Tuesday, 6 May 2014

One litre of happiness

Assalamualaikum...


One litre of happiness. Tajuk nak best je. Dengan harapan orang akan baca entry ni macam mana orang tengok cerita One Litre of Tears. Haha! Tapi tu tears. Aku punya versi, happiness

Aku rasa bersyukur dengan hidup aku sekarang ni. Walaupun kalau nak difikirkan balik, kerap jugak aku ditindas dan...boleh dikatakan malang jugak laaaa... Contohnya macam menyewa rumah yang salah. Jumpa housemates yang salah. Jumpa officemate yang suka cakap aku bebal walaupun dia lagi bebal; Aiman. Dan praktikal tempat yang jauh beribu batu dari rumah kandung. Sedih jugak la hidup aku sebenarnya. Tapi yela, orang cakap, hujan emas di negeri orang, baik hujan kat negeri sendiri. Hujan lebat tidur nyenyak. Tak de kaitan. Faham.

Berbalik pada tajuk entry ni, yela, aku cukup bersyukur dengan hidup aku sekarang. Walaupun jauh, tapi aku stiLl boleh berdikari. Takde la aku merempat kat tempat orang (acah-acah praktikal luar negara). Aku masih lagi makan kenyang, mandi basah, tapi tidur tak lena. Itu pun sebab terlebih makan. Haha!

Aku dikelilingi manusia-manusia yang macam-macam ragam buat aku lebih kenal erti hidup di celah-celah bandar KL. Kahkah! *geli dengan ayat sendiri. Aku salah sewa rumah tapi aku digantikan dengan rumah sewa yang jauh lebih selesa. Aku jumpa housemate yang salah buat aku belajar supaya tak terlalu percayakan orang. Aku ditemukan dengan officemate yang gila-gila bila start praktikal kat KL. Kat melaka tu officemate gila-gila juga. Tapi gila pangkat. Haha! So, apa lagi yang buat aku tak nak bersyukur? 

Aku mungkin jauh dari family, tapi tu peluang untuk aku berdikari. Aku mungkin kekurangan duit, jadi aku belajar untuk berjimat. Aku mungkin tak kenal ramai orang, aku belajar untuk ramah. Aku mungkin terpaksa banyak jalan kaki, tapi jalan banyak tu la yang elak aku dari mengembang (gemuk gemuk - -"). Aku mungkin banyak terasa hati, tapi itu la yang buat aku lebih kental dan sabar. 

Untuk semua perkara baru yang aku belajar dan aku dapat, aku sangat hargai. Seriously. Takde dendam. InsyaAllah. Thank you Allah. ;)

Dan selalu dapat makanan free!


Okay. Penat dah menaip. Bye!


0 si cantik/kacak komen:

Template by:

Free Blog Templates