Thursday, 23 January 2014

1st giveaway by Nur Lovekasih blog

Assalamualaikum...


Aku join GA lagi. Yes. Amboi... Mentang-mentang cuti. Kau tunggu lah nanti dah start praktikal jangan harap kau dapat join benda belog ni semua. huh! Ops! ter-monolog pulak. hehe~ 

GA yang ni hadiah menarik sangat. Kalau aku, aku nak sangat tasbih digital tu. Yela, bukan setakat aku je dapat pahala, akak yang buat GA ni pon dapat pahala berterusan. InsyaAllah~ Kalau tak dapat, dapat novel pon best jugak. Boleh la aku buat isi masa lapang aku daripada aku dok berangan tak henti-henti. Tapi kalau dapat topup pun aku bersyukur dah.. Hehe~ Siapa nak bagi kan topup free.. :p

Jom lah join ramai-ramai. Barulah rasa persaingan tu sengit ala-ala lumba lari 4x100. Hehe~ Syarat-syarat dia sangat senang dan korang memang mampu penuhi punyalah. Aku yang cerewet tahap susah nak follow orang ni pun boleh buat takkan korang yang baik hati santun budi pekerti ni tak boleh.. Eceh! 

Nak join, KLIK je banner kat atas yang ade lep lep tu <3. Lepas tu nak tau hadiah dia apa? Ok tengok kat sini ----> TEKAN!

Ok, untuk menjawab soalan tentang pendapat untuk blog akak Nurullai ni, aku tengok blog akak ni dah comel dah. Maksud aku tang kemas dia, header, cantik je semua. Warna pun tak sakit mata. Nak loading pun tak makan masa. Bagi aku blog ni boleh pergi jauh. Ahah! acah-acah pakar blog pulak. Blog sendiri pun pemalas nak urus ada hati nak nasihat orang. >.< Tapi aku ada cadangan sikit:

1) Akak boleh buat GA macam ni selalu untuk tambah follower.
2) Akak post entry yang orang selalu rasa nak tahu. Contoh macam resepi, tips-tips, motivasi, humor, atau apa-apa info yang best, dan pastikan tajuk entry dapat tarik orang untuk baca. Macam aku, aku pernah buat entry pasal agar-agar roti. Memang traffic naik sebab waktu tu bulan puasa. Hehe. 
3) Akak kena rajin blogwalking, ajak blogger-blogger lain datang meriahkan blog. Jangan contohi aku yang pemalas nak blogwalking..hukhuk~
4) Ha.. Akak boleh refer kat blog yang otai-otai. Macam mana cara diorang expose dan macam-macam lagi tips. Contoh blog Ben Ashaari. Serius dia punya blog biasa je dulu. Tapi sekarang dah jadi luar biasa. Mungkin pendekatan yang dia gunakan bagus untuk tarik minat orang untuk baca blog dia. 

Eh. Macam over pulak kan menaip. Aku ni memang kalau nak bagi nasihat aku boleh. Tapi tengok lah blog aku sendiri. Follower tak berganjak dah dekat 12 bulan agaknya. Update bila ada mood, kadang-kadang mood dah datang, buat benda lain pulak. Aku memang tak boleh jadi contoh. Eh! Over lagi. Ok2. Kalau biar, mau jejak satu buku ni kang. Penat pulak akak nak baca. Hehe. Maapkan jari ni kak. Memang kalau dah jumpa keyboard payah nak berhenti. Stop! Sekian. :')

Nota: Maaf atas penggunaan ganti diri 'Aku'. Kalau menulis dan menaip i'olls memang selesa guna 'Aku'. Baru rasa feeling-feeling novel. Kahkah! Tapi kalau face to face i'olls sopan sangat tau guna 'Saya'. Hikhik!


1 comment:

Nurullai Abdullah said...

Hehe, thx sudi join... Pandai curik hati akak ye..

Blog Peribadi Milik Amirah Marliza@2011