Monday, 12 May 2014

Mangga manis

Assalamualaikum... 

Aku ni kalau bab makan-makan memang tak pernah tolak. Lagi-lagi kalau orang bagi atau pelawa free. Memang aku tak mungkin akan tolak. Hee.

Cumanya aku ada satu pantang bila makan. Apa pantangnya? 


Ha.. Nampak tak mangga kat dalam mangkuk tu? Itu la pantang aku. Pantang ada mangga. Aku akan makan dengan mangga. Nasi makan dengan mangga, mee makan dengan mangga, bubur makan dengan mangga, even maggi pun still makan dengan mangga kalau mangga ada depan mata. Kena pulak mangga tu manis. Peeeehhhh!!!! Memang mantap wa cakap luuu!!! 

Aku pelik bila orang kata amalan makan apa benda semua dengan mangga tu pelik. Aku tak rasa pun benda  tu pelik sebab benda tu sangat sedap hookayyy!! Tak caya meh try. Ini serious. You should try once. Tak kenal maka tak cinta. Gitu... 

Okay tu je nak cerita. Sebab dalam seminggu ni rasa macam bahagia sangat bila dapat makan mangga manis-manis. :)

Tuesday, 6 May 2014

One litre of happiness

Assalamualaikum...

One litre of happiness. Tajuk nak best je. Dengan harapan orang akan baca entry ni macam mana orang tengok cerita One Litre of Tears. Haha! Tapi tu tears. Aku punya versi, happiness

Aku rasa bersyukur dengan hidup aku sekarang ni. Walaupun kalau nak difikirkan balik, kerap jugak aku ditindas dan...boleh dikatakan malang jugak laaaa... Contohnya macam menyewa rumah yang salah. Jumpa housemates yang salah. Jumpa officemate yang suka cakap aku bebal walaupun dia lagi bebal; Aiman. Dan praktikal tempat yang jauh beribu batu dari rumah kandung. Sedih jugak la hidup aku sebenarnya. Tapi yela, orang cakap, hujan emas di negeri orang, baik hujan kat negeri sendiri. Hujan lebat tidur nyenyak. Tak de kaitan. Faham.

Berbalik pada tajuk entry ni, yela, aku cukup bersyukur dengan hidup aku sekarang. Walaupun jauh, tapi aku stiLl boleh berdikari. Takde la aku merempat kat tempat orang (acah-acah praktikal luar negara). Aku masih lagi makan kenyang, mandi basah, tapi tidur tak lena. Itu pun sebab terlebih makan. Haha!

Aku dikelilingi manusia-manusia yang macam-macam ragam buat aku lebih kenal erti hidup di celah-celah bandar KL. Kahkah! *geli dengan ayat sendiri. Aku salah sewa rumah tapi aku digantikan dengan rumah sewa yang jauh lebih selesa. Aku jumpa housemate yang salah buat aku belajar supaya tak terlalu percayakan orang. Aku ditemukan dengan officemate yang gila-gila bila start praktikal kat KL. Kat melaka tu officemate gila-gila juga. Tapi gila pangkat. Haha! So, apa lagi yang buat aku tak nak bersyukur? 

Aku mungkin jauh dari family, tapi tu peluang untuk aku berdikari. Aku mungkin kekurangan duit, jadi aku belajar untuk berjimat. Aku mungkin tak kenal ramai orang, aku belajar untuk ramah. Aku mungkin terpaksa banyak jalan kaki, tapi jalan banyak tu la yang elak aku dari mengembang (gemuk gemuk - -"). Aku mungkin banyak terasa hati, tapi itu la yang buat aku lebih kental dan sabar. 

Untuk semua perkara baru yang aku belajar dan aku dapat, aku sangat hargai. Seriously. Takde dendam. InsyaAllah. Thank you Allah. ;)

Dan selalu dapat makanan free!


Okay. Penat dah menaip. Bye!


Friday, 24 January 2014

Giveaway Birthday Azhafizah

Assalamualaikum...


Ye ye. GA lagi.. Aku tau tu.. Biasalah. Kan cuti ni. Kau orang kena faham.... Kalau tengah cuti ni aku memang suka cari kerja macam ni. Join GA. Kau orang tak payah nak cakap banyak, KLIK je BANNER kat atas ni. Tengok dan teliti sendiri. Aku bukan suka-suka tau nak join ni. Sebab BEST!!!!!! Sebab tu aku join. Ok dah tak payah nak seronok sangat. 

