Thursday, 31 January 2013

kawan zaman kanak-kanak.

Assalamualaikum...

kawan baik. xsemua orang dapat jumpa kawan yang betul-betul baik. mungkin satu dalam seribu kawan. bukan aku nak kata kawan-kawan semua xbaik. tapi dalam banyak-banyak kawan tu, tak banyak, sekali pon, mesti akan pernah cakap belakang tentang kita. itu ke namanye kawan yang baik? macam aku, ade sorang kawan ni, daripada belum sekolah, sampai dah masuk sekolah, kami still lagi berkawan. bukanlah aku nak kata kami ni berkawan betul-betul baik bak kata orang tu setia hujung nyawa, tak. kalau setia hujung nyawa, nanti aku mati dia tak cari kawan lain dah. haha.

dia ni dulu masa kecik-kecik kami selalu tido sama-sama, makan sama-sama, tengok tv sama-sama, mandi sama-sama, pegi sekolah sama-sama, main pondok-pondok sampai tertido bawah pokok sama-sama, main basikal keliling kampung sama-sama, tangan luka kena kaca sama-sama, kena piat telinga dengan nenek aku sama-sama. pendek kata semua benda kami buat sama-sama. sampaikan nenek aku beli baju untuk aku, beli yang sama untuk dia sekali. jeles i'oll taw..aku potong rambut pendek, dia potong rambut pendek, aku bela rambut panjang, dia bela rambut panjang. rapatnye kami. ;)

ada satu ketika tu, family kami berkrisis, tapi kami masih dengan selamba badak kami pegi main pondok-pondok sama-sama, pegi main basikal curi-curi, walaupun family dia tak bagi keluar. ;) indahnye zaman kanak-kanak. satu hari, aku mimpi abang dia yang nombor 2. entah kenapa tiba-tiba termimpi. hmm. rupanya pagi tu aku dapat berita, abang dia meninggal sebab accident. tak sempat aku nak jumpa arwah, padahal dah lama aku tak pernah jumpa dia sejak aku dah besar ni.

masih kanak-kanak hingusan.

tapi sekarang, dia dah besar, aku pun dah besar. Act, dia muda setahun daripada aku. tapi entah lah. aku rasa banyak benda yang dia dah dapat, tapi aku belum. dia dah ada lesen kereta dan dah ada kereta sendiri tapi aku lesen kereta pon belum ada apatah lagi kereta sendiri. dia dah ada kerja aku belum pon kerja. mungkin tu rezeki untuk dia. aku tetap doakan yang terbaik. tapi satu yang pasti, aku bakal degree holder. InsyaAllah.

mungkin masa kanak-kanak semua benda kami buat sama-sama, tapi bila dah dewasa, Allah dah tetapkan rezeki kami yang berbeza-beza. tapi kami still berkawan macam dulu cuma takde kesempatan nak main pondok-pondok lagi macam dulu. ;) malu oh.. ni lah serba sedikit tentang dia. nak cerita semua, boleh kematu jari. banyak sangat kisah kami. :)

gambar ni masa aku dengan family pegi tengok bunga api. terjumpa dengan dia. so, sementara tunggu bunga api yang tak muncul-muncul, kami ber-selca dulu sekeping dua sampai cecah 40 keping.- - ops lupa. nama dia Azie. :)

Next entry will story about...


bukan aku, tapi yang menyelit belakang aku tu. :)

see ya!

Wednesday, 30 January 2013

teaser.

Assalamualaikum...

kawan-kawan saya semua sweet sweet. daripada dulu tadika, sampai lah masuk sekolah rendah, sekolah agama, sekolah menengah, sekolah teknik, uitm jb, uitm segamat, kawan masa kecik-kecik, kawan main basikal keliling kampung, kawan main nenek-nenek si bongkok tiga depan rumah, kawan main ting-ting petang petang, kawan main batu seremban, kawan main masak-masak, kawan main cop tiang kat sekolah, dan kawan beraya sama-sama. best ouh dapat kawan yang sweet sweet macam lolipop ni.

ni bukan entry ape pun, cuma nak buat ala-ala teaser sebelum entry sebenarnye. huk aloh. naik geli lobang idung menaip entry cenggini. puih. ape-ape pun, kalau nak taw ape yang sweetnye kawan kawan ceq tu, tunggulah next entry ye. ceq mengantuk. dah berjanji dengan mata nak tidur awal malam ni. muehehehe~

next entry saya nk ceghite pasal budak bawah ni. :)


bukan yang pakai spec tu tapi yang muka separuh tu. teaser mne boleh nmpak semua muka. haha!

selamat malam.
:)

Blog Peribadi Milik Amirah Marliza@2011