Wednesday, 22 January 2014

La Tahzan

Assalamualaikum...


Lately, aku tercari-cari ketenangan. Tidur aku, bangun aku, makan aku, semua tak menentu. Kadang-kadang aku rasa nak tidur awal. Tapi bila kepala jejak bantal, tetap dah nak pagi baru mata lelap. Bila dah bangun, tak sempat berapa jam aku dah rasa nak tidur semula. Makan tengahari bila dah jejak petang. Makan malam kadang-kadang. Apa yang aku nak buat, bila aku tangguh tak sampai berapa minit aku lupa dah apa aku nak buat. Betul-betul tak tenang. Risau fikir mana hilangnya tenang.

"La Tahzan Innallaha Ma'ana" 
Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita. 

Alhamdulillah. Aku masih ada Dia. Aku buat solat sunat Taubat. Mungkin banyak sangat dosa buat aku rasa terganggu. Mungkin banyak sangat fikir benda yang tak patut buat aku tak dapat tidur. Cuti ni betul-betul bagi aku banyak masa untuk fikir benda yang tak patut. Yang bila teringat buat aku rasa terkenang. Yang bila teringat buat aku rasa rindu. Yang bila teringat buat aku rasa sedih. Yang bila teringat buat aku rasa marah. Yang bila teringat buat aku rasa sakit. Dan ada juga, bila teringat, aku rasa gembira, ;') 

Aku nak share. Tapi tak tahu medium apa yang sesuai. Aku rasa nak bercerita. Tapi pada siapa? Ramai. Cumanya, aku rasa tak puas. Sebab aku tak boleh cerita semua benda. Aku cerita yang happy-happy. Yang sedih, keep inside. Sebab? Aku tak suka menangis bila depan orang. Ego? Yes, I am. Sekarang ni bila aku rasa tak tenang, aku akan sentiasa basuh muka, berwuduk, and keep baca Al-Quran. It really works! Aku baca banyak-banyak sampai aku rasa tenang. Then, masa aku banyak aku habiskan dengan layan kucing dan arnab. Feed them. Kena cakar. Luka. Berdarah. Sakit. Tapi seronok. 
Berbeza dengan sesama manusia. Tak kena cakar. Tak luka. Tak berdarah. Tapi, Sakit. Deep. 

Sick of crying. Tired of trying. Smiling. :) But..
dying inside.



Alahaii. Ramai lagi ada masalah lagi besar. Lagi sedih. Lagi tak terlawan. Ramai. Aku punya ni cuma sebesar kutu kat telinga kucing je kot. Dah cukup-cukuplah nak sedih tu. Sikit-sikit je dah. Jangan over sangat.

Bukan apa. Aku sebenarnya saja cari mood sedih sikit acah-acah nak tulis novel. Serius. Aku rasa aku dah ada bakat sikit untuk tulis novel. Aku rasa laaa... Korang rasa macam mana? Ada potensi? ;'p

Nah. Pengubat duka. Pinjam video ye Samad. :')


"...aku bermuzika mgkin utk menghilang tekanan perasaan sbg student asing di negara org."-EM

Kalau dengan cara jadi student asing boleh mendorong EM upload cover kelakar-kelakar macam sebelum ni, tolonglah sambung belajar kat oversea lagi bawa Laura sekali. Ni serius! I need to laugh.

1 si cantik/kacak komen:

zieta said...

jalan2 bw...nice blog btw =D

Template by:

Free Blog Templates