main pondok-pondok sampai tertido bawah pokok sama-sama, main basikal keliling kampung sama-sama, tangan luka kena kaca sama-sama, kena piat telinga dengan nenek aku sama-sama. pendek kata semua benda kami buat sama-sama. sampaikan nenek aku beli baju untuk aku, beli yang sama untuk dia sekali. jeles i'oll taw..aku potong rambut pendek, dia potong rambut pendek, aku bela rambut panjang, dia bela rambut panjang. rapatnye kami. ;)

ada satu ketika tu, family kami berkrisis, tapi kami masih dengan selamba badak kami pegi main pondok-pondok sama-sama, pegi main basikal curi-curi, walaupun family dia tak bagi keluar. ;) indahnye zaman kanak-kanak. satu hari, aku mimpi abang dia yang nombor 2. entah kenapa tiba-tiba termimpi. hmm. rupanya pagi tu aku dapat berita, abang dia meninggal sebab accident. tak sempat aku nak jumpa arwah, padahal dah lama aku tak pernah jumpa dia sejak aku dah besar ni.

masih kanak-kanak hingusan.

tapi sekarang, dia dah besar, aku pun dah besar. Act, dia muda setahun daripada aku. tapi entah lah. aku rasa banyak benda yang dia dah dapat, tapi aku belum. dia dah ada lesen kereta dan dah ada kereta sendiri tapi aku lesen kereta pon belum ada apatah lagi kereta sendiri. dia dah ada kerja aku belum pon kerja. mungkin tu rezeki untuk dia. aku tetap doakan yang terbaik. tapi satu yang pasti, aku bakal degree holder. InsyaAllah.

mungkin masa kanak-kanak semua benda kami buat sama-sama, tapi bila dah dewasa, Allah dah tetapkan rezeki kami yang berbeza-beza. tapi kami still berkawan macam dulu cuma takde kesempatan nak main pondok-pondok lagi macam dulu. ;) malu oh.. ni lah serba sedikit tentang dia. nak cerita semua, boleh kematu jari. banyak sangat kisah kami. :)

gambar ni masa aku dengan family pegi tengok bunga api. terjumpa dengan dia. so, sementara tunggu bunga api yang tak muncul-muncul, kami ber-selca dulu sekeping dua sampai cecah 40 keping.- - ops lupa. nama dia Azie. :)

Next entry will story about...


bukan aku, tapi yang menyelit belakang aku tu. :)

see ya!

Blog Peribadi Milik Amirah Marliza@2011