Syarat-syarat sangat mudah. SANGAT. 
1) Buat entry.
2) Letak banner.
3) Follow blog.
4) Like fanpage.
5) Follow Instagegham (kalau ada la)
6) Publish! 

Senang tak senang tak? Senang kan.... Ok jom join. Kalau malas nak scroll, nah tekan SINI pon boleh. Lagi detail syarat-syarat.  ---> JOIN GA 

Jap! Lagi satu syarat. Kena nyanyi lagu birthday untuk Azhafizah. Bukan 1 bukan 2, tapi 3! 3 bahasa maksud aku. 

Ok tak yang ni aku gurau. Hee~ Tapi, aku nak nyanyi jugak. err. Maksud aku sambil taip ni aku nyanyi.. Hehe~

"Allah selamatkan kamu... tetteret! Allah selamatkan kamu...tetteret! Allah selamatkan Azhafizah..... Allah selamatkan kamu...tetteret!!!"

"Happy becoming bfday to you....tetteret! Happy becoming bfday to you....tetteret! HAppy becoming bfday to Azhafizah...........Happp...py...bffff...dayyyy...toooo....youuuu....!!!"

Ok ni last...

"Zhu ni shengri kuaile...zhu ni shengri kuaile...zhu ni shengri shi Azhafizah kuaile..........zhu ni shengri kuaile...."

Fuh! Berpeluh menyanyi. Yang mandarin tu aku tak ingat sangat tapi aku usaha jugak. Usaha untuk hentam. Kihkih!

Kat bawah ni hadiah bfday untuk Azhafizah. Enjoy la video ni. Serius best. Santai sangat. Dengar sampai habis okay.. Tau tau. I ske giler si peng-cover lagu ni padahal I tak kenal langsung kot dia ni siapa. Tapi serius best. Sampai tertukar 'aku' jadi 'I' sebab best. Haha! 


Tengok. Kat mana-mana je aku sibuk promote si Samad ni. - -" Eh tapi ni bukan promote. Ni aku nak bagi becoming bfday girl ni relaks kan otak..hehe..

Ok. Detail kat bawah. :)

Nama : Have a great year! atau Great year!
URL Blog : miramarliza.blogspot.com
email : amirahmarliza@yahoo.com

Happy reading.:)

Thursday, 23 January 2014

1st giveaway by Nur Lovekasih blog

Assalamualaikum...


Aku join GA lagi. Yes. Amboi... Mentang-mentang cuti. Kau tunggu lah nanti dah start praktikal jangan harap kau dapat join benda belog ni semua. huh! Ops! ter-monolog pulak. hehe~ 

GA yang ni hadiah menarik sangat. Kalau aku, aku nak sangat tasbih digital tu. Yela, bukan setakat aku je dapat pahala, akak yang buat GA ni pon dapat pahala berterusan. InsyaAllah~ Kalau tak dapat, dapat novel pon best jugak. Boleh la aku buat isi masa lapang aku daripada aku dok berangan tak henti-henti. Tapi kalau dapat topup pun aku bersyukur dah.. Hehe~ Siapa nak bagi kan topup free.. :p

Jom lah join ramai-ramai. Barulah rasa persaingan tu sengit ala-ala lumba lari 4x100. Hehe~ Syarat-syarat dia sangat senang dan korang memang mampu penuhi punyalah. Aku yang cerewet tahap susah nak follow orang ni pun boleh buat takkan korang yang baik hati santun budi pekerti ni tak boleh.. Eceh! 

Nak join, KLIK je banner kat atas yang ade lep lep tu <3. Lepas tu nak tau hadiah dia apa? Ok tengok kat sini ----> TEKAN!

Ok, untuk menjawab soalan tentang pendapat untuk blog akak Nurullai ni, aku tengok blog akak ni dah comel dah. Maksud aku tang kemas dia, header, cantik je semua. Warna pun tak sakit mata. Nak loading pun tak makan masa. Bagi aku blog ni boleh pergi jauh. Ahah! acah-acah pakar blog pulak. Blog sendiri pun pemalas nak urus ada hati nak nasihat orang. >.< Tapi aku ada cadangan sikit:

1) Akak boleh buat GA macam ni selalu untuk tambah follower.
2) Akak post entry yang orang selalu rasa nak tahu. Contoh macam resepi, tips-tips, motivasi, humor, atau apa-apa info yang best, dan pastikan tajuk entry dapat tarik orang untuk baca. Macam aku, aku pernah buat entry pasal agar-agar roti. Memang traffic naik sebab waktu tu bulan puasa. Hehe. 
3) Akak kena rajin blogwalking, ajak blogger-blogger lain datang meriahkan blog. Jangan contohi aku yang pemalas nak blogwalking..hukhuk~
4) Ha.. Akak boleh refer kat blog yang otai-otai. Macam mana cara diorang expose dan macam-macam lagi tips. Contoh blog Ben Ashaari. Serius dia punya blog biasa je dulu. Tapi sekarang dah jadi luar biasa. Mungkin pendekatan yang dia gunakan bagus untuk tarik minat orang untuk baca blog dia. 

Eh. Macam over pulak kan menaip. Aku ni memang kalau nak bagi nasihat aku boleh. Tapi tengok lah blog aku sendiri. Follower tak berganjak dah dekat 12 bulan agaknya. Update bila ada mood, kadang-kadang mood dah datang, buat benda lain pulak. Aku memang tak boleh jadi contoh. Eh! Over lagi. Ok2. Kalau biar, mau jejak satu buku ni kang. Penat pulak akak nak baca. Hehe. Maapkan jari ni kak. Memang kalau dah jumpa keyboard payah nak berhenti. Stop! Sekian. :')

Nota: Maaf atas penggunaan ganti diri 'Aku'. Kalau menulis dan menaip i'olls memang selesa guna 'Aku'. Baru rasa feeling-feeling novel. Kahkah! Tapi kalau face to face i'olls sopan sangat tau guna 'Saya'. Hikhik!


GIVEAWAY MY 1ST ANNIVERSARY BLOG

Assalamualaikum...


Nampak tak banner pinky pinky atas ni? Yes! Ni banner Giveaway. Nak tau siapa punya? Ok sila klik banner atas ni. Ya Allah, bukan nak kata apa la kan, tapi ini lah 1st Giveaway yang aku rasa senang gila sampai rasa nak menjerit, "kalaulah soalan exam hari tu senang macam ni kan baguuuusssss!" Hah! Macam tu sekali.

Dah lah senang, hadiah pula agak menarik. Aku ni dah memang lah jenis suka benda comel-comel. Pantang kalau pergi kedai DIY, nampak notebook comel aku sibuk beli. Ini ada yang nak kasi free, apa salahnya mencuba. Ye tak? Kalau tak dapat notebook comel pon, aku ni pun jenis tengah nak mesej orang tiba-tiba mesej not delivered. Rupanya kredit expired. So, manalah tahu tiba-tiba bertuah dapat pulak kredit free. Hewhew! 

Nah lah tengok sendiri senarai hadiah kat bawah ni: 

TEKAN SINI ----> HADIAH

Bestkan? Happy me join this! :)

Wednesday, 22 January 2014

La Tahzan

Assalamualaikum...

Lately, aku tercari-cari ketenangan. Tidur aku, bangun aku, makan aku, semua tak menentu. Kadang-kadang aku rasa nak tidur awal. Tapi bila kepala jejak bantal, tetap dah nak pagi baru mata lelap. Bila dah bangun, tak sempat berapa jam aku dah rasa nak tidur semula. Makan tengahari bila dah jejak petang. Makan malam kadang-kadang. Apa yang aku nak buat, bila aku tangguh tak sampai berapa minit aku lupa dah apa aku nak buat. Betul-betul tak tenang. Risau fikir mana hilangnya tenang.

"La Tahzan Innallaha Ma'ana" 
Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita. 

Alhamdulillah. Aku masih ada Dia. Aku buat solat sunat Taubat. Mungkin banyak sangat dosa buat aku rasa terganggu. Mungkin banyak sangat fikir benda yang tak patut buat aku tak dapat tidur. Cuti ni betul-betul bagi aku banyak masa untuk fikir benda yang tak patut. Yang bila teringat buat aku rasa terkenang. Yang bila teringat buat aku rasa rindu. Yang bila teringat buat aku rasa sedih. Yang bila teringat buat aku rasa marah. Yang bila teringat buat aku rasa sakit. Dan ada juga, bila teringat, aku rasa gembira, ;') 

Aku nak share. Tapi tak tahu medium apa yang sesuai. Aku rasa nak bercerita. Tapi pada siapa? Ramai. Cumanya, aku rasa tak puas. Sebab aku tak boleh cerita semua benda. Aku cerita yang happy-happy. Yang sedih, keep inside. Sebab? Aku tak suka menangis bila depan orang. Ego? Yes, I am. Sekarang ni bila aku rasa tak tenang, aku akan sentiasa basuh muka, berwuduk, and keep baca Al-Quran. It really works! Aku baca banyak-banyak sampai aku rasa tenang. Then, masa aku banyak aku habiskan dengan layan kucing dan arnab. Feed them. Kena cakar. Luka. Berdarah. Sakit. Tapi seronok. 
Berbeza dengan sesama manusia. Tak kena cakar. Tak luka. Tak berdarah. Tapi, Sakit. Deep. 

Sick of crying. Tired of trying. Smiling. :) But..
dying inside.



Alahaii. Ramai lagi ada masalah lagi besar. Lagi sedih. Lagi tak terlawan. Ramai. Aku punya ni cuma sebesar kutu kat telinga kucing je kot. Dah cukup-cukuplah nak sedih tu. Sikit-sikit je dah. Jangan over sangat.

Bukan apa. Aku sebenarnya saja cari mood sedih sikit acah-acah nak tulis novel. Serius. Aku rasa aku dah ada bakat sikit untuk tulis novel. Aku rasa laaa... Korang rasa macam mana? Ada potensi? ;'p

Nah. Pengubat duka. Pinjam video ye Samad. :')


"...aku bermuzika mgkin utk menghilang tekanan perasaan sbg student asing di negara org."-EM

Kalau dengan cara jadi student asing boleh mendorong EM upload cover kelakar-kelakar macam sebelum ni, tolonglah sambung belajar kat oversea lagi bawa Laura sekali. Ni serius! I need to laugh.

Friday, 3 January 2014

Penghibur Akustika Tidur Ku, Samad.

Assalamualaikum...

Aku tau benda ni macam nonsense. Nonsense kan? Haha! Tapi tak kisah la nonsense ke ape ke, aku tetap suka kuasa 150 juta. 


Kadang-kadang aku pon rasa benda ni macam buang masa aku sebab tiap-tiap hari aku kena cari lagu dia ni dalam henpon. Kalau tak mau tak lengkap hidup. Haha! Apa-apa pun, solat juga lah yang lengkapkan hidup kita. Aku bukan taksub, aku cuma kagum. Kau orang tahu tak kagum tu macam mana? Kagum tu macam setiap benda yang dia buat kau orang rasa macam WAH! Walhal benda tu cuma macam like kat insta je pon. Aha! tapi jap! betul ke definisi kagum yang aku bagitau tadi? Haha! Apa-apa je lah. 

Encik Mimpi ni aku tak kenal pon. Tapi dah lama jugak lah aku follow dia punya perkembangan. Dari zaman dia berblog, youtube, pastu dah pandai ber-fb, ber-twitter, ber-insta, ber-radio, dan yang terbaru... 
ber-TV!. Aku memang suka giler sebab ada sekali tu aku bosan sampai nak gelak pon rasa takde sebab, aku bukak youtube, tengok semua video Encik Mimpi ni, terus aku gelak sakan sampai lupa pulak nak tidur. Aha.! Encik Mimpi, you're really something! - -" 

Ada sekali tu, kawan aku tanya,

Mira ada crush tak?

Ada.

Siapa?

Encik Mimpi.

Hoi! Itu tak wujud...yang wujud takde ke?



I feel like...~.~" tak wujud? Haha! Meaning that selama ni aku sibuk kagum, admired bagai, pada orang yang tak wujud? Haha! So, selama ni aku mimpi? Ke camane? So, untuk menunjukkan yang Encik Mimpi ni wujud, aku pon suka hati aku je gelar Encik Mimpi ni Samad. Haha! Comel kot nama Samad! Rare. Klasik. 

Ok. Banyak sangat aku nak cerita pasal Samad. Tapi aku simpan la untuk lain kali. Aku takut aku tak tidur sampai next paper sebab sibuk update entry ni. Kang tak pasal-pasal keluar pulak novel pasal Samad. Ok then. Good night. Assalamualaikum.


Aku sertakan video yang aku suka dengar tiap-tiap hari. Lagu ni sweet sangat aku rasa. I'm touched! ;')



Blog Peribadi Milik Amirah Marliza@2